Isnin, 4 Mac 2013

Wahai Hishamuddin Tolonglah, Kau Dengar Ni Pandangan Bernas Dari Bekas KPN Tan Sri Musa Hasan

Dah semakin jelas Menteri KDN tak mampu nak selesaikan kemelut Lahad Datu...!

Pada tayangan video klip dibawah ini nanti , tolonglah dengar dengan teliti pandangan bekas Ketua Polis Negara kita, Tan Sri Musa Hasan. Beliau nyatakan dalam pasukan polis memang ada beberapa pegawai yang masih berkhidmat dan mereka ini adalah "able officers" memiliki pengetahuan dan pengalaman luas untuk menangani tipu helah pemberontak dan militan...! Kenapa mereka tidak terlibat...?

Hisham..., sudah sudahlah tu bro..! Janganlah kejarkan personal glory nak sibuk cari nama, mahukan political milage. Sudah terbukti Menteri KDN tak boleh ketuai dan selesaikan operasi ini.

Yang paling penting pada penghujung video klip dibawah ini, minit ke 10;28  Tan Sri Musa tekankan point yang sangat penting, dimana beliau persoalkan penceroboh masuk ke dalam negara kita dengan senjata, apakah kita perlu berdiam diri..?

Pada minit ke 11;23 pula Tan Sri Musa jelaskan dalam membuat negotiation dan rundingan dengan pihak musuh, sepatutnya tidak mengambil masa yang terlalu panjang. Harus ada dateline untuk bertindak menyelesaikan operasi ini... Apabila membiarkan masa terlalu panjang seperti apa yang sedang berlaku, maka ianya akan memberikan peluang kepada pihak musuh dan penceroboh ini mengambil kesempatan.

Pada minit ke 12;11 bekas Ketua Polis Negara itu menjelaskan bahawa mortar yang digunakan oleh penceroboh dikategorikan sebagai "heavy arms" dan ini bermakna sudah menjadi bidang kuasa pihak Angkatan Tentera Malaysia [ATM] untuk kendalikan Operasi ini....

Wahai Hishamuddin, tolonglah paham bro! Ketepikanlah kepentingan politik, fikirkanlah mengenai betapa besarnya nilai nyawa manusia....
Saksikan video klip ini;


***Terang2 diorang nie penceroboh dan membunuh anggota keselamatan meskipun diberi peluang utk undur secara baik:: SO, WATS ARE WE WAITING FOR? Tebak bg mampos puak2 nim....