Rabu, 19 Jun 2013

AZIZAN LETAK JAWATAN: PILIHANRAYA KECIL PERTAMA SELEPAS PRU13 AKAN DILANGSUNGKAN DI SUNGAI LIMAU, KEDAH!!!

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Datuk Seri Dr. Azizan Abdul Razak kini bukan lagi seorang pemimpin yang berdaya. Apabila kedua-dua belah kakinya dipotong kerana gangrene, maka gugurlah kelayakannya selaku seorang pemimpin.

Dia sedar tentang perkara itu. Apatah lagi, Azizan lebih banyak berada di katil hospital berbanding bersama-sama rakyat. Dan difahamkan sehingga sekarang, Azizan belum lagi mengangkat sumpah selaku ADUN Sungai Limau.


Baru-baru ini, dari sumber terdekat dengan keluarga isteri pertama Azizan memberitahu, Azizan sudah hampir meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13 di Sungai Limau kerana keadaannya itu. Walau bagaimanapun, ada puak-puak PAS terutama sekali yang sebelum ini banyak bergayut di sekeliling kaki seluar Azizan, terburu-buru memujuk Azizan agar tidak berbuat begitu. 

Azizan menjadi bahan yang paling teruk dilanyak dan difitnah oleh puak-puak PAS sendiri. Beberapa kelompok dalam PAS yang bercempera, kelihatan bersatu hati dalam mengutuk dan menyalahkan Azizan setelah PAS gagal mempertahankan Kedah daripada dirampas oleh UMNO-BN. 

Malah ada yang menyalahkan sikap Azizan yang mudah baran dan lebih banyak mendengar nasihat daripada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negeri berbanding merujuk kepada Majlis Syura PAS. Azizan dikatakan mempunyai roh UMNO yang terlalu menebal dalam dirinya. 

Gerakan untuk menggulingkan Azizan telah lama dijalankan dan diketuai oleh Mahfuz Omar yang kemudian diproksikan oleh Phahrolrazi Zawawi.... sambungan di sini beb!

Agak2 korang azizan mau letak jawatan ke beb?

Letak jelah bg kepada pemimpin yang lebey berwibawa.....xkira dari parti mana pun janji yang bley bt keje......

KATA-KATA GADIS SYRIA BUAT GADIS-GADIS MELAYU CEMBURU!~



Sila Lihat Link Dibawah!~
http://www.youtube.com/watch?v=H7khzRh3QVk&feature=youtu.be




































Artikel Berkenaan Gua Rembat Dari Blog::Klik Sini

Agak2 Koranglah, jika minah2 melayu nie yg kena mcm tu mesti lain ceritanyakan?

Betapa kukuhnya iman2 penduduk syria..ya allah selamatkanlah Syria....


Selasa, 18 Jun 2013

PATUTLA PENEBAT KILAT BANGUNAN UMNO RUNTUH, ANWAR PUNYA KERJA RUPANYA..KEH KEH KEH

Rupa-rupanya, bencana alam yang menyebabkan rod penebat kilat setinggi hampir 20 meter di Menara UMNO di Jalan Macalister tumbang akibat ribut kilat Khamis lalu telah dipolitikkan oleh Red Bean Army DAP dan pro-pembangkang.


 Read Bean Army Punya Keja Lorrr...

Mereka sengaja memainkan isu tersebut di laman sosial seperti Facebook dan Twitter bertujuan memburuk-burukkan UMNO walau pun bencana alam itu tidak dapat dielakkan dan turut menimpa tempat-tempat lain di Pulau Pinang. Seorang rakyat Pulau Pinang meninggal dunia di Air Itam, Pulau Pinang dan banyak kerosakan berlaku di negeri itu.


Dan kepimpinan UMNO Pulau Pinang turut membantu keluarga mangsa yang terlibat. Mereka memberikan kerjasama kepada semua pihak dan agensi terlibat dalam kerja-kerja pembersihan dan mencari mangsa hilang.


Bencana Alam pun mau kecoh ka? 

MATI DALAM BLACK 505 SYAHID KATA HUSAM!!!

Ini dah masuk kategori SESAT yang hakiki. Sesat yang mana kalau kita tunjukkan Kebenaran didepan mata dia pun dia dah tak nampak.

Inilah akibatnya bila TERLAMPAU Gila Kuasa. Terlalu mengejar Keagungan Dunia, maka tak mustahil Allah S.W.T akan sesatkan dia dari jalan yang benar.

Disebabkan dia terlalu nak sangat kejar jawatan, akhirnya Si Husam Kambing ni sudah hilang akal dan keluarkan kenyataan yang bukan - bukan.

Bagaimana mungkin peserta yang sertai Himpunan Black 505 tu boleh disamakan dengan pejuang Islam yang mati Syahid? Nampak sangat sesatnya Si Husam ni.


Tapi, apa nak heran ye tak. Dah memang menjadi kebiasaan dari kalangan pemimpin Parti Angguk Saja tu buat fatwa ikut sedap Kepala Lutut diorang je.

