Rabu, 7 Mac 2012

#POLITIK# USTAZ BADRUL AMIN PASTI TIDAK BERSALAH




Spin jangan Tak Spin 'Ostad!!!'


Kahwin Hutang??? Biar BetiQ????

Wah..wah…syok2…dapat kawin ramai…

Siap Hutang Piutang Lagi erk?

Dasyat Ostad..Ostad neh…

Putar..Putar..Putar….

Wang Besar…

#POLITIK# CARTA ALIRAN PUAK PAKATAN HARAM YANG SANGAT 'BERJAYA'



Nampak macam suci jer carta aliran neh!...sioottt jer tgk beb!...

Gunakan dana-dana kerajaan atau lebih tepat duit2 rakyat demi kepentingan mereka beb!..suketi mak bapak dier jer weh..hangin SM tgk...

#SOSIAL# KANAK-KANAK HILANG TOLONG BANTU!!!

TOLONG BANTU
NAMA  -NURUL NADIRAH BINTI ABDULLAH
   UMUR  -5 TAHUN
   JANTINA -PEREMPUAN
   BANGSA -BAJAU

SILA HUBUNGI TALIAN BERIKUT SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT ATAU
MENGETAHUI DI MANA PENAMA BERADA.
NO TEL PEGAWAI PENYIASAT   : NOOR RUBEENA BT BAHARUDDIN (012-5997705)
NO HOTLINE  KONTINJEN JOHOR       : 07-2254422
NO HOTLINE IPD SERI ALAM (DCC) : 07-3871422

#POLITIK# KEDAH HURU HARA SEBAB RM600 JUTA

 
Kawan Baik NoOO??



Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.
Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.<Aiyukk!!! Manyak Luit Lor...>
                                                                                                     
Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".
"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.

Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Pada SM, kalo dah kepimpinan utama yang pangai gila seperaa...semu org pun cabut..saper tahan beb!