Jumaat, 20 Januari 2012

#POLITIK# AKHIRNYA KAK IJAT SELAK JUGA KAIN PADA RAFIZI!~


Hah Hambik Kau Rafizi!!!...'nak sangat aku selak kain! amacam sedap baunyerr??'-kak jat  

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Shafee & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Mohd. Rafizi dan Zuraida masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.


Menurut pernyataan tuntutan, Shahrizat selaku plaintif mendakwa Mohd. Rafizi dan Zuraida telah melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFC sedangkan menteri itu tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut mahupun Agro-Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).

Agro-Science yang diterajui oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran serta Wan Izzana Fatimah Zabedah merupakan syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC.

Tender projek yang mempunyai impak tinggi itu pada mulanya dianugerahkan secara bersama kepada Agro-Science dan sebuah lagi syarikat, Lamberts Agriculture Trade Sdn. Bhd. namun syarikat terbabit telah menarik diri sebelum penyerahan rasmi dibuat.

Sharizat yang sedang bercuti rehat selama tiga minggu mendakwa, ahli-ahli parti politik pembangkang itu telah mengeluarkan kenyataan akhbar di beberapa lokasi termasuk di lobi Parlimen yang dikatakan bertujuan mengecam NFC, suami dan keluarganya.

Kenyataan-kenyataan lisan itu didakwa telah disiarkan di pelbagai laman sesawang termasuk portal propembangkang seperti www.keadilandaily.com.

Mohd. Rafizi juga didakwa telah mengeluarkan beberapa artikel di laman blog beliau, www.rafiziramli.com.

Penyiaran dan pengulangan kenyataan berbaur fitnah itu didakwa Shahrizat telah memberi gambaran bahawa beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan menteri agar projek NFC diserahkan kepada Agro-Science.

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan secara lisan yang turut disiarkan di laman-laman sesawang, blog, Twitter, Youtube dan sebagainya, Shahrizat mendakwa beliau telah menanggung kecederaan terhadap reputasi dan nama baiknya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO, menteri, ahli Dewan Negara, individu dan sebagai seorang muslim.

Beliau turut mendakwa terpaksa menanggung malu, keresahan mental, keaiban di dalam dan luar negara ekoran kenyataan-kenyataan berbaur fitnah tersebut.

Oleh yang demikian, menteri terbabit menuntut ganti rugi am atas fitnah lisan sebanyak RM50 juta sementara ganti rugi teruk dan teladan juga sebanyak RM50 juta.

Selain itu, Shahrizat memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat sebarang kenyataan bertulis atau lisan terhadap dirinya atau lain-lain perkara yang melibatkan NFC mahupun syarikat-syarikat bersekutunya.

Turut dituntut adalah faedah, kos guaman dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Utusan