Khamis, 14 Jun 2012

#POLITIK# ANUAR IBRAHIM BELA HANTU RAYA PIKAT PENGUNDI?


Mynewshub – Nampaknya Anwar kini kembali dengan muslihat lamanya: menggunakan sekutu-sekutu dan NGO belaanya untuk menjatuhkan kerajaan dan mencemarkan imej pilihan raya Malaysia.
Sejak dua minggu lalu, beberapa laporan akhbar dan blog telah mendedahkan bahawa rekaan fakta terhadap sistem pilihan raya di Malaysia hanya dilakukan oleh rakan-rakan asing Anwar. “Misi” yang diketuai oleh seorang Senator di Australia, Nick Xenophon, telah mengkritik sistem pilihan raya di Malaysia dan mencadangkan satu siri perubahan yang dijangka akan memihak kepada PKR.
Kini, terdapat satu lagi kumpulan yang kononnya mengatakan bahawa mereka adalah organisasi bebas, Suaram, sebenarnya hanyalah salah satu daripada “kawan-kawan” Anwar. Kumpulan tersebut sering menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak beberapa minggu lepas dengan perkara yang bermotifkan politik dengan mengembalikan isu Scorpene – namun, Suaram tetap cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan fakta di mana mereka bekerjasama bersama Anwar.
Walaupun laman web mereka tidak menyatakan identiti sebenar mereka. Walau bagaimanapun, setelah diteliti, Suaram sebenarnya dipenuhi oleh orang PKR. Jadi, mereka sebenarnya hanyalah pihak pembangkang.
Antara mereka termasuk aktivis kanan organisasi Suaram, Ahli Parlimen PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah, ahli Majlis Tertinggi PKR Irene Fernandez, anggota ADUN PKR, Elizabeth Wong dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin. Ahli-ahli Suaram yang lain di Suaram termasuk Ahli Parlimen DAP dan pegawai-pegawai kanan Parti Sosialis Malaysia – kedua-duanya sebahagian daripada Pakatan Rakyat.
Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel juga merupakan ahli majlis perbandaran di Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Jadi, Suaram sememangnya Pakatan Rakyat. Mungkin ini menjelaskan mengapa dalam beberapa bulan kebelakangan ini,terbuktilah mengapa mereka tidak bertindak sebagai sebuah organisasi bebas, tetapi sebagai sebuah parti politik bagi menghadapi pilihan raya.
Dan bagi menghidupkan kembali isu lama di mahkamah Perancis, Suaram telah berusaha keras hinggakan mereka telah mengadakan majlis makan malam yang dinamakan sebagai “Scorpene 2.0” yang mengenakan bayaran sebanyak RM10,000 bagi satu meja.
Namun, bagi mereka yang inginkan kebenaran, terdapat beberapa perkara yang perlu kita tahu terhadap isu yang dikeluarkan oleh Suaram. Penyiasatan yang dijalankan oleh Hakim Mahkamah Perancis bagi isu yang ditimbulkan oleh Suaram dikatakan akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Mengapa Suaram tidak boleh tunggu sehingga keputusan dikeluarkan?
Mungkin mereka bimbang bahawa hakim mungkin akan mengumumkan bahawa bukti-bukti mereka tidak kukuh? Atau mungkin mereka rasakan bahawa isu ini adalah modal terbaik mereka bagi menghadapi PRU-13?
Organisasi ini juga kelihatan seperti tidak membenarkan wartawan untuk menyiasat sendiri perkara ini. Apabila wartawan bertanyakan soalan sama ada mereka boleh mendapatkan sumber asli daripada Suaram, mereka berkata bahawa menurut undang-undang Perancis, mereka tidak boleh membawa bukti-bukti mereka keluar daripada Perancis.
Suaram telah mereka satu keadaan di mana segala informasi yang diberikan kepada pihak media tidak boleh disiasat dan mereka mahu pihak media percaya akan setiap perkara yang mereka nyatakan – namun, sepertimana yang kita ketahui, Suaram bukanlah satu organisasi yang bebas ataupun mereka mahu memperjuangkan hal rakyat.
Bagi mereka yang tahu akan modus operandi Anwar, perkara ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Namun, rakyat perlu tahu akan kebenaran sebelum segalanya terlambat. Suaram perlu menjelaskan hubungan mereka dengan PKR dan mereka perlu menjelaskan kepada rakyat tentang mengapa mereka bertindak sebegini rupa.-SUMBER AIDC
       
Yang Mana Satu Lebih BuWooook??? hahaha

#POLITIK#Kanak-kanak dipaksa sertai BERSIH?





Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim – Saya amat terkejut setelah menonton video propaganda politik DAP berhubung demonstrasi Bersih tempohari.
Video yang diterbitkan pihak pembangkang ini telah disunting sedemikian rupa sehingga ianya memberi gambaran berat sebelah pada hari kejadian dan berusaha menghasut rakyat untuk memberontak.
Seperkara yang amat jijik yang saya saksikan dalam video tersebut ialah tindakan pihak penganjur Bersih yang mempergunakan kanak-kanak untuk mencapai matlamat mereka.
Pelbagai alasan boleh dicipta atau dicanang tetapi saya pasti tindakan tindakan mempergunakan kanak-kanak yang masih mentah dalam demonstrasi jalanan adalah salah disisi undang-undang.
Aiyokk!!!..ini parti pun ada ker?