Rabu, 18 Januari 2012

#POLITIK#ANWAR BERJAYA RAYU AZIZAH JANGAN BOCOR RAHSIA

Cian....Tangisan Sahaja Peneman Lara....

Kejayaan Anwar Ibrahim ‘merayu’ terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes liwatnya sehingga menyebabkan beliau telah terlepas dan dilepaskan terhadap tuduhan meliwat biarpun perbuatan itu dilakukan secara langsung.

Kesilapan teknikal DNA yang berjaya dirungkaikan oleh doktor yang dilantik PKR bagi mempersoalkan kewibawaan doktor yang memeriksa Saiful Bukhari telah menyebabkan Anwar Ibrahim terlepas biarpun perbuatan itu secara terang dilakukan.

Atas sebab itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa dalam sejarah kehakiman negara, Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai 'juara pertandingan membuat rayuan' terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan ke atasnya.

Sepanjang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari, beberapa rayuan demi rayuan telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu bagi tujuan mempengaruhi keputusan.

Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

Tidak kurang juga mendesak agar hakim yang mengadili perbicaraannya itu ditukar dan digantikan dengan hakim yang baru. Apabila hakim yang sedia ada ini membuat keputusan dengan menyebelahinya, kini Anwar Ibrahim pula memujinya.

Andai sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah, nescaya beliau akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Dan, kini memandangkan Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa hak Saiful Bukhari untuk membuat rayuan dipertikaikan oleh pelbagai pihak.

''Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah? Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung al-Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambil kira?

Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan pembangkang bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapuk dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Itulah Anwar Ibrahim pelakkon yang bukan sahaja berjaya menjiwai watak sebaliknya melakonkan watak yang pernah dilakukannya dalam dunia sebenar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...