PAS: TUKAR SLOGAN LAGI "Berjuang Demi Undi"
Hai udah nak tukar slogan lagi ke PAS neh? Udah nak tukar slogan 'Berjuang Demi Undi' pulak dah??? Hai macam2 yang SEMERAHCILI!, dengar sejak akhir2 neh mengenai PAS yang sudah kelam kabut bagai dilanggar negari yang dilanggar garuda...hahaha
Asek TukaR SloGan DeMi RaIh Undi..TuKar Terus Rrr....
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.
Larangan membaca Al-Quran itu sebetulnya memang dilarang oleh Islam kerana boleh menganggu ketenteraman orang lain. Tetapi inikah dasar2 serta prinsip yang di tegakkan oleh nik aziz sebelum ini yang berkobar2 berkata mengenai Islam?
Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.
''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak.
Ada betulnya apa yang dikatankan oleh Ibrahim Ali..PAS sering menukar slogan mereka demi memuaskan DAP untuk meraih sokongan dan undi masyarakat bukan Islam di negara ini meskipun terpaksa menjual AGAMA....
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, jabatan agama Islam negeri perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.
Katanya, selagi tidak mendapat bantahan besar masyarakat termasuk penduduk bukan Islam, amalan Islam harus diteruskan.
Mengapa tidak mengadakan sebarang muzakarah dan perjumpaan dengan masyarakat mengenai larangan berkenaan..di negara2 arab khususnya di mekah, jordan dan sebagainya kebanyakkan masjid di sana membaca al-Quran bermula jam 3 pagi..tiada masalah pun???
Note:
Apa pun SEMERAHCILI! merasakan sebab2 dorongan larangan itu dibuat bukan sebab hakiki tetapi ada UDANG DISEBALIK MEE! kita tengok apa kesudahanya...siapa yang untung dr semau ini..hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...