Selasa, 13 Mac 2012

#LAWAK PETANG SEMERAH CILI# SAYANG KER???

Sayang KER???

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau 40an telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang sudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangatcintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab, "Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh."

#INFO SEMERAHCILI# 10 KANAK-KANAK YANG AJAIB



1. Kim Ung-Yong : Manusia Dengan IQ Tertinggi di Dunia
Lahir pada tahun 1962, kanak-kanak dari Korea ini diiktiraf sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea,Jerman dan Inggeris.Pada umur 5 tahun dia mampu menyelesaikan masalah pada soalan kalkulus. Dia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.
2. Gregory Smith : Mendapat Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates,Komuniti Orang muda seluruh dunia.Dia pernah bertemu secara langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev.
3. Akrit Jaswal : Dokter Bedah berusia 7 tahun
Dengan gelaran “budak terpandai di dunia” telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak dari India.Dia mengejutkan orang ramai, ketika pada umur 7 tahun kerana melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya. gadis itu menderita luka akibat terbakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari-jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. Ketika ini, dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia, dia diterima masuk di Universiti pada usia 11 tahun.
4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu
Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi,dengan albumnya tahun 2006 La vĂ¢rsta de trei ani (“pada usia 3″). Dia mencatat rekod seorang artis cilik yang muncul diatas pentas dengan ribuan peminatnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit.
5. Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun
Kanak-kanak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun namun sudah menunjukkan bakat sebagai genius, dia memiliki sebuah gudang pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya.Pada mulanya Mark Jamieson, pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre. dan dia menginginkan Aelite Andre bergabung dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, dia baru saja menyedari bahwa Aelita adalah kanak=kanak yang masih berumur 22 bulan. Namun dia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.
6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard ketika masih di Sekolah Menengah
Lahir di New York dan membesar di Omaha pada tahun 1940. Genius satu ini, ketika darjah empat dia sudah menguasai algebra, ketika akhir Sekolah Rendah dia sudah pandai geometri, kalkulus dan falsafah. Ketika Sekolah Menengah dia memperolehi surat tawaran kerja dari Harvard sebagai pensyarah, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu.K ripke dihadiahkan Schock Prize, Nobel Falsafah. Sekarang, dia dinobatkan sebagai ahli falsafah terbesar dalam sejarah.
7. Michael Kevin Keaulus :Menamatkan pengajian ketika berumur 10 tahun
Kevin lahir pada tahun 1984, dia menamatkan pengajian pada umur 10 tahun. dan tercatat sebagai sarjana termuda. dia mengajar universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin popular ketika dia memenangi sebuah quiz online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutan Gold Rush, permainan menguji minda/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan online tersebut.
8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14 tahun
Seorang kanak-kanak berwarga negara Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 dia memperoleh Grandmasternya,pada usia 14 tahun 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.Dan pada bulan April 2009, dia memperolehi Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai orang yang memperolehi ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal tersebut dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.
9. Willie Mosconi : Pemain Billiard Professional pada usia 6 tahun
Mendapat gelaran “Tuan Pocket Billiards”. Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain, dia sering bermain dengan batang penyapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, dia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun.Dia membuat berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan membuat billyard menjadi sukan yang terkenal.
10. Elaina Smith : Penyiar Radio berusia 7 tahun
Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan hubungan dengan kekasih, Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dan banyak lagi yang lainnya.
I
I
I
I
V
V
V
YANG INI GENIUS  TAK???

Hahaha..Mang Genius tapi Pandai dalam MENIPU!!!