Kalau sebelum ni, diorang boleh samakan Himpunan Black 505 tu sebagai satu ibadah dan disamakan dengan Himpunan Umat Islam di Padang Arafah.


SM, suka-suka hati jer nak kata mati shahid erk? Pas..Pas..makin pelik SM tgk...

Jumaat, 14 Jun 2013

EZAM KOTAK BAKAL DILANTIK JADI PEGAWAI KHAS NAJIB???





Bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Nor disebut-sebut bakal dilantik menjadi pegawai kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

Pelantikan Ezam sangat penting untuk membolehkan beliau mengendalikan isu-isu pembangkang terutama membabitkan PKR.

Ezam pernah dianggap orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum meninggalkan PKR pada 2007.

Najib dikatakan tidak menyambung lima setiausaha politiknya yang kalah dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mereka ialah Datuk Fatmi Che Salleh; Datuk Sahlan Ismail; Datuk Shafie Abdullah dan Datuk Suffian Awang serta Latt Shahriman Abdullah.

Mereka digugurkan ekoran kalah bertanding dalam pilihan raya umum itu.


NAJIB JANGAN BERLEMBUT, PELEMPANGKAN JER-Tun Mahathir

Jangan Galak Benor Najib!!! Keras Skit layan deme pembangkang!
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.
“Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, hari Khamis.<<<< Tampokan ajer deme, layan baik2 pijak kepala
Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
“Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi,” katanya.
LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.
Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk ‘Transforming A Nation: The Malaysian Experience”, Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.
“Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya,” katanya.
Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).
“Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita,” katanya – Bernama 
Zaman  Mahathir dah lama berakhir bglah najib dgn tenang untuk memerintah plak...
asyek suh org buat tu bt nie,,,jaga mukhriz tu baik2 sudahlah..mayb sok2 dapat jdk PM sapa tau....ngeh3x 
bakal PM Malaysia???

Selasa, 11 Jun 2013

LEPAS ROGOL BUDAK 12 TAHUN, NAK TUTUP KES TERUS KAHWIN?

SM berminat dengan artikel berkenaan mengenai seorg lelaki berusia 40an yang mengahwini seorang kanak-kanak perempuan berusia 12tahun yang didakwa telah dirogolnya…..ikuti pembacaan dibawah yang agak menarik ini…

BEBERAPA tahun dulu, saya menonton filem Osama tentang seorang kanak-kanak perempuan miskin di Afghanistan yang terpaksa menyamar sebagai seorang lelaki supaya boleh bekerja untuk menyara keluarganya. Cerita diakhiri dengan identiti budak kecil itu diketahui lalu dipaksa kahwin dengan lelaki tua beristeri tiga.

Para penonton, termasuk saya, merasa terobek-robek jiwa. Kalau boleh hendak minta penulis dan pengarah filem agar tukar skrip dan mengakhirinya dengan happy ending. Tapi, di situlah kekuatan filem itu. Ia menggugah kita bahawa realiti kehidupan tidaklah semudah dan seindah seperti yang kita mahu.

Yang sedihnya, kisah kahwin bawah umur seperti ini tidak lagi hanya berlaku di Afghanistan, Saudi Arabia, Pakistan dan Bangladesh. Sekarang, sudah semakin kedengaran ianya berlaku di negara kita, Malaysia sendiri.

Lepas Rogol dan nak tutup kes terus kahwin? di mana keadilan yang sebenar?

Saya telah menulis tentang isu kahwin bawah umur Oktober tahun lepas, tapi saya tulis juga lagi kerana ia masih berlaku. Sekarang terdapat satu lagi kes di Sabah. Riduan Masmud, 40 tahun, yang didakwa merogol seorang budak berumur 12 tahun, rupa-rupanya telah mengahwini mangsanya sebagai isteri kedua dengan keizinan Mahkamah Syariah.

Bukankah tiba masa untuk Malaysia tidak lagi terima kes-kes seperti ini dan pelaku salah dijatuhkan hukuman di bawah undang-undang dan bukannya dibenarkan mengahwini mangsanya yang masih lagi kanak-kanak?

Bukan faktor agama

Masih ramai yang berpegang pada “Islam membolehkan kahwin bawah umur, Aisyah pun kahwin dengan Nabi s.a.w semasa beliau berusia 9 tahun”.  Apa benar begitu? Dalam artikelnya di The Star, Dr Wan Azhar Wan Ahmad, fellow kanan dan pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik di Ikim, telah menolak keras tanggapan bahawa perkahwinan bawah umur adalah anjuran atau amalan Islam. Menurut beliau, tidak ada nas atau dalil yang menyokongnya.

Dr Wan Azhar menyokong pandangan sesetengah ulama yang berpendapat Aisyah berusia sekitar 17 tahun sewaktu berkahwin. Beliau juga merujuk pada surah An-Nisa 4:21, yang mana Allah mengingatkan bahawa isteri berpegang kuat kepada perjanjian ataupun kontrak perkahwinan yang dibuat bersama suaminya. Beliau berhujah bahawa pastilah hanya wanita dewasa dan tidak mungkin kanak-kanak kecil yang mampu memahami kandungan, makna dan kesan perjanjian perkahwinan tersebut.

