Jumaat, 21 Oktober 2011

MALAYSIA AKAN JADIK SEPERTI LIBYA KALAU RAKYAT TERUS DIPERDAYA!

Heboh seantero dunia pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah ditangkap dan kemungkinan dibunuh dibandar kelahairannya, sirte dalam serangan yang dilancarkan perjuang revolusi negara berkenaan. BaCa Cni!

Di sini SM mahu mengajak anda-anda semua terfikit mengenai keburukkan tidak BERSYUKUR dan bala kerana terlalu mempercayai sesuatu dakyah dan propaganda yang tidak diselidik dahulu kebenaran dan menyokong membabi buta tanpa berfikir panjang, sudahnya negara tergadai, rakyat hidup derita, pekerjaan hilang dan 1001 masalah timbul kerana terlalu mempercayai pemimpin2 yang hanya mahu mengadai negara ini!.

TENTERA NTC melihat terowong yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Gaddafi sebelum  dibunuh.
TENTERA NTC melihat terowong yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Gaddafi sebelum dibunuh.

Cuba kita lihat apa yang Gadafi buat untuk Negara Libya sebelum ini:>

1.      Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.

7. Tidak ada bil elektrik di Libya.

8. Pendidikan adalah percuma

9. Kemudahan perubatan adalah percuma.

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.
RakYat NegaRa Libya SeMakIn DerIta TanPa GaddaFi!
   
 TaPi apa Yang Terjadi selepas Muammar Gaddafi DigulinGkan?>:

Selepas pemerintahan Muammar Muhammad Al-Qaddafi? Negara Libya terus mundur, hancur dan menjadi padang jarak, padang terkukur..kesemua ekonomi, social dan keadaan negara dipegang oleh Barat yang kononnya negara Libya akan terus maju dan membangun tanpa Muhammad Al-Qaddafi..inilah dakyah dari barat yang telah berjaya menghancurkan masyarakat Islam.

Menggunkan rakyat mereka sendiri untuk mengulingkan negara mereka sendiri! Kerana apa? Kerana terpedaya dengan dakyah2 barat yang mahukan hasil bumi Libya tanpa membayar kepada rakyat Libya..siapa yang bodoh skang??? Pastilah rakyat yang menanggung seksanya!

Inilah yang akan berlaku kepada RAKYAT NEGARA MALAYSIA sekiranya terus mahu diperdaya dan tidak membuka mata&fikiran apa yang akan terjadi kepada rakyat negara ini sekiranya mereka terus diperkuda   


Cuba kita lihat apa yang PM, datuk Seri Najid Tun Razak buat untuk Negara MALAYSIA kini:>

BAJET 2012
Jumlah bajet – RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi – RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan – RM51.2 bilion

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.
Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah. RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan. Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.
Subsidi
Beras – Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula – bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak – harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung – harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.
Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan – KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Bonus Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan
disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.
Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.
Jika dibandingkan dengan Bajet 2011, bajet 2012 ini pada saya lebih mengambil kira kepentingan pelbagai pihak, sama ada kakitangan awam, swasta mahupun rakyat secara umumnya. Diharap Dewan Rakyat akan meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 (Bajet 2013) pada persidangan akan datang.

Malang Sekali Kalau Kita masih lagi tidak dapat berfikir dengan waras dan terus menerus menyokong membabi buta dengan puak2 yang mahu menghancurkan masa depan negara yang aman damai dan harmoni hanya kerana terpedaya dengan jaji2 kosong puak2 pembangkang. Perkara ini tidak mustahil akan berlaku di Malaysia kerana rakyat akan terus diperdaya dan dengan dakyah2 pihak pembangkang dan memperkuda rakyat memerangi kerajaan dan akhirnya negara musnah apabila jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengambil hasil bumi dan seterusnya menjadikan rakyat hamba di masa akan datang..

Note:

Berfikirlah wahai rakyat Malaysia..belum terlambat untuk membuka matamu…