Jumaat, 6 Januari 2012

#POLITIK# 901 HARI TERAKHIR ANUWAR MEMINTA SIMPATI DARI RAKYAT MALAYSIA!~

Anuar Ibrahim Menggunaka Golongan Muda Demi Kelangsungan Hidupnya di dalam Politik

Kemungkinan Besar 9 Januari 2011 Adalah Hari Terakhir Anuwar Meminta Simpati Dari Rakyat Malaysia sebelum dipenjarakan sekali lagi!~

Salam dari Semerahcili!~..lagi 2hari sebelum 09 Januari 2012 @ 901..semua penyokong-penyokong pakatan rakyat khususnya PKR rasanya sudah paneh punggung menunggu keputusan mahkamah mengenai pemimpin utama mereka.

Apa yang SM nak tekankan di sini, apakah yang akan berlaku pada pagi hari berkenaan? Yang pasti SM rasa kesesakkan, provokasi, pergaduahan kecil dan sebagainya pasti berlaku seperti perhimpunan Haram BERSIH julai lalu…

Jumlah pengundi yang minoriti dan tidak mempunyai pengikut yang ramai menyebabkan Pakatan Rakyat terdesak untuk ‘Bersuara Lantang’….Kenapa? ini kerana dalam kuantiti jumlah pengundi yang kecil berbanding Parti yang memerintah kini jauh lebih besar..sekiranya tidak berbuat Demo, provokasi, Hura-hara pastinya jumlah kecil ini akan terus senyap dan lama kelamaan akan hilang dimamah masa sehingga pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi…

Jumlah pengikut yang berubah mengikut musim menyebabkan Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan 1001 cara bagi menonjolkan dirinya kepada umum meskipun terpaksa memburukkan diri sendiri.
Ini penting untuk kesinambungan Parti PKR yang umum melihatnya seperti parti untuk memperjuangkan kebangkitan Anuwar bukannya Parti yang memperjuangkan agama dan kebajikan rakyat. Parti yang telalu focus mengenai Anuwar..Anuwar..Anuwar…Balik2 kredibiliti Anuwar….Kes-kes Mahkamah Anuwar yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar…

SM melihat parti PKR ini seperti Parti yang dihuni oleh bekas-bekas pengikut UMNO yang telah busuk..baik dari segi pemikiran, masalah peribadi, terjebak dengan pelbagai masalah keluarga dan hasad dengki yang bertimbun-timbun kerana tidak dapat tempat mahupun  pangkat di dalam pentadbiran UMNO khususnya pentadbiran kerajaan.

Apabila sudah membusuk, automatic akan di tending keluar secara suka rela ataupun secara paksa…itu pasti…

Apa akan jadi sekiranya dari akar sendiri tergolong dari orang-orang seperti ini? Sebagai contoh sebatang pokok yang tumbuh tetapi akarnya busuk, banyak anai-anai…? Pasti lama kelamaan akan tumbang pokok berkenaan ataupun pokok akan mati kerana semua masalah berkenaan.

Begitulah Parti PKR…Nampak kuat di dalam, tetapi sebenarnya ia semakin membusuk dari sehari ke hari…Anuwar Ibrahim terpaksa membuat 1001 daya usaha untuk mempertahankan Part Anak Beranak tersebut.
Perhimpunan 901, bukanlah relevan untuk mengubah keputusan mahkamah tetapi sebagai persiapan terakhir Anuwar untuk meminta simpati kepada pengikut-pengikutnya terutamanya kepada golongan muda yang terlalu TAKSUB dengan Anuwar Ibrahim…….