Khamis, 25 April 2013

ANWAR IBRAHIM MEROYAN 5 KETUA CABANG DI SABAH KELUAR PARTI MENYERTAI UMNO




Bertempat di Ibu Pejabat Umno Sabah, tidak disangka kehadiran lima Ketua Cabang PKR Sabah yang di Ketuai oleh Mazry Nasir Ketua Cabang PKR Sandakan, disertai Ketua Cabang Kota Belud dan tiga lagi daripada Putatan Zainal Atin, Kalabakan-Surianshah dan Batu Sapi-Zainuddin Hassan Timbalan Ketua Cabang. Mazri kanan sekali berdepan dengan pembesar suara RTM.

Twitter Setiausaha BN Sabah Datuk Rahman Dahalan yang juga calon BN P169 Kota Belud mengsahkan penyertaan mereka ke dalam Umno.

Sementara itu kedudukan Ansari Abdullah Ketua Cabang Tuaran dan Dr Chong Eng Leong Ketua Cabang Sepanggar masih tunggu dan lihat

DULU BUAT FILEM HINA ISLAM, KINI MENYANJUNGI ISLAM



Anda kenal siapakah lelaki yang sedang solat di dalam Raudhah as-Syareefah bersebelahan Minbar Nabawi itu?


Beliau ialah ahli politik Belanda yang pernah mengeluarkan filem " Fitna " yang memfitnah dan memburukkan Islam sekitar 2 tahun lalu. Alhamdulillah beliau telah memeluk Islam dan meletakkan jawatan sebagai ahli politik.

Perkara yang menyebabkan beliau memeluk Islam ialah apabila beliau bercadang untuk mengeluarkan sebuah lagi filem memburukkan Islam bersumberkan dari kitab-kitab karangan orang Islam sendiri. Sebaik sahaja beliau membaca kitab-kitab tersebut, gambaran beliau terhadap Islam seperti yang disebarkan media barat berubah sama sekali dengan hidayah Allah.

“Ujar beliau: Aku menyesal kerana sepanjang 47 tahun umurku tidak pernah mengenali Islam.”