Jumaat, 20 September 2013

Tiada Projek Sulit Beri Taraf Warganegara Kepada Rakyat Asing Di Sabah – Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tiada projek sulit oleh kerajaan berhubung pemberian taraf kewarganegaraan kepada warganegara asing di negara ini.

Malah, tegas beliau kewarganegaraan diberikan mengikut proses undang-undang negara dan Perlembagaan Persekutuan, dan negara-negara lain juga menawarkan proses kewarganegaraan mengikut syarat masing-masing.
“(Perdana Menteri keempat) Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjawab dengan terang dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) bahawa tidak ada ada apa-apa projek sulit yang kita (kerajaan) lakukan.
“Apa pun yang jadi (dapat taraf) warganegara negara ini mengikut proses undang-undang negara berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Tetapi kalau nak kata satu projek sulit, itu tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Middle Temple 2013 di Kuala Lumpur, Khamis.
If Perkara berkenaan benar2 berlaku.....pasti ada bukti, tp smpi skg pembangkang xda bukti pun.....kecohhhhhh je lebih...