Selasa, 9 Oktober 2012

TONY BLAIR BAKAL PELUK ISLAM?

Kita Doakan Moga Tony Blair Nie Masuk ISLAM, meskipun dia da banyak menzalimi org Islam

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai iman.

"Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global," katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah san Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalahkitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

"Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan," katanya.

Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. - Agensi

TASHA SHILA BERCINTA DENGAN DATUK J?





Kosmo! telah menghubungi Tasha bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya semalam. 

Biarpun dia ketika itu dalam keadaan tergesa-gesa kerana berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Brunei. Tasha dengan penuh profesional menjawab segala persoalan berhubung kait gosip berkenaan.

Kosmo!: Tahniah Tasha atas kemenangan anda meraih Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 malam kelmarin?

TASHA: Terima kasih, saya juga tidak sangka atas kemenangan itu.

Adakah Tasha sudah tahu mengenai gosip terbaharu mengenai diri anda?

Ada gosip terbaharu ke? Saya tidak tahu lagi sebab sudah lama berada di Brunei.

Adakah benar dakwaan bahawa Tasha berparti di sebuah disko pada minggu lepas bersama rakan-rakan yang turut disertai oleh lelaki yang dikenali sebagai Datuk J yang dikatakan menaja anda?

Itu pun sudah nama gosip, sesiapa boleh cakap saya macam-macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari sya berada di Brunei. 

Pulang sekejap (semalam, selama sehari) ini pun untuk Anugerah Blockbuster 2012. Saya sekarang sibuk kerja bukan ke mana-mana disko.

Tasha berada di Brunei atas urusan apa?

Saya menjalani penggambaran drama bersiri Erna Suraya selama 10 hari di Brunei. Ia merupakan produksi syarikat di negara itu. 

Sebelum itu saya berada di Cameron Highlands untuk drama yang sama. Untuk drama ini, saya sering berada (menjalani penggambaran) di beberapa tempat lain lagi seperti di Legolands, Johor.

Apa komen Tasha mengenai gosip terbaharu ini?

Cerita ini tentu dibuat-buat oleh pihak yang menyampaikan kepada pengetahuan media yang ingin lihat saya jatuh. Tidak benar sama sekali saya ada penaja. 

Datuk J pun saya tidak tahu dia siapa, macam mana cerita ini timbul pun saya tidak tahu kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang dikatakan saya ke disko itu.

Kenapa agaknya Tasha sering dikaitkan dengan disko dan Datuk J?

Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, saya kerja keras untuk cari duit. Hari-hari saya ada kerja dengan berada di lokasi penggambaran, malas saya hendak layan gosip berkenaan.

Apakah pesanan Tasha kepada pihak mencipta gosip berkenaan?

Ia adalah lumrah apabila saya berada dalam dunia seni. Saya malas hendak ambil kisah gosip tidak benar sebegitu sebab saya tahu ramai yang hendak jatuhkan kerjaya saya.

Selepas penggambaran drama di Brunei, apakah drama lain yang dibintangi Tasha?

Pada bulan November nanti, saya akan masuk lokasi drama 28 episod slot Akasia dan berada di Abu Dhabi untuk drama Cinta Abu Dhabi.

Sibuk Benar Di Brunei, Tapi yang Sorang tu Sibuk Duq Dalam Toilet!