Rabu, 17 Ogos 2011




SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER!!!


Hello geng cepat2 klik banner tu kalau korang nak join jugak....
Nama panggilan blogger :
Semerahcili!

Tarikh mula berblog :
23 Mei 2011

Rakan blogger terkini :
4 orang (Kecian Woooo)
Target tambah rakan blogger : 
Mahu Tambah kenalan sebanyak mungkin! kerana tanpa kekawan yang rajin komen setiap Artikel yang dihasilkan pasti hambar! so geng semua dtg n komen kaw..kaw punyer k? 

= tarikh tutup 17 Ogos 2011 jam 11.00 malam ini =
GAMBAR2 SUSPEK YANG DITAHAN KETIKA PEMERIKSAAN JAIS DI GEREJA DUMC!


pEREMpUAN yANG tERTERA nAMANYA 'sO...' nTAh NamA BetUl or Tak....





OraNg Yang Sama???? BertUdunG? ketika HadiR MemBeri KeTeranGan Di PeJbat JaIs...



                                                           Lari JanGan Tak Lari WoIt.....



BerBaju kuruNg..BertUdung Litup..tp BerBuKa Puasa Di geReja....Adoi Yaii.....


Note:


hANyA aLLaH yANG mAHA mENGRTAhUI aPAkAH dISEBALIK pEMAKAiAN mUSLImAH INI DAN aGenda Jahat Mereka....
PAS: TUKAR SLOGAN LAGI "Berjuang Demi Undi"

Hai udah nak tukar slogan lagi ke PAS neh? Udah nak tukar slogan 'Berjuang Demi Undi' pulak dah??? Hai macam2 yang SEMERAHCILI!, dengar sejak akhir2 neh mengenai PAS yang sudah kelam kabut bagai dilanggar negari yang dilanggar garuda...hahaha

Asek TukaR SloGan DeMi RaIh Undi..TuKar Terus Rrr....


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Satu demi satu amalan agama dan tradisi umat Melayu Islam di negara ini bakal tergadai sekiranya tiada pihak mahu mempertahankannya semata-mata kerana mengejar kepentingan politik pihak tertentu.
Dalam isu terbaru berkenaan larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara yang disokong oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perkara itu jelas membuktikan undi rakyat adalah lebih penting daripada mempertahankan akidah Islam.
Larangan membaca Al-Quran itu sebetulnya memang dilarang oleh Islam kerana boleh menganggu ketenteraman orang lain. Tetapi inikah dasar2 serta prinsip yang di tegakkan oleh nik aziz sebelum ini yang berkobar2 berkata mengenai Islam?
Justeru katanya, adalah lebih baik pemimpin Pas menukar slogan perjuangan mereka kepada 'Berjuang Demi Undi' yang memberi maksud 'Aku mesti menang walaupun Islam kalah'.
''Nampaknya hujan sudah naik ke langit. Agaknya Menteri Besar Kelantan dan pemimpin Pas lain tidak lagi berhasrat menggunakan pembesar suara apabila memberi tazkirah atau program qiyamullail di masjid atau surau walaupun jumlah jemaah ramai," katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat 7 April lalu memutuskan, membaca al-Quran dengan pembesar suara di masjid dan surau adalah dilarang mengikut hukum syarak.
Ada betulnya apa yang dikatankan oleh  Ibrahim Ali..PAS sering menukar slogan mereka demi memuaskan DAP untuk meraih sokongan dan undi masyarakat bukan Islam di negara ini meskipun terpaksa menjual AGAMA....
Dalam pada itu, Presiden Ikatan Muslim Malaysia, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, jabatan agama Islam negeri perlu membuat penelitian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa.
Katanya, selagi tidak mendapat bantahan besar masyarakat termasuk penduduk bukan Islam, amalan Islam harus diteruskan.
Mengapa tidak mengadakan sebarang muzakarah dan perjumpaan dengan masyarakat mengenai larangan berkenaan..di negara2 arab khususnya di mekah, jordan dan sebagainya kebanyakkan masjid di sana membaca al-Quran bermula jam 3 pagi..tiada masalah pun???