Kanak-kanak bukan saja tidak mempunyai kematangan yang mencukupi untuk memilih suami yang sesuai, malah tidak akan mampu menegosiasikan haknya di dalam perkahwinan, apatah lagi bila suaminya jauh lebih tua dari dirinya. Apalah anak kecil tahu tentang kesihatan seksual dan reproduksi misalnya, apatah lagi, menegosiasikan hak dan kedudukan sebagai isteri kedua? Justeru, saya menyokong penuh pendapat Dr Wan Azhar bahawa amalan kahwin bawah umur sangat bertentangan dengan Islam dan Al-Quran.


Seperti Dr Wan Azhar, saya juga berpendapat bahawa ianya hanyalah produk budaya dan faktor ekonomi, dan bukan faktor agama. Apakah anda kenal atau pernah dengar anak-anak orang kaya di Malaysia ini yang telah dikahwinkan di usia 12 atau 13 tahun? Mungkin tidak. Rata-rata kes kahwin bawah umur berlaku di kalangan keluarga miskin. Jadi, salah satu cara membasmi amalan kahwin bawah umur ialah dengan membasmi kemiskinan dan memastikan budak-budak perempuan mendapat pendidikan yang tinggi.  Pembasmian kahwin muda juga dapat mengelakkan sebarang masalah kesihatan ataupun kematian akibat kehamilan di usia terlalu muda.

Zaman Nabi bukan zaman sekarang

Tidak semestinya kalau sesuatu amalan itu berlaku di zaman Nabi s.a.w, maka kita pun harus atau boleh meneruskan amalan itu. Perhambaan berlaku di zaman Nabi s.a.w. namun kini, masyarakat dunia termasuk masyarakat Islam di Malaysia menolak dan mengeji perhambaan. Orang Islam di Malaysia pun menerima bahawa perhambaan bertentangan dengan hak asasi manusia.

Malaysia juga telah berubah. Dulu, memang ada amalan perkahwinan bawah umur. Ibu saya sendiri kahwin pada umur 14 tahun. Tetapi semakin Malaysia bertambah dewasa, begitulah juga, umur perkahwinan turut semakin di peringkat dewasa. Ibu-ibu yang dulu kahwin muda tidak mahu anak-anaknya dikahwinkan di usia muda seperti mereka.

Trend dan pemikiran masyarakat Malaysia telah pun berubah. Namun, mengapa ada sesetengah pihak, teutamanya golongan agamawan, yang hendak mempertahankan amalan kahwin bawah umur? Kenapa sukar untuk masyarakat Islam mengambil pendirian bahawa kahwin bawah umur, memukul isteri dan poligami tidak boleh lagi diterima?

Jangan hipokrit

Rakyat Malaysia mahukan sistem demokrasi, menolak diktator dan autokrasi. Tidak ada siapa yang suka dianiaya atau ditindas, dan semua mahukan mutu hidup yang lebih baik. Semua tidak mahukan kekerasan, keganasan dan penindasan dilakukan terhadap dirinya.

Jadi, kita usah hipokrit. Kalau kita mahukan demokrasi dan keadilan, tidak mahu ditindas, dianiaya atau dikasari oleh sesiapapun termasuk oleh negara, maka sewajarnya kita juga harus menolak sebarang bentuk penganiayaan atau keganasan terutamanya terhadap kanak-kanak dan perempuan. Mengahwinkan kanak-kanak, memukul isteri dan mempoligamikan wanita juga merupakan suatu bentuk penganiayaan, kekerasan dan pelanggaran hak manusia.

Bagi umat Islam, mereka bangga bila mengatakan Islam agama yang membawa kebaikan dan boleh menyelesaikan sebarang masalah di dunia. Seharusnya memang begitu. Kebanyakan agama juga menganjurkan kebaikan. Tapi bila berhadapan dengan masalah di dalam masyarakat, tidak ramai agamawan yang dapat menawarkan penyelesaian dengan baik dan komprehensif. Mereka lebih berusaha menguasai ilmu tentang ketuhanan akan tetapi gagal menguasai ilmu tentang kemanusiaan dan juga konsep kenegaraan di era dunia moden.

Agamawan lupa bahawa antara tujuan agama ialah untuk memberi pencerahan dan keadilan pada manusia. Bukankah orang Islam juga yang kata Islam itu agama ad-deen, agama yang mencakupi segala aspek kehidupan dan yang relevan untuk semua zaman?

Rogol berkanun dan poligami

Kes Riduan Masmud ini bukan setakat kes kahwin bawah umur tetapi juga kes jenayah statutory rape terhadap budak perempuan berusia 12 tahun 6 bulan.  Walaupun katakanlah kanak-kanak itu menyetujui hubungan seks itu, dan walaupun keluarga kanak-kanak itu telah menarik balik dakwaan rogol tersebut, namun pihak berkuasa tetap harus mendakwa Riduan kerana kanak-kanak itu masih di bawah umur 16 tahun.

