Jumaat, 29 Julai 2011

SIAPAKAH ANWAR?
PELBAGAI WAJAH BOLEH DILIHAT ~~~
ANWAR IBRAHIM







Siapa tidak kenal Anwar Ibrahim… Tokoh terkenal di dunia. Yang berdarah pejuang melayu terakhir zamannya. Dari muda hingga ke berusia. Dari jawatan tertinggi hingga jatuh tersungkur dan ditahan dalam penjara, dari pemimpin demonstrasi jalanan hingga ke tampuk kedua teratas dalam kerajaan..

Lahir Ogos tanggal 10 haribulan. Cherok Tok Kun Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Berasal dari keluarga berdarah politik dan berbakat dalam kepimpinan.

Bukan diri dan sejarah perjuangan beliau mahu diulas di sini tetapi rahsia di sebalik tarikh lahir yang rasanya tiada lagi penulis yang mendedahkannya secara terbuka di dalam tulisan mereka !

Ya, Jika kita ingin kenal peribadi seseorang kita boleh melihat melalui tarikh kelahiran. Kerana tarikh turut melambangkan peribadi yang dimiliki olehnya.
Ini bukan menilik nasib, tetapi cara mengenali diri seseorang berdasarkan pengalaman dan kajian.

Dr Fadzilah Khamsah ( tokoh motivasi terkenal ) telah membuat kajian 25 tahun mengenai sikap manusia berdasarkan tarikh lahir mereka dan khususnya mereka yang lahir bulan Ogos seperti di bawah ;

OGOS
* Suka berlawak.
Memang DSAI suka berlawak. Tetapi sikap berlawok ( loghat Kelantan ) – ertinya menipu ; tidaklah dapat dipastikan pula. Walaupun pengkritik dan bekas teman baik beliau sendiri seperti Chandra Muzaffar sering menggambarkan DSAI tokoh sesumpah yang mudah berubah bila bila masa dan suka ‘ berlawok.’

* Mudah tertawan padanya.
Memang benar.. DSAI mudah menawan hati orang. Ini bakat semulajadi yang ada pada diri beliau. Hingga ribuan sanggup berkumpul ( tanpa diketahui diberi upah atau sebaliknya ) dan itulah yang terbaru terjadi di dataran merdeka Kelab Sultan Sulaiman di tengah kotaraya Malaysia 14 April lepas. Dan menyebabkan ramai termasuk PAS tertawan dengan beliau…

* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain..
Memang DSAI suka mengambil berat dan bersopan santun. Itulah rahsia Datin Seri Wan Azizah terpikat barangkali.

* Berani dan tidak tahu takut.
Itu tepat sekali dengan slogan DSAI ‘ Lawan tetap Lawan’…Atau boleh ditafsir sebagai tidak tahu takut kepada cemuhan orang kerana dia berkawan dengan Dajal dunia iaitu Amerika dan semua tali barut yang ada di merata rata di seluruh dunia.. Sebab itu tidak heran jika Anwar berbangga dengan kenalannya dari Arab dan Barat

* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Memang benar dari gaya percakapan dan ceramah mengesahkan kenyataan di atas.

* Pandai memujuk orang lain.
Sebab itu DSAI dapat melebarkan pengaruh antara kaum dan agama kerana kelebihan ini . mangsa terbaru SAPP yang baru sahaja memberontak dalam BN dengan mengumumkan akan keluar  ( jika dipersetujui ahli parti SAPP ). Jelasnya Yong Teck Lee mengaku berjumpa dengan Anwar di Hong Kong … Anwar ajak lompat atau tidak, kita tidak tahu….

* Terlalu pemurah & bersikap ego.
Jika sikap pemurah di atas menjadi kelebihan hingga dikatakan sehingga ketika pemilihan UMNO, mungkin sikap ego ini sukar diterima para pengikut beliau sendiri. Namun kita tengoklah samada ia tepat atau tidak dalam menelah peribadi insan bernama DSAI ini. Namun ramai sudah terkena EGO Anwar hingga keluar parti… Harap Anwar tidak akan ego lagi jika nak jadi Perdana Menteri..

* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Mungkin ini bercanggah dengan penghijrahan beliau dari ABIM kepada UMNO hingga ramai yang sangat terkejut kerana beliau dengan mudah menyokong musuh yang dikritik sebelumnya…seperti Tunku Abd Rahman , Perdana Menteri Malaysia yang selalu menjadi bahan kritikannya sebelum itu.

* Dahagakan pujian.
Ini sangat subjektif dan perlu dilihat dari kacamata pengikut beliau sendiri. Cuma jika ingin sahkan anda perlu check ruangan komen DSAI di blog beliau. Ada tak komen mengutuk disiarkan atau tidak. Ini eksperimen mudah untuk sahkan perkara di atas.

* Semangat juang yang luar biasa.
Memang benar, hingga sekarang perjuangan DSAI terus menerus dalam memburu ‘keadilan’ bagi dirinya yang sudah hampir mencecah kerusi tertinggi negara selaku Perdana Menteri tahun 1997 lalu..Beliau sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja dan menggadai apa sahaja demi ‘NAFSU GILA DAN RAKUSNYA’ walaupun mengajak parti dan MP lain LOMPAT PARTI..

* Cepat marah & mudah mengamuk.
Reformasi dan demonstrasi jalanan ke seluruh negara membenarkan kajian di atas..

* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Anda boleh menilainya sendiri ! mungkin selepas jadi PM kita boleh tengoklah mudah marah atau tidak beliau dengan rakyat pembangkang nanti…

* Sangat cemburu.
Mungkin ini agaknya yang dikatakan sesetengah orang di kala Nik Aziz memuji Mahathir, Anwar lantas mengingatkan Nik Aziz tentang kekejaman Tun hingga meng ISA kan Nik Adli anak beliau. Lihat dalam YOUTUBE jika anda ingin mendengar sendiri kata kata DSAI tentang perkara ini.

* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Memang tajam hingga setiap inci pentadbiran kerajaan dijadikan isu dalam ceramah politik di mana mana.

* Cepat berfikir.
Ini antara faktor DSAI cepat menyusun kata kata dan mengatur strategi yang sukar diduga..ye, tidak terduga Anwar akan terbang sana sini dalam agenda menjatuhkan negara dengan mengajak ‘katak melompat’ beramai ramai nanti.

* Fikiran yang berdikari.
Mungkin ini bermaksud fikiran yang tidak suka menggunakan buah fikiran orang lain walaupun sekali sekala dipakai juga kata kata tokoh tokoh ulung dunia.

* Suka memimpin & dipimpin.
Mungkin inilah yang membangkitkan DSAI kembali ke arena politik walaupun sebelumnya dijemput bertugas di luar