Note:

Apa pun SEMERAHCILI! merasakan sebab2 dorongan larangan itu dibuat bukan sebab hakiki tetapi ada UDANG DISEBALIK MEE! kita tengok apa kesudahanya...siapa yang untung dr semau ini..hahaha




NAJIB TUBUH JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN DEMI PILIHANRAYA YG BERSIH!

PiliHanRaYa YaNg BersIH senTiasa di IdamKan OleH seTiap OrG TmaSuk Parti PemBanGakang..Hah! SkAng Pun Da DirealisasIkan...RakYat NiLaila SenDiri...
"kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi mengkaji cadangan-cadangan bagi mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini".
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jawatankuasa itu bakal dianggotai wakil daripada parti kerajaan dan pembangkang. 
"Ia akan ditubuhkan dalam masa terdekat. Kita akan bincang segala reformasi pilihan raya supaya tidak ada pihak lagi syak wasangka terdapat manipulasi kerajaan. 


Salam, SEMERAHCILI! ucapkan..agak2nya apakah reaksi juak-juak pakatan rakyat biler baca berita ini? PM kita siap wujudkan jawatankuasa lagi sekaligus memaklumkan kepada rakyat bahawa beliau serius untuk mengadakan Pilihanraya umum yang bersih tanpa ada sebarang penipuan!


Berucap dalam majlis berbuka puasa dengan media di Wisma Bernama di ibu negara hari ini, Najib menegaskan sekali lagi bahawa beliau berharap berjaya dalam pilihan raya melalui sistem yang bersih. 
"Seperti yang sering saya sebut, hari ini saya ulang sekali lagi, saya dan jemaah menteri tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan rakyat. 
"Jadi, jangan ada yang salah anggap kita tak ingin proses pilihan raya yang bersih," katanya di hadapan kira-kira beberapa ratus petugas media. 


Note:
Mahu apa lagi? PM kita sentiasa mendengar segala luahan hati setiap rakyat di negara ini...Negara yang aman dan tenteram....rakyat yang tak tahu menilai semua ini tak tahubuta tang mana...mata ataupun hati yang buta....huhu..jgn marah2 nie bulan puasa....

Isnin, 15 Ogos 2011


Isu Gereja DUMC : Orang Islam dihina daLam Artikel Akhbar Cina Ini!



Inilah masaalahnya apabila negara mempunyai warganegara yang bangang dan tidak peka kepada sensitiviti agama Islam di negara ini.

Selain daripada ahli-ahli politik DAP, timbalan editor Akhbar Cina Sin Chew Daily, Lim Swee Guan adalah salah seorang daripadanya.
 

Mereka fikir mereka boleh hina dan perlekehkan organisasi yang menjaga hal ehwal agama Islam tanpa memikirkan masaalah yang akan timbul dek keceluparan mulut akhbar Cina itu. 

Mereka fikir mereka kebal memijak-mijak sedemikian rupa dan terlepas dari dilabelkan sebagai rasis dan pihak yang buta mata serta terlalu bodoh untuk memahami isu gereja DUMC!
 

MiM memang marah kerana timbalan editor tersebut telah menulis satu artikel yang berbau rasis dan boleh mengapi-apikan kebencian yang amat sangat terhadap agama suci Islam.

Beliau ternyata menulis mengikut emosi tetapi tidak mahu merujuk kepada bukti-bukti yang sangat jelas ketika insiden JAIS memasuki gereja 'haram' DUMC.
 Di antara keceluparan mulut editor Cina tersebut :-

1. Jika jabatan itu dan Hasan tidak dikawal, mungkin perbuatan menggeledah dan memecah masuk majlis jamuan makan malam anjuran gereja-gereja akan berlarutan dan berulang.
Kenyataan di atas sungguh biadap sekali. Apakah timbalan editor akhbar Cina itu tidak tahu bahawa JAIS mempunyai protokol dan enakmen-enakmen yang perlu diikuti dan juga mesti dipatuhi oleh seluruh rakyat Selangor tidak kira bangsa atau agama?