Namun, istilah statutory rape tidak wujud dalam perundangan syariah atau dalam fiqah. Malahan, enakmen hudud PAS Kelantan dan Terengganu menyenaraikan jenayah rogol pun di bawah kategori zina. Bagi kes seperti ini, sistem perundangan syariah lebih bertumpu pada zina, pengesahan pernikahan dan juga poligami.

Percanggahan antara bidangkuasa dan system perundangan syariah dan sivil boleh wujud jika pihak-pihak berkaitan tidak jelas antara zina dan rogol. Selain isu statutory rape, isu incest iaini hubungan seks antara muhrim, seperti bapa merogol anak, juga tidak boleh sama sekali dikategorikan sebagai zina. Jika jenayah rogol, hanya lelaki yang akan dihukum sedangkan jika zina, perempuan yang menjadi mangsa itu pun akan dikenakan hukuman juga.

Saya mengucapkan tahniah pada beberapa pemimpin seperti Datuk Jainab Ahmad yang telah lantang dan tegas dalam memastikan keadilan terlaksana dalam kes ini. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga menyatakan bahawa kes terhadap Riduan akan diteruskan, dan telah meminta Badan Pencegah Rasuah membuat siasatan kemungkinan berlakunya jenayah rasuah dari pemberian RM5,000 pada bapa kanak-kanak perempuan tersebut. Lim Guan Eng juga telah menyatakan bahawa pesalah rogol berkanun tidak patut lari dari hukuman dengan mengahwini kanak-kanak tersebut.

Namun, siasatan juga sepatutnya dibuat terhadap tindakan Mahkamah Syariah yang telah mengesahkan pernikahan Riduan dengan kanak-kanak itu dalam waktu yang sangat singkat (tidak sampai 10 hari). Apatah lagi memandangkan kanak-kanak itu dijadikan isteri kedua iaitu dipoligamikan dan adanya kemungkinan pemohon, iaitu Riduan, boleh dikenakan hukuman atas kesalahan rogol berkanun.

Kata mesti dikota

Selain dari pemimpin Barisan Nasional, kita juga mahu agar semua pemimpin parti-parti politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaku memperjuangkan perubahan, keadilan dan hak asasi manusia untuk menyatakan secara terbuka sokongan mereka terhadap larangan dan penghapusan perkahwinan bawah umur. Kanak-kanak biarlah hantar ke sekolah, bukan dikahwinkan.


NAK SANGAT BUAT PERHIMPUNAN HARAM "BLACK 505" BACA INI DULU!!!



BLACK 505??? AKAN TEROS BLACKOUT!!

Pakatan Rakyat telah menyenaraikan tiga tuntutan berkenaan dengan pembaharuan yang melibatkan Pilihanraya yang akan dikemukakan semasa perhimpunan “Black505” di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Tiga tuntutan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) perletakan jawatan serta-merta anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);

(b) pilihanraya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti; dan
(c)  menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihanraya  sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.


PERUNTUKAN UNDANG-UDANG MENGENAI ISU YANG DITIMBULKAN

1.  Perletakan jawatan serta merta anggota SPR


Anggota-anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.


Menurut Perkara 114 juga, seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya.

Oleh yang demikian, jelas perletakan jawatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat oleh anggota SPR itu sendiri dengan rela hati tanpa apa-apa gesaan daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun seseorang anggota SPR itu boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat:


(a) melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu adalah seorang bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau


(b)  melalui suatu Tribunal yang ditubuhkan (alasan dan mengikut  cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan).


Walau bagaimanapun jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan Kerajaan maka suatu Tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

2. Pilihan Raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya.


Oleh yang demikian sehingga pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah maka pilihan raya tidak boleh diadakan semula di 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti  itu.


Bagi PRU 13, tarikh akhir untuk memfailkan Petisyen Pilihanraya ialah 12 Jun 2013.




3.  Menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.


Fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihanraya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.


Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat lat tempoh 8 tahun dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir dijalankan.


Bagi maksud itu, kajian semula yang terakhir dijalankan ialah pada 21 Mac 2003. Ini bermakna lat 8 tahun akan bermula selepas 21 Mac 2011. Kajian tersebut tidak wajar dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan. 


Maka apa-apa kelengahan apatah lagi terus diberhentikan atas alasan ingin melantik anggota-anggota SPR yang baru tersebut bukanlah merupakan alasan yang kukuh dan munasabah.



Masih lg nak teruskan perhimpunan haram nie ker???

manusia yang tak tahu peraturan akan teruskan perbuatan bodoh mereka nak buat mcm mana kan?




Rabu, 15 Mei 2013

PEMBANGKANG AJAR PENGIKUT SUPAYA TIDAK BERSYUKUR DAN KHIANAT!~



BN beri ambil, undi PR
Pembangkang Mendidik Pengikutnya Untuk Menjadi Sorg Yg Lupa Diri!~

Selepas BN kalah pada 2008, rakyat umumnya dapat melihat niat dan usaha dari BN untuk tetap berkhidmat kepada rakyat dengan menyalurkan bantuan melalui Pejabat Penyelaras Persekutuan DUN atau dikenali sebagai Pejabat DUN BN di kawasan-kawasan kalah.

