Isnin, 25 Julai 2011

AMANAH KEMERDEKAAN KER NAK KUASA KEMBALI?

Betul2 MahuKan PerubaHan Erk?

Oleh Syed Mu’az Syed Putra..

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini bangkit menentang segala penyelewengan yang berlaku termasuk rasuah, kronisme, sikap pelampau dan pembaziran.

Tegas beliau, rakyat jangan membiarkan perbuatan memanipulasikan politik digunakan untuk memecahkan perpaduan rakyat melalui dasar dan keputusan yang memihak kepada pihak yang berkepentingan.

“Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun untuk memecahkan rakyat majoriti melalui dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

“Saya memerhatikan dengan hati yang gusar melihat keadaan yang amat merunsingkan iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terangan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan negara untuk kepentingan mereka,” katanya pada perasmian Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Tegas Tengku Razaleigh (gambar) yang lebih dikenali sebagai “Ku Li”, masa untuk melihat segala penyelewengan yang berlaku sudah tamat dan sekarang untuk bangkit menyatakan pendirian masing-masing.

“Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka, inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya ‘kami mahukan kebenaran, tidak paparan palsu dan penipuan’.

“Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata ‘saya mahukan masa depan anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan sosial yang berkepentingan sendiri’.

“Ini masanya untuk orang muda dan dewasa yang bekerja berkata ‘kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar’,” katanya.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang ini berkata, Amanah yang dianggotai beberapa tokoh pemimpin bukan untuk menentang kerajaan tapi adalah untuk hak rakyat.

“Suara ini adalah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran.

“Kita akan berkata dahulukan kepentingan kebangsaan yakni kepentingan negara dan kepentingan rakyat, ini matlamat kita,” katanya.

Amanah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibarisi beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden-Malaysian insider
NOTE:
Hahaha..gelak dulu..nie betul2 amanah ker ader udang GALAH di sebalik MEE? Macam ada paper jeq…kiter tunggu skit masa lagi..KUli neh betoi2 mang nak Jadik Kuli rakyat Or MaHu mengKuLi kan Org Balik..Hahahaha

SYURGA KAKI BOTOL!
Wah..Wah...sangap sangat nak minum arak! smpi gambar kena ambik pun tak perasan!
Wah betul2 syurga pd mamat-mamat neh beli arak dengan mudah murah…seperti  beli makanan segera MC’D jer..dimana neh?
Kedai pandu lalu di sebatang lorong sunyi di kedai yang terletak di Sunyay Mentari, Petaling Jaya menjadi syurga tempat2 kaki-kaki botol ini melepaskan gian tidak mengira waktu…yerla senang nak beli bukan saja murah tp cepat dan pantas….
Sudahla buat kesalahan menjual arak dengan cara yang macam itu, lari dr cukai kerajaan lagi sebab itu harga arak berkenaan dijual dengan murah…LAHANAT punya manusia! Jual kepada orangMELAYU, REMAJA..ishk..sihk…rosak..rosak…
Mesti tertanya2 mana PIHAK BERKUASA KAN? Khabarnya pihak berkuasa pula seolah2 ‘merestui’ urusniaga berkenaan apabila ksehingga kini TIDAK ADA sebarang serbuan atau penangkapan pun! Hahaha..ini sudah pelik….khabarnya juga lagi, anggota polis yang berkawal kira2 hanya 25 meter saja dari lorong berkenaan!
Hah! Tunggu apa lagi SERBUUUUUUUU!!!!
Note:
Polis sibuk sgt Kot dgn pengikut BERSIH yang asyik menyusahkan org! smpi masalah neh pun tak Nampak! hahahaha














PEMBANGKANG PENGECUT!
Takut Terima Kenyataan Teoh Beng Hock Bunuh Diri!
Bunuh Diri! hasil siasatan suruhanjaya Diraja..Nak Apa Lagi???



SURUHANJAYA DIRAJA SIASATAN TEOH BENG HOCK
MAU APA LAGI APEK???
Pertikai—pertikai..pertikai..balik2 isu tidak puas hati! Semerahcili! Mengandaikan pihak pembangkang ini hanya tahu cari salah org! if tak dapat salah, buat bagi orang salah..ini ke prinsip yang ditanam dan disemai oleh mereka? Ini ke dasar parti yang meremka perjuangkan selama ini?

Meskipun sudah ditubuhkan siasatan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock bahawa individu itu membunuh diri tetapi sehingga kini duQ menyaLak gak fakta berkenaan tidak benar…aper pasalla pihak pembangkang neh?
Bukan sahaja tidak menerima malah cuba memperlekeh dan menghina keputusan itu sekaligus, menghina undang-undang negara ini. Pelik..Pelik..tak suka menerima kebenaran @pihak pembangkang da tak der modal lain guna isu yang tak releven ini untuk kepentingan mereka!
nOTE:

Nak tubuh suruhanjaya sendiri plak ke?