Malah, kenyataan Lim Swee Guan iaitu 'memecah masuk majlis' ternyata berbau pembohongan kerana tiada sebarang 'pecah masuk majlis' yang berlaku.

Fakta menunjukkan bahawa pihak JAIS dan polis terpaksa menunggu kira-kira 20 minit diluar legar dewan sebelum dibenarkan masuk ke dalam dewan!


2. Rekod lampau JAIS dan Hasan juga bukannya begitu baik. Sebelum ini, jabatan itu pernah mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaguna di kawasan Shah Alam. Ia turut melarang pengambilan pekerja-pekerja Islam bekerja di tempat-tempat hiburan yang menjual arak dan melakukan tangkapan terhadap pasangan yang meraikan Hari Kekasih.


3. Besar kemungkinan kerajaan negeri sudah tidak dapat mengawal Hasan lagi. Dengan itu, jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor yang disandang beliau perlu ditarik balik.Bagaimanapun tindakan itu masih tidak mencukupi, sepatutnya beliau tidak lagi dilantik sebagai Exco.
Adalah kurang ajar apabila timbalan editor akhbar Cina itu menuduh jabatan hal ehwal Islam mempunyai rekod yang TIDAK BAIK hanya kerana membongkar muslihat pihak tertentu memurtadkan orang Islam atau pun merampas arak.

Dan yang paling menyakitkan hati MiM sebagai seorang Islam ialah kenyataan timbalan editor Sin Chew Daily di bawah :-

4. Kita juga berharap pegawai-pegawai agama diberi latihan semula supaya mereka memahami perbezaan antara aktiviti penyebaran agama dan kegiatan amal di gereja.
Pegawai-pegawai agama Islam di beri latihan semula?

Siapalah orang Cina bernama Lim Swee Guan yang mahu untuk menegur tahap pemahaman agama seseorang Islam itu?
Sudahlah bukan orang Islam dan tidak arif dari segi ajaran Islam, timbalan editor akhbar Cina ada hati untuk menegur! Sungguh kurang ajar! 
Malah, MiM berasa amat biadap apabila beliau menilai seseorang pegawai Islam hanya berlandaskan kepada laporan berita yang superficial tentang isu gereja DUMC.


Sebagai buktinya, sila baca kenyataan bodoh editor itu :-

Sepatutnya, bukan penganut Kristian dibenarkan menghadiri aktiviti amal dan program ditaja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di gereja bagi mewujudkan perasaan saling faham memahami antara berlainan agama.
Kita tidak ada masaalah dengan bukan penganut Kristian menghadiri program NGO di gereja tetapi kita akan marah dan pihak berkuasa wajib siasat jika aktiviti tersebut menyalahi enakmen Syariah dan memurtadkan Islam! 
Bukti-bukti tentang kesangsian aktiviti di gereja DUMC sangat nyata. Kepada timbalan editor Sin Chew Daily, buka mata anda luas-luas dan perhatikan bukti-bukti di bawah.



Kepada Lim Swee Guan, timbalan editor Sin Chew Daily dan yang lain, jangan hanya pandai menyusun kata-kata tetapi buruk dan terima padahnya kerana kesumat menghina Islam di negara ini!

Kita tunggu apakah respons orang Islam terhadap artikel bodoh timbalan editor Sin Chew Daily itu? Demonstrasi depan pejabat akhbar tersebut? Memorandum menuntut Sin Chew Daily minta maaf oleh staf-staf JAIS? - SumBer blog Mim

Note:

SEMERAHCILI! RASA kaum2 lahanat neh lagi rasis dr org melayu...Bukti Depan Mata Beb!
Ngaku janda, jual agama demi WANG!!!
BuaT PeRABIHHH DuiT GerEja Jeq PemPuan Neh Nak DUit BuKan Nak AGAMA MaNa2 Pun..

