Isnin, 6 Mei 2013

PRU-13: Kali ini Tsunami kaum cina melanda BN- Untuk kali kedua BN gagal raih kuasa 2/3




SECARA keseluruhan BN menang 133 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi berbanding PRU-12. Ramalan awal, BN akan menang antara 122-123 kerusi.

Disebabkan tsunami kaum cina, maka BN menrima jumlah kerusi terburuk dalam sejarah pilihanraya negara. Untuk kedua kalinya, BN tidak mampu menang kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Pada Pru-12 lalu, selepas sahaja keputusan diketahui, maka berlaku desakan pengunduran diri Perdana Menteri, namun pada kali ini, walaupun keputusan yang diperolehi Bn lebih buruk berbanding tahun 2008, namun belum ada suara-suara sumbang meminta Perdana Menteri mengundurkan diri.

Perkara ini disebabkan, para penyokong BN sudah meramal daripada awal, bahawa kaum cina tidak menyokong Bn, atas sebab itu sukar mendapat kuasa 2/3.

Pada PRU-13 ini, MCA menerima tamparan hebat, apabila hanya menang 6 kerusi daripada 15 kerusi yang dimenagi tahun 2008; manakala Gerakan hanya menang satu kerusi parlimen. Manakala di Sarawak, calon-calon BN yang diwakili parti berasaskan kaum cina, kalah teruk. Di sabah pula, selain penolakan kaum cina terhadap calon-calon Bn daripada parti berasas kaum cina, Parti Upko dan PBS berasaskan kaum KDM juga mengalami tempias kekalahan.

Jika pada PRU-12, dua Presiden komponen parti BN mengalamai kekalahan, pada PRU-13 juga dua Presiden Komponen parti mengalami kekalahan, iaitu Presdien Upko dan Presiden LDP.

Pada PRU-13 ini, nampaknya sokongan kaum melayu terhadap Umno kembali pulih di Semenanjung, apabila Umno berjaya menambah 15 kerusi Parlimen, walaupun kalah di dua kerusi tradisinya- Batu Pahat di Johor dan Bukit Katil di Melaka.