Secara proaktifnya, banyak bantuan disalurkan samada dari segi infrastruktur mahupun dalam bentuk kebajikan. Niat yang murni ini tentunya dengan harapan agar rakyat meletakkan kembali kepercayaan mereka kepada BN.

Hampir semua golongan menikmati khidmat masyarakat yang disediakan 0leh Pejabat Penyelaras Persekutuan ini. Rakyat Malaysia, yang sinonim dengan sikap bersyukur dan mengenang budi tetap menjadi sandaran BN untuk meraih semula kepercayaan mereka.

Menyedari hal tersebut, PR dengan terbukanya menyatakan “BN kasi… ambil. Undi… beri pada PR”. Realitinya, apa yang kerap dimainkan oleh PR cukup berjaya dalam memastikan kejayaan mereka pada PRU 13. Buktinya, di Terengganu dan Selangor, banyak kawasan yang mana terdapatnya Pejabat Penyelaras Persekutuan mengalami kekalahan dengan majoriti yang meningkat. Bukan itu sahaja, Ali Rustam yang cukup dikenali kuat bekerja untuk rakyat Melaka juga tidak dapat diselamatkan pada PRU13 ini.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Pertama, PR berjaya mengikis sikap berterima kasih dan mengenang budi di kalangan rakyat. Sungguhpun cara berpolitik ini hanya akan “membunuh” nilai murni rakyat Malaysia, PR tidak peduli, kerana yang penting adalah undi.  Hakikatnya, kawasan yang diwakili oleh ADUN PR tidak perlu bersusah payah untuk pembangunan infrastruktur mahupun kebajikan rakyat kerana tugas tersebut telah diambilalih oleh Persekutuan. Waima sebagai ADUN, wakil rakyat PR hanya perlu fokus kepada ceramah-ceramah dan sedikit sumbangan sekadar untuk meraih publisiti sahaja.

Kedua, peranan yang efektif dimainkan oleh Pejabat Penyelaras Persekutuan DUN telah membuatkan rakyat di DUN tersebut menikmati segala kemudahan waima ADUN PR sekadar berpolitik siang dan malam. Malah di Selangor, wakil rakyat tidur sewaktu sidang DUN pun masih lagi menang pada PRU13  baru-baru ini.  Mungkin pada fikiran rakyat, tiada beza sekiranya BN menang atau kalah kerana keperluan dan kehendak mereka dipenuhi oleh BN.  Segala masalah diajukan kepada BN untuk penyelesaian. Masalah selesai, tetapi undi tetap kepada PR.  Contoh paling tepat adalah apa yang berlaku ke atas Raja Nong Chik di Lembah Pantai. Beliau bekerja untuk rakyat, tetapi gagal memenangi kawasan tersebut.

Salam dihulur disambut secara bermuka-muka. Habis manis sepah dibuang. Amalan berterima kasih dan bersyukur semakin terhakis dengan gaya politik PR.

Kini, timbul desas-desus bahawa MB Terengganu bakal menggunakan cara yang agak keras, iaitu tidak akan membuka pejabat penyelaras persekutuan di DUN-DUN yang tewas.  Apa yang cuba dilakukan oleh Ahmad Said ialah sekadar menjawab kembali kata-kata “Minta pada BN, Undi Pada PR”.

Mungkin bagi Ahmad Said, “Undi Pada PR, Pergi Minta PR”!…

Kalau benar desas-desus ini, maka rakyat perlu belajar merasai “kehilangan” BN.  Dan pada hemat penulis, ini mungkin cara yang agak menarik setelah “kasih-sayang” gagal menambat hati pengundi.

BN bagi.. sudah diambil. Dan undi pula diberi pada PR.  Kini, terima lah jawapan kepada perlakuan sendiri.sumber

***Pada SM itulah yg Pembangkang ajar pengikut2nya menjadi sorg yang licik......beri ambik! tp masa yang sama khianat!...

bagaimana KETUA begitulah anak buah...






Jumaat, 10 Mei 2013

BUDAK CINA TERBALIKKAN BENDERA MALAYSIA MOHON MAAF!~



BodO Punya Olang!~

Kononnya mereka terbalikkan bendera beramai-ramai kerana sayangkan negara ini dan mereka mengharapkan pilihanraya yang bersih dan jujur. Kononnya juga mereka hanya memperjuangkan keadilan dan kesamarataan.

Apabila dihentam dan dikutuk, tahu pula mereka minta maaf. Alasan yang diberikan ialah, mereka bukannya tak hormatkan negara ini apabila menterbalikkan bendera Malaysia, sebaliknya apa yang mereka lakukan hanyalah salah satu daripada usaha untuk menyuburkan demokrasi di negara ini.

Aneh sungguh!