Seorang “Ibu tunggal” bernama Nur, 40, dari negeri Sembilan yang mengaku pd media tempoh hari ketika pemeriksaan JAIS di gereja DUMC mengaku kepada wartawan bahawa ada menerima dari gereja kerana tak dapat bantuan dari BaitulMal…Pasti Pembaca ingat lagi..pelbagai perspektif timbul..Baitulmal neh kejam lah…zalim lah..macam2lah..

Artikel ini disiarkan pada tarikh 7 Ogos, muka surat 6. Disebabkan pendedahan wanita yang giler duit neh BaitulMal dipandang negatif oleh masyarakat. Nur yang sebelum ini mengatakan bahawa dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal

Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya lagi. 

TETAPI JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK MAINS SANGAT BERBEZA!!! AYO..YO..KAKAK, JANGANLAH SAMPAI TAMAKKAN DUIT PASTU BUSUKKAN NAMA ORANG LAIN PLAK!!!

1. Pihak MAINS merakam rasa kesal dan amat dukacita diatas penyiaran berita yang tidak tepat, mengelirukan dan menemubual prasangka negatif masyarakat terhadap institusi pengurusan zakat di N.Sembilan dan di Malaysia amnya. 

2. Setelah siasatan dijalankan, pihak MAINS mendapati status Puan Nur sebagai ibu tunggal adalah tidak benar. Beliau mempunyai 4 orang anak dan suami yang bekerja tetap dengan gaji berjumlah RM 1,300 sebulan. 

3. Beliau dan suami pernah dibantu beberapa kali oleh Baitulmal N.Sembilan sejak 2006 sehingga kini. Tidak kurang dari 10,960.00 pelbagai jenis bantuan dalam bentuk tunai dan barangan makanan di salurkan. 

4. Beliau juga mendapat bantuan kanak-kanak (bulanan) sebanyak RM400.00 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat N.Sembilan sejak Januari 2011 dan suanminya turut bertanggungjawab menguruskan keprluan dan persekolahan anak-anak mereka. 

5. Pihak pengurusan MAINS sejak dari awal 2011 telah menasihatkan beliau agar tidak menerima bantuan gereja dan beliau insaf serta berjanji tidak akan menerima bantuan dari pihak berkenaan lagi. 

6. Siasatan juga mendapati selama ini bantuan berkenaan di beri atas dasar persahabatan beliau dengan rakan lama persekolahan yang bertugas di gereja berkenaan. Tiada bahan bacaan atau barang berkaitan agama Kristian yang di bekalkan kepada beliau atau suaminya untuk menukar agama atau murtad. 

7. MAINS juga mendapati Baitulmal N.Sembilan telah melayan semua permohonan dan menyalurkan bantuan kepada beliau secara profesional dan tidak timbul isu mencemuh, menghalau atau memarahi beliau secara keterlaluan. Baitulmal N.Sembilan melaksanakan inisiatif Indeks Kepuasan Pelanggan dan semua kaunter Baitulmal dirakam oleh kamera litar tertutup bagi memastikan tiada pelanggan yang tidak di layan dengan sewajarnya. 

8. Pihak MAINS berharap isu ini tidak dipanjangkan dan dipolemikkan sehingga menimbulkan ketegangan agama di kalangan masyarakat N.Sembilan dan Malaysia amnya. 

Sekian. 

Kamal Amran b. Kamarudin 
Setiausaha, Majlis Agama Islam N.Sembilan 
12 Ogos 2011 / 12 Ramadhan 1432

Note: 

OtaK masUk Air BIla 24 Jam InGat DuIt!
KE MANA SUDAHNYA KESEMUA MUSLIM YANG TELAH MURTAD?

AdAkAh Ini WajaH2 MuslIm YanG Di Dakwa TelaH MurTad Itu? SewaKtu PemerIksaan gereja DUMC tempoh Hari...
SekiranYa BenaR MereKa sudah MurTad apaKah TindaKan Seterusnya Untuk Membawa Mereka Kembali Ke PangkaL JalaN???
 MenGapaKah Orang2 Melayu/Islam ini ada di gereja DUMC ketika pemeriksaan JAIS di jalankan???
SiapaKah GeraNgan InsaN ini???Misteri..

Salam, bermacam2 hal yang kita dengar berkaitan murtad..berita yang pernah mengemparkan negara ketika dulu apabila seorang gadis bernama Nor'aishah Bt Bokhari,yang ketika itu berusia 26 mengaku murtad meskipun bapanya, Bokhari mendakwa mendidik anaknya dengan agama Islam yang kuat…kes

Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Di sini saya pendekkan cerita serba sedikit mengenai kejadian;-

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.


Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat university Al Azhar kalau dia hendak .

Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C.

Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 997, “Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah Kristian.”-luruh Jantung aYah yang membesarkannya mungkin ketika mendengar anak kesayangannya berkata demikian...

Permohonan murtad berkenaan telah dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Baca Herbes Corpes bawah bab 36 Kanun Acara Jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, “Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.”

Perenggan 23: “Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik”.

Ini sebahagian yang SEMERAHCILI!, boleh ‘refresh’ balik..adakah apabila menjadi seperti ini isu Murtad hanya mengikut musim..tapi akan diam dan senyap apabila isu ini tidak lagi dimainkan di media2 perdana di dalam negara kita???

Yang sudah murtad pastinya sudah hilang ke mana..apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini? Masalah yang kesannya bukan sedikit tetapi terlalu besar kesannya kepada umat Islam yang sentiasa menghadapi serangan baik dari segi akidah, mental mahupun fizikal dari pihak2 kafirlaknatullah ini!

Apakah kita hanya mampu bercakap, bersembang, melihat dan seterusnya kesemua masalah2 yg berkaitan akidah umat Islam terus hanyut?

Tiadakah jalan penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah Murtad dikalangan umat Islam khususnya dinegara ini? Seterusnya mencegah perkara2 ini dr terus berlaku setiap hari?

Di bawah adalah senarai nama2 peserta Islam yang menghadiri program pusat komuniti Dream Centre yang dimiliki oleh Gereja Methodist Damansara (DUMC).

Nama 12 peserta itu adalah seperti berikut :
1. Nadeane Binti Che Mohd Salleh
2. Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah
3. Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir
4. Ade Andrian Putra Bin Mahadzir
5. Nea Reima Mareana Binti Mahadzir
6. Rasyidah Binti Razak
7. Nur Umrah Binti Razak
8. Mohd Haslan Bin Bob Hasnan
9. Faridah Binti Abdul Rahman
10. Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood
11. Faridah Binti Abdul Latep
12. Sahrunida Binti Asaad

Apakah benar kesemua nama2 diatas secara zahirnya ataupun di dalam kad pengenalan hanya terletak nama orang2 melayu dan Islam adalah Agamanya? Apakah jalan yang terbaik untuk membawa kesemua penama2 ini ke jalan yang benar sekiranya benar mereka ini telah tersesat dan telah MURTAD! Nauzubillah….

Adakah benar kebanyakkan anak2 muda ini Murtad kerana mengejar kemewahan dan sesetengahnya kerana kesempitan hidup menyebabkan mereka murtad? Pelbagai persoalan ini perlu diselesaikan dengan segera bukanya kerana ia digembar-gembur oleh pihak media.

Perkara yang terbaik adalah “Back To Islam”, ini pendekatan yang paling baik SEMERAHCILI!, rasakan..tiada agama yang seindah ini…..

Note:
Sedih..Sedih..sedih....Berita Yang MenyedihKan Untuk Umat ISLAM.......

Sabtu, 13 Ogos 2011

YANG BENAR KITA IKUT, YANG SALAH KITA SANGKAL!

LaraAnGan MenGaji DenGan Kuat di DalaM MasjiD pasti Ada HikmAh Yang BesaR..Kita SebaGAi Umat Islam Perlu PahaM dan Tahu TujuaN SebenaR RasulullaH meLaranGnya...

LaRangan menGaji menggUnakAn pembesaR suaRa hanYa MemBuatkan masyaRakat BuKan IslaM MenJauhkaN mereKa dari Islam itu SenDiri..Ruginya Kepada SiaPA?

“TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.”- Berita Harian

Salam Ramdhan SEMERAHCILI!, ucapkan kepada semua…Isu berhubung Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid dilihat ada pro dan kontra di situ….

Pada pendapat SEMERAHCILI!, isu berkenaan tidak perlu dipolitikkan kerana ada kebenaran dan hadis sahih yang menyokong mengapa perbuatan berkenaan perlu diberi perhatian khusus kerana kebanyakkan masyarakat Melayu/Islam ketika ini seolah2 ‘besar kepala’ apabila membincangkan mengenai agama Islam, meskipun kesannya akan berbalik kepada Islam itu sendiri contohnya menimbulkan perasaan benci orang bukan Islam kepada Umat Islam kerana kekerasan Umat Islam yang kadangkala menggunaka Islam itu sendiri untuk menunjukkan kuasanya..akhirnya, kita tidak dapat menarik hati orang2 bukan Islam diluar sana…amat rugi kerana kita tidak dapat mengembangkan Islam ke serata dunia seperti saranan Rasullullah saw…

Dalam membaca al-Quran ada etika dan peraturannya. Dan di antara larangannya adalah membaca al-Quran dengan kadar intonasi yang agak kuat sehingga mengganggu para jamaah. Bahkan boleh juga mengganggu orang lain yang berada di luar masjid. Sama ada orang yang membacanya untuk menperdengarkan suaranya atau kaset rakaman bacaan Qari untuk dipasangkan.
Persoalan yang timbul adalah kenapa perkara ini boleh mengganggu jamaah di dalam masjid atau orang lain yang berada di luar masjid. Jika jamaah di dalam masjid, mereka akan hilang fokus dan khusyuk mereka ketika sedang menunaikan ibadah. Jika orang lain yang berada di luar masjid, aktiviti harian mereka boleh hilang fokus disebabkan suara yang agak kuat dan bising.

Oleh sebab itu, Nabi s.a.w pernah melarang orang yang menguatkan bacaan al-Quran di dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Ini dibuktikan di dalam hadis Nabi s.a.w, kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).”
Menurut kata-kata daripada Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h dalam mengulas hadis ini, beliau berkata:

Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid). Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).
Kebanyakkan orang Melayu kita ketika ini dilihat pantang dicabar atau ditegur terutamanya yang berkaitan Islam, padahal teguran yang baik perlu diterima dengan hati terbuka…Al-Quran dan As-Sunnah perlu diutamakan dahulu sebelum, semasa dan selepas kita menyatakan pendapat masing-masing….

SEMERAHCILI!, mengharapkan masayarakat Melayu ketika ini berubahlah demi perpaduan Islam…Larangan berkenaan seharusnya diteliti kerana ia dizahirkan dan ditegur oleh Rasulullah sendiri…pasti ada hikmahnya yang terbesar di situ…jangan terlalu bersikap prasangka yang buruk tetapi menggunakan kelebihan ini untuk menarik hati orang-orang Islam bahawa agama Islam ini sangat menghormati sesiapa pun tidak kira agama sekaligus, akan menarik mereka untuk mendalami Islam itu sendiri..Dimana ruginya kita???
Note:
Yang Benar akan Membatalkan yang batil…dibulan puasa yang penuh barakah ini bersama2lah kita muhasabah diri..dan mengharapkan Allah mengurniakan sesuatu yang baik untuk kita terutamanya masyarakay Melayu yang dilihat berpecah belah tanpa haluan ketika ini….Berilah Rahmat Kepada kami Ya Allah…Aminnn….