Rabu, 10 Ogos 2011

BUKTI MURTAD SUDAH DEPAN MATA, PAS LAGI MAU DOLAK DALIK?


Isu serbu gereja di Damansara Selangor, menjadi hot! Tiba2…Isu kedua pula Hassan Ali Exco Selangor yg mempertahankan pendiriaan bahawa tindakannya itu betul kerana mahu 
menyelamatkan akidah umat  Islam di negara ini...

Petikkan Akhbar mengenai isu serbu gereja berkenaan:

Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’. 
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Jika dilihat dengan teliti pasti kita lihat pendirian Pas yang hampas! Seharusnya Parti yang kononnya mengamalkan prinsip Islam di dalam dasar2 parti  tidak mampu langsung mempertahankan Islam itu sendiri!.

Hassan Ali yang dilihat begitu berkobar2 mempertahankan prinsipnya dalam serbuan di gereja berkenaan dilihat tiba2 lembik sebaik sahaja perjumpaan kelmarin telah mengambil sikap berdiam diri apabila DIARAHKAN menutup mulut oleh kepimpinan Pas Pusat.

Ini bukan kali pertama berlaku  macam ini. Setiap perkara buruk yang DAP buat Pas akan tutup mata seterusnya membersihkan nama DAP demi meraih undi Non-muslim! Bak kata pepatah ‘DAP Berak, PAS tolong CUci’…

Kenyataan PAS melalui Presiden PAS haji Awang yang menyatakan isu serbuan itu oleh Hassan Ali itu dan JAIS adalah perkara kecil yang diperbesarkan oleh media2 UMNO..hahaha statement giler neh!

Tak kesar Orang Tua neh, yang pelbagai agenda untuk memurtadkan orang Islam sedang giat dilakukan diseluruh dunia? Masih buta dan tidak mahu berfikir ker orang2 PAS neh? Atau sengaja mahu tunjuk hero dalam soal ini dan mahu dilihat oleh orang bukan Islam sebagai penyelamat keadaan dan akhirnya meraih undi? Sehingga Agama Islam tergadai sewenang-wenangnya???

Pihak JAIS sendiri menjumpai dan antara individu yang ditahan telah mengaku bahawa isu memurtadkan umat Islam serius dijalankan:


 Pas Neh SudaH Buta Hati AtaU Buta Mata? Mau DolaK dalIk Lagi Ker???

Pas boleh suruh Hassan Ali tutup mulut..tutplah selamanya..perkar yang buruk boleh tutup selamananya? Kita tengok dan lihat samapi mana Pas boleh pergi dengan jadik lalang seperti ini…

note:

Ntah sudah beratus Ribu Umat Islam Di mUrtadkan, sampai sekarang stiLL Pas kater ini perkara Kecik...Kepala Sudah Masuk Air Gamaknya..hati sudah hitam, so Tak dapat berfikir dengan baik...