Khamis, 20 September 2012

#INI JADINYA BILA DRUMMER YANG MELEBIH-LEBIH DARI PENYANYI#

sepatutnya penyanyi yang mendapat lebih perhatian jika ada nyanyian di atas pentas, apatah lagi jika penyanyi itu cantik dan seksi.

Ini lain pula jadinya, si drummer pulak yang terlebih entertaining! Kemerduan suara penyanyi ini terganggu dengan aksi-aksi pakcik berambut putih (dan berbaju putih) ini.

Apa pun, tepukan untuk pakcik ini jugak sebab berjaya menghiburkan kami dengan aksi-aksinya yang pada kami memang cukup lawak. Walaupun disebabkan aksi-aksinya itu pukulan drum pun ntah terabur ke mana ntah jadinya.

Tonton video di bawah untuk bergelak ketawa sama. 



#BILA HANDPHONE LEBIH PENTING DARIPADA ANAK#

Bila handphone lebih didahulukan berbanding anak! Anak dah jatuh pun handphone masih 
dalam genggaman..hurrmmm - asiantown.net
Peaches out with Astala 01

Peaches out with Astala 02

Peaches out with Astala 03

Peaches out with Astala 04

Peaches out with Astala 05




#GEMPAR !!! AWAS PENCURI LAP TOP , DI SEBELAH ANDA SAHAJA DIA BEROPERASI..BERHATI HATI TAU....#


Lihat Selamba Je Pencuri lap top ni..dia dok  sebelah . kawan tu je..ambil dan terus belah...nak tangkap pun bukan payah. tapi dia ambil depan mata sahaja...huhu

# 14 KENA PECAT GARA2 GANGNAM STYLE#


Dengan gaya renang berirama, koreografi yang unik dan usaha yang gigih, sekumpulan 14 orang pekerja penyelamat dari city pool di El Monte, California telah menghasilkan video berkenaan lagu hangat Gangnam Style daripada rapper K-Pop, PSY. Malangnya, bos mereka tidak menghargai usaha itu dan 14 pekerja ini akhirnya dipecat akibat menghasilkan video dua minit yang diberi nama 'Lifeguard Style' itu. Lihat video di bawah:

#ANAK PATUNG BARBIE TIBA-TIBA HIDUP DAN JADI KEGILAAN DI INTERNET?#


Selama ini Barbie Doll hanyalah khayalan manusia dan amat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan mak budak juga aku rasa sukakannya.Semacam suatu impian untuk mereka memiliki rupa paras dan bentuk tubuh seperti Barbie Doll yang menghampiri kesempurnaan.

Valeria Lukyanova 21,dikatakan amat bertuah kerana dikatakan mempunya ciri-ciri Barbie Doll,berambut perang,bermata biru dan bertubuh langsing.Dia kini menjadi terkenal di Rusia menerusi blog dan laman facebooknya.



 

 

Yang Ini Kot Muka Sebenar Dia....

Sebenarnya banyk persoalan yang ditimbulkan didalam facebook beliau,ramai yang tidak berkeyakinan yang ianya adalah asli dan hanyalah teknik gambar photoshope.Mungkin anda boleh membuat tafsiran sendiri samada dia adalah jelmaan Barbie Doll atau mulut anda yang ternganga bila sahaja menatap wajahnya...

Plastic Surgery bleylah....cuba tgk muka dia yg asal? buruk kot..



KAMI DOAKAN KEJAYAAN SHILA HAMZAH DI SHANGHAI!!!


WAH..Wah… Nampaknya semakin murah rezeki penyanyi yang cantik bertudung- Shila Amzah tau!
Haa… Mangga Online (MO) dan rakyat Malaysia berbangga bila Shila berjaya ke peringkat akhir pertandingan Asian Wave di Shanghai, China yang akan berlangsung pada 20 September HARI INI ini.

Shila bersama ibunya akan ke Shanghai pada 17 hingga 26 September ni. Sikap Shila yang tak gentar menyahut cabaran ni boleh dijadikan contoh kepada penyanyi remaja yang lain tau!

 Cerita Shila:
“Alhamdulillah… Mula-mula rasa macam tak percaya dipilih ke final sebab semua peserta hebat-hebat. Maklumlah… Mereka terdiri daripada penyanyi-penyanyi berbakat dan popular dari negara masing-masing di seluruh Asia ni.

“Shila akan nyanyikan tiga buah lagu iaitu Gemilang (nyanyian Jaclyn Victor) , Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu bahasa Cina. Shila dan praktis sebaik mungkin. Cuma Shila perlu jaga kesihatan agar dapat beraksi dengan baik di pentas final nanti.

“Semua orang nak menang. Namun berjaya ke peringkat akhir sudah buat Shila happy kerana ini adalah pengalaman baru.

“Kalau dulu (tahun 2008), Shila pernah bertanding di Shanghai yang menghimpunkan penyanyi baru, sekarang Shila bersaing dengan penyanyi hebat. Nervous juga! Doakan yang terbaik buat Shila ye!

“Syukur… Pihak media luar dah mula nampak bakat Shila. Apa yang Shila tak sangka, ramai peminat muzik di sana teruja bila Shila nyanyi lagu bahasa Cina semasa separuh akhir dulu.

“Shila harap selepas ini, Shila lebih berpeluang mempromosikan diri di luar negara. Insya Allah…jika semuanya berjalan lancar, Shila nak hasilkan lagu dalam bahasa China dan masuk pasaran di sini.”
MO doakan Shila berjaya bawa kemenangan untuk negara yer… Shila memang berbakat besar dan berpesonaliti menarik. MO yakin Shila boleh pergi jauh! (Mangga Online)

SM rasa secara tidak langsung Shila juga menunjukkan yang orang pakai tudung juga mempunyai bakat yang sangat baik.....tengoklah macam mana lontaran vokal Shila Hamzah masa nyanyi lagu berbahasa CINA.sedap n merdu...

Doakan kejayaan shila pada hari ini...