Bayangkanlah kalau ada orang Melayu atau mana-mana pemimpin UMNO yang menyelar Cina atau yang sewaktu dengannya. Pastinya tidak cukup tanah, tak cukup angin, tak cukup air mereka mengutuk, bahkan memaksa pemimpin-pemimpin berkenaan memohon maaf, kalau tidak pun melutut  dan menyembah, sebagaimana yang cuba dilakukan oleh Lim Kit Siang terhadap Tun Dr. Mahathir.

Namun apabila puak mereka yang melakukannya, ia tidak dikira sebagai satu kesalahan, sebaliknya dianggap sebagai satu kesilapan.

"Mereka masih muda," kata pembela mereka yang menganggap kesalahan yang dilakukan hanyalah kesalahan kecil.

Anda fikir bagaimana?

Adakah kesalahan yang mereka lakukan, kemudian diberikan kemaafan, akhirnya bertukar menjadi sembilu beracun yang menikam jantung sepertimana yang berlaku kepada Namawee?

Masa berlembut sudah habis sebenarnya. Tiada lagi kemaafan mudah sepatutnya diberikan. Budak-budak Cina itu bukannya baru hari ini menjadi warganegara Malaysia. Kalaupun mereka tidak bersekolah kebangsaan dan bercampur dengan segala bangsa yang lain, takkanlah sekolah-sekolah vernakular yang mereka hadiri tidak mengajar tentang Nilai Kenegaraan?

Atau sebenarnya, sekolah-sekolah vernakular di Malaysia hanya mengajar tentang CINA, CINA, CINA dan SETERUSNYA CINA?SUMBER

KENAPALAH BUDAK2 CINA NIE NAK TERBALIKKAN PLAK BENDERA MALAYSIA? KALO MARAH SEKALIPON DENGAN MANA2 PARTI TERBALIKKANLAH BENDERA PARTI YG DIORG MARAH..APE HAL N APA ADA KAIT DENGAN BENDERA MALAYSIA PLAK?

NIE MESTI MARAH SAMA NEGARA MALAYSIA....

ADOII..MCM2 BUDAK2 MUDA SKG..LANGSUNG TAK PIKIR BAIK BURUK....

NAYA..NAYA...

Khamis, 9 Mei 2013

ADNAN YAAKOB KEKAL MB PAHANG!!!


Tahiah kepada YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob kerana kekal menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang.

Buat masa ini tidak ada orang yang mampu untuk mengisi kedudukan tersebut melainkan beliau kerana keadaan politik sesama. 

Sebab pembangkang ramai yang masih gentar dengan Dato' Sri. Dan ianya diperakui oleh Si Fuziah tu sendiri dalam blog dia sebelum ini. Jadi, memang kena sangat la Dato' Sri dikekalkan buat sekian kalinya. Tahniah.

Kuantan: Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Menyimpan Rahsia Kerajaan negeri oleh Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar, akan diadakan di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan jam 5 petang, hari ini. 

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dihubungi turut mengesahkan perkara itu dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Adnan Yaakob akan dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Difahamkan, Adnan dalam pertemuan tertutup dengan semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN), di sini, semalam memberitahu bahawa beliau akan berbuat demikian di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. 

Sumber berkata, Pengerusi BN itu bagaimanapun tidak memaklumkan mengenai pelantikan exco kerajaan negeri. 

Adnan, 63, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bentong mula dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob (kini Tun), yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu. 
Beliau yang dianugerahkan gelaran ‘Datuk Seri Diraja’ oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 2010, yang juga penerima pertama dalam sejarah Pahang, dilihat tidak bermasalah untuk terus mendapat perkenaan Istana bagi jawatan berkenaan. 
Prestasi BN Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) merosot apabila kehilangan empat kerusi Parlimen serta 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding tewas dua kerusi Parlimen dan empat DUN pada 2008. 

Walaupun masih berjaya mengekalkan penguasaan dua pertiga di kerusi DUN, pencapaian pembangkang pada pilihan raya kali ini mengejutkan banyak pihak, terutama pemimpin BN negeri sendiri.

SINCHEW HINA NAJIB & ANWAR???



DAP Cuba Menghina Masyarakat Melayu Dengan GAMBAR ini?


Bila Utusan tulis Tsunami Cina yang menyebabkan Najib tak dapat majoriti 2/3 di Pilihanraya Umum ke 13, meroyan puak-puak cina dan Ngo tuduh Utusan menyebarkan sentimen perkauman.. Tapi apa kejadah pulak dorang nak kata dengan kartun yang diterbitkan oleh MySinchew ni beb?

Kartun yang menunjukkan Najib dan Anwar sebagai pemimpin melayu tunduk pada orang cina tu tak perkauman ke? Apa yang Sinchew cuba gambarkan? Kalau ikut kartun tu, masyarakat cina diibaratkan umpama Raja dengan mahkota dan Jubah..

Adakah Sinchew cuba nak kata sekarang ni melayu terpaksa tunduk pada cina untuk meraih undi? Ataupun Sinchew nak jelaskan bahawa cina sekarang dah pegang kuasa penentu dalam halatuju politik negara?

