Sabtu, 30 Julai 2011

UDANG DISEBALIK MEE SUDAH KELUAR...!

Udang sudah keluar dari mee!, kita tengok sapa yang sambar udang nie dulu!

Berani melakukan perubahan atau nak sambar jawatan penting dalam pakatan rakyat??
Ada hati dgn puak2 pakatan nie ker? Amanah atau Jawatan penting..Pilihan Ditanganmu!
Artikel Semerahcili! sebelum ini mempertikaikan kejujuran Tengku Razaleigh Hamzah yang benar2 jujur mahu menjalankan amanah menentang penyelewangan yang berlaku termasuk rasuah kronisme, sikap pelampau dan pembaziran. ATAUKAH sebenarnya mahu berlagak HERO dan berebut kuasa kembali!
Tekaan Semerahcili! tepat apabila Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mendedahkan perkara itu, berkata tindakan terdesak memilih Ahli Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu juga sebagai persiapan parti pembangkang itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Pagi tadi (semalam) saya mendapat maklumat daripada rakan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bimbang apabila mendapat tahu mengenai adanya beberapa pemimpin tertinggi parti itu, DAP dan PAS sudah mengadakan perjumpaan dan berbincang dengan Ku Li berhubung perkara itu.

“Saya terkejut mendengarnya kerana kenapa perlu memilih Ku Li untuk dijadikan kuda tunggangan seolah-olah PKR ‘dijual’ kepada Ku Li dan kenapa tidak lantik Lim Kit Siang atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ini permainan politik yang aneh dan luar biasa yang didalangi DAP untuk memecahbelahkan Melayu di negara ini, dan bukan semata-mata isu untuk melantik Ku Li sebagai ketua pembangkang saja,”
katanya pada sidang media.
Hoho, udang galah sudah keluar ruapanya! Ini patutlah beria benar menegakkan benang yang basah dan kecoh2 menyalak2 mengenai teori amanah, kebenaran, pilihanraya bersih dan sebagainya….UDANG sudah mahu keluar dari sebalik mee…….agak2 biler keluar nanti ada yang menyambar tak? Hope2 yang menyambar bukan calang2 orang betui tak Ku’li? Pasti yang nak menyabar tur harap2 pemimpin2 besar dr pakatan rakyat yang bila disambar boleh letakkan udang dalam Akuarium yang bersalut emas! Hahaha…..
Note:
Betoi cakap SEMERAHCILI!, Ku’li nie betoi2 sudi nak jadik kuli rakyat atau sebenarnya nak jadikan org kuli balik hahahaha