Khamis, 26 Mei 2011

Mengadu Tak Kena Tempat!-Haaadoiiii!

Kebanyakkan Pesakit Perlu Menunggu Lama sebelum mendapatkan Rawatan Doktor!

 














Ramai pesakit bukan serius salah guna unit kecemasan di hospital !-Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
·         Kelemumur, jerawat, gatal-gatal, batuk atau sakit tekak antara masalah yang dirujuk lebih 70 peratus pesakit tidak kritikal yang didapati menyalahguna perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital kerajaan di seluruh negara.

·         Peningkatan jumlah pesakit yang menyalahguna kemudahan berbanding 50 peratus pada 2008 menyebabkan tempoh masa menunggu agak lama untuk mendapat rawatan di jabatan berkenaan.

·         Dasar hospital kerajaan tidak menolak kehadiran pesakit yang memerlukan rawatan namun kes bukan kecemasan sedemikian mengganggu kelancaran perkhidmatan terhadap pesakit yang benar-benar memerlukan rawatan segera.

·         Keadaan ini membimbangkan, ia memberi kesan negatif terhadap sistem perkhidmatan kecemasan kerana kebanyakan panggilan tulen diterima memerlukan rawatan segera.

SemerahCili!: Kemungkinan besar ramai pesakit masih keliru dengan tempat untuk mendapatkan rawatan, oleh itu pihak yang terbabit perlu menjelaskan&menerangkan dengan lebih jelas kepada rakyat.

Harga Kekal!- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Harga minyak petrol kekal sehingga sekarang!













  • Kerajaan semalam mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG buat masa ini selepas mengambil kira pandangan semua pihak dan kepentingan rakyat.
  • Ia sekaligus, membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat.
  •  Keputusan itu juga menolak spekulasi sebelum ini bahawa kerajaan akan menaikkan harga produk petroleum sehingga 30 sen seperti tersebar dalam laman blog dan Facebook.
  • Kabinet tidak membincangkan tempoh masa pengekalan harga produk petroleum berkenaan dan kerajaan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global
SemerahCili!: Ini membuktikan Kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah rakyat! terimalah dgn hati terbuka.