Khamis, 14 Februari 2013

FIZZ FAIRUZ BUAT MAJLIS PERTUNANGAN KOBOI!~

Photobucket
Aiksss Bertunang Fizz Sendiri Sarung Cincin???? Melayu2...

Photobucket
Sempoi Jer Baju Fizz Fairuz.....


PETALING JAYA: Tindakan Fizz Fairuz yang menyarung cincin ke jari manis tunangnya merupakan satu kesalahan daripada segi adat Melayu dan haram hukumnya dalam agama Islam.
Pendakwah selebriti, Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah walaupun sudah bertunang.
"Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh.
"Hadis Nabi ada menyebut sesiapa yang berkahwin, ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
"Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.
Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan.
Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan.
Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin.
Sebagai tanda 'diikat', wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijab kabul.
Perlu Uarkan Pertunangan
Dalam perkembangan berkaitan, Wan Akashah yang juga suami kepada penceramah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood menasihati Fizz supaya perlu menguar-uarkan majlis pertunangannya kepada umum agar tunangnya itu tidak dirisik orang lain
"Bukan sahaja perkahwinan perlu diuar-uarkan, tetapi juga majlis pertunangan. Ini kerana apabila seseorang itu sudah bertunang, haram untuk orang lain meminang wanita yang sudah dipinang. Sebab itu ia perlu diumumkan kepada semua," ujarnya.
Sementara itu usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Fizz berhubung majlis berkenaan tidak berhasil kerana pelakon itu enggan menjawab panggilan telefon dan juga tidak membalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Fizz dikatakan tidak percaya bagaimana berita pertunangan itu “bocor” selain mengejutkan pelakon Almy Nadia yang selama ini dikatakan kekasihnya walaupun pelbagai kontroversi dilalui mereka sebelum ini.
*** Orang Melayu sKang Mang Xpentingkan Adat,,apatah Lagi Bab AGAMA...renung2kan...


PADAH TUNJUK ISYARAT LUCAH PADA PEMAISURI AGUNG!~




Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.

Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini, pada pukul 11.50 pagi, 11 Februari lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Leong didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Februari.

Leong membayar denda itu.

Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Leong bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Bernama