Selasa, 3 Julai 2012

#POLITIK# BONUS RAYA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN?


Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.
“Bonus dan bayaran khas raya ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” jelas Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
menurutnya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara kini.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan sekaligus membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- dipetik dari arkib pada 8 ogos 2011
sabar...sabar jangan bersorak lagi kakak-kakak hahaha!!

Berikut adalah lembaran pengumuman duit bonus raya penjawat awam atau kakitangan kerajaan tahun lepas. Bagaimana pula dengan tahun ini, adakah pengumuman yang sama akan di ulang sekali lagi sebegai sedikit penghargaan kepada penjawat awam.

Sempena kedatangan bulan mulia ramadhan yang menjelang lagi berapa hari dan hari raya yang akan disambut sepurnama kemudian, para penjawat awam ternanti-nanti status bonus atau duit raya 2012 kali ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya ; adakah juga diperoleh kali ini ataupun tidak.

Dengan situasi kini yang  menjangkakan PRU 13 semakin hampir, tidak kurang juga desas desus ramalan Bonus Raya 2012 adalah lebih berbanding tahun sebelumnya. Turut menjadi khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah  sebulan gaji.

Sungguhpun demikian, ianya tetap sekadar omongan kosong sahaja selagi Perdana Menteri Malaysia belum mengumumkan perkhabaran bagi status Duit Bonus Raya 2012. Seandainya ada pasti penjawat awam mensyukuri dan menghargainya juga boleh digunakan sebagai persediaan menyambut hari raya aidilfitri bersama orang terdekat – Bonus Raya 2012




#SERAM# BAS TIBA-TIBA TERSADAI DI DALAM HUTAN?

Betoi Ka Citer Neh Bro? Pelik Plak AKu Dengar...

JAKARTA - Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.


Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu. <Betoi Ke Neh? Takkan Tibe2 Jer Ada Dalam Hutan Weh?>

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut. <Jauh Tur Jin@Syaitan BawaK huhu>

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

"Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

"Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada Tribunnews.com. - AGENSI - Utusan

SM~~Kalo Difikirkan secara logik mang tak masuk deq akal beb! tapi kat dunia nie tak der apa yang mustahil....


#POLITIK# SOMEBODY MAHU SABOTAJ NAJIB?

Adoi, Najib nak sampai macam mana ke destinasi yang ditujui, if sampan asyek Bocor beb???pikir-pikirlah... 


Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.
   
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.

Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM. 

Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
   
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian. 
   
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
    
- Bernama

Salam, aku pelik woo, apesal semakin hari semakin pilihanraya ada jer SPA or JPA nie nak buat spoil!!!..takkan tak bley PK weh, bukan semua org ada Deegreeeeee....ada jer kawan2 aku yang hanya ada SPM jer...mestilah diorang panas ati bila baca berita neh..sudahlah skang keje gomen susah nak dapat pastu nak bersaing plak dengan budak2 lepasan U neh...aiyooooo....sapa punya kejer nie weh?

Takkan DS najib kita nie tak nak pikir plak, yang selalu pegi mengundi nie sebenarnya kebanyakkan golongan marhen mcm aku..kalo dan bt spoiil cam gini agak2 diorang nak ker sokong gomen lagi?

Aku agak cam ader tangan-tangan ghaib yg cube sebotaj Najib..lu org pikir cam ner?