Kalau itu yang cuba kartun rasis Sinchew gambarkan, dorang ternyata silap beb!! Tanpa undi cina pun Najib masih mampu tubuhkan kerajaan.. Dan tanpa sokongan cina, Najib masih mampu jadi Perdana Menteri untuk orang melayu dan bumiputera Sabah/Sarawak!!..Sumber


**Apa yang SM lihat masyarakat CINA sudah menunjukkan taring yang sebenar..KING OF THE KING...itu yang mahu diorg suarakan...

BARISAN NASIONAL & PAKATAN RAKYAT bukan ada dalam hati mereka2 ini......DAP hanya mahu bersama dengan PR kerana itu satu2 jalan untuk mereka mendapat kuasa...

TIdak kira juga di dalam BN..apa yg SM tgk seperti parasit juga..lebey kurang sama je....

Bersatulah kita.....apa yg penting pd SM adalah seperti yang tercatat di dalam Al-Quran dan As-sunnah..kembalilah kepada agama...

Allah its Number ONE....




Rabu, 8 Mei 2013

DAP, PKR, PAS DAN BN SILA JANGAN MAIN ISU PERKAUMAN!~



Kita BerBEZA?
Oleh Zulkiflee Bakar (pengarang@utusan.com.my):-
Apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan muka depan yang mempersoalkan pendirian masyarakat Cina yang termakan hasutan DAP sehingga mereka menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu, ia dianggap rasis.
Penasihat Lim Kit Siang membuat kesimpulan laporan itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara.
Sebelum mana-mana pihak terus terpedaya dengan dakwaan seumpama itu, kajilah secara rasional siapakah yang sejak awal sehingga ke hari ini terus melakukan provokasi bagi membangkitkan kemarahan dan kebencian masyarakat Cina kepada BN.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul didapati terdapat gerakan tersusun dan luar biasa melalui media sosial, kempen dan risalah bagi tujuan berkenaan.
Sejak pembubaran Parlimen lagi, pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sudah menanam keyakinan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa BN akan ditumbangkan dalam PRU-13.
Oleh itu mereka menguar-uarkan slogan ?Ubah? dan ?Ini Kali Lah?. Apabila kempen pilihan raya bermula, ia bagaikan kemuncak kepada ?kegilaan? para pemimpin pembangkang khususnya PKR dan DAP untuk menanam kebencian rakyat kepada BN.
Justeru dalam kempen-kempen mereka, pemimpin-pemimpin DAP terus mengeluarkan pelbagai tohmahan bagi tujuan berkenaan.
Bukan sahaja pemimpin-pemimpin BN dan UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi mangsa kecaman dan fitnah, malah tokoh-tokoh korporat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary turut menjadi sasaran.
Mengamalkan rasuah, kronisme dan akan melakukan penipuan dalam proses pengundian adalah antara fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang kepada BN.
Sehari sebelum pengundian dijalankan, pakatan pembangkang meningkatkan lagi tindakan-tindakan provokasi mereka, apabila menguar-uarkan di dalam laman sosial milik mereka kononnya BN akan menggunakan warga Bangladesh untuk mengundi bagi memastikan kemenangan parti itu.
Akibatnya, pada hari pengundian tercetus kejadian rakyat Malaysia yang seiras warga Bangladesh ditahan oleh penyokong pembangkang.
Untuk mengukuhkan kononnya akan berlaku penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (PSR), isu dakwat kekal pula ditimbulkan pada hari berkenaan.
Seorang pemimpin DAP di sebuah kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan bersama penyokong melakukan?demonstrasi? untuk menanggalkan dakwat kekal yang dicalitkan di jari selepas mengundi.
Selain itu, tercetusnya tindakan provokasi oleh penyokong pembangkang menghalang pengundi dan rombongan membawa kertas undi.
Pada sebelah malamnya pula biar pun proses pengiraan undi masih dijalankan, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya memberi amaran kepada UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak menyembunyikan apa yang dianggap kemenangan pakatan.
Apabila keputusan rasmi diketahui yang menyaksikan BN berjaya menubuhkan kerajaan melalui majoriti mudah dengan memenangi 112 kerusi Parlimen, provokasi pembangkang semakin meningkat.
Ia termasuklah tindakan menguar-uarkan di dalam laman sosial, BN telah melakukan penipuan dan pembangkang menolak keputusan tersebut.
Ketika majoriti rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menerima keputusan PRU-13 yang menyaksikan BN kekal memerintah tanpa majoriti dua pertiga, pembangkang terus menguasai Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor manakala DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi yang ditandingi, provokasi DAP berterusan.
Hasutan DAP berjaya, selain pelbagai kecaman dan tohmahan dilemparkan melalui laman sosial oleh penyokong mereka, sekumpulan wanita Cina seramai 40 orang yang memakai topeng muka dan menutup mulut telah berkumpul dalam apa yang dipanggil Silent Walk kelmarin bagi membantah keputusan PRU-13.
Dalam masa yang sama, tersebar pula sekumpulan anak muda Cina yang terpengaruh dengan politik cauvinis DAP bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.
Dan semalam, pemimpin DAP dilihat semakin agresif membakar sentimen penyokong mereka supaya melakukan bantahan berterusan terhadap keputusan PRU-13.
Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pemimpin kanan DAP yang kini disebarkan secara meluas, pemimpin berkenaan menghasut penyokong parti itu kononnya berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum tersebut.
Antara pembohongan yang terkandung dalam SMS itu kononnya keseluruhan undi dalam pilihan raya umum kali ini berjumlah 18 juta sedangkan rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya 12 juta orang.
SMS itu turut mempertikaikan peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus kerana kononnya peratusan tersebut sepatutnya lebih rendah.
Sementara itu, satu lagi SMS dalam bahasa Mandarin dikesan disebar secara meluas menghasut penyokong pembangkang supaya bangkit memberi sokongan kepada pemimpin mereka.
SMS itu mendakwa, akhbar Singapura melaporkan, keputusan kemenangan BN masih belum berakhir dan bakal ada perbalahan pusingan kedua yang merisaukan.
SMS itu turut memetik kenyataan seorang pemimpin pembangkang berbunyi: ?Para penyokong kami semua jangan risau, mereka (BN) masih belum menang, dan kita (PR) akan masuk perlawanan pusingan kedua.”
Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, ia membuktikan dengan jelas bahawa masyarakat Cina terpengaruh dengan politik provokasi DAP sehingga memungkinkan mereka menolak BN hampir secara total.
Oleh itu, tidak perlu pemimpin-pemimpin DAP hendak berdolak-dalik dalam soal ini dengan ?menyerang? Utusan Malaysia.
Dan mereka harus bersedia untuk bertanggungjawab jika negara huru-hara kerana merekalah melakukan provokasi politik melampau untuk mempengaruhi masyarakat Cina menolak BN.
Utusan Malaysia hanya mempersoalkan tindakan DAP dan penyokong mereka kerana bimbang perbuatan provokasi berterusan boleh membangkitkan tindak balas daripada kaum lain khususnya orang Melayu sehingga menghuru-harakan negara.
- UTUSAN

*** Mengapa kita perlu memain isu perkauman sedangkan MALAYA ditubuhkan hasil usaha semua kaum....berbaik sangkalah....setiap perbuatan buruk kita akan Allah balas mengikut apa yg kita lakukan...
Perlu ke kita memainkan isu perkauman? baik BN, DAP, PAS or PKR jgn sesekali kita memainkan isu sensitip....
Paper2 utama pon janganlah menggunakan perkataan yang ekstrem lg menyakitkan hati...2,3 hari ini SM tgk melampau sungguh diorg menggunakan perkataan-perkataan tersebut....
Muhasabah diri..okey..yang untung rakyat apabila negara aman dan damai..

Isnin, 6 Mei 2013

PRU-13: Kali ini Tsunami kaum cina melanda BN- Untuk kali kedua BN gagal raih kuasa 2/3




SECARA keseluruhan BN menang 133 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi berbanding PRU-12. Ramalan awal, BN akan menang antara 122-123 kerusi.

Disebabkan tsunami kaum cina, maka BN menrima jumlah kerusi terburuk dalam sejarah pilihanraya negara. Untuk kedua kalinya, BN tidak mampu menang kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Pada Pru-12 lalu, selepas sahaja keputusan diketahui, maka berlaku desakan pengunduran diri Perdana Menteri, namun pada kali ini, walaupun keputusan yang diperolehi Bn lebih buruk berbanding tahun 2008, namun belum ada suara-suara sumbang meminta Perdana Menteri mengundurkan diri.

Perkara ini disebabkan, para penyokong BN sudah meramal daripada awal, bahawa kaum cina tidak menyokong Bn, atas sebab itu sukar mendapat kuasa 2/3.

Pada PRU-13 ini, MCA menerima tamparan hebat, apabila hanya menang 6 kerusi daripada 15 kerusi yang dimenagi tahun 2008; manakala Gerakan hanya menang satu kerusi parlimen. Manakala di Sarawak, calon-calon BN yang diwakili parti berasaskan kaum cina, kalah teruk. Di sabah pula, selain penolakan kaum cina terhadap calon-calon Bn daripada parti berasas kaum cina, Parti Upko dan PBS berasaskan kaum KDM juga mengalami tempias kekalahan.

Jika pada PRU-12, dua Presiden komponen parti BN mengalamai kekalahan, pada PRU-13 juga dua Presiden Komponen parti mengalami kekalahan, iaitu Presdien Upko dan Presiden LDP.

Pada PRU-13 ini, nampaknya sokongan kaum melayu terhadap Umno kembali pulih di Semenanjung, apabila Umno berjaya menambah 15 kerusi Parlimen, walaupun kalah di dua kerusi tradisinya- Batu Pahat di Johor dan Bukit Katil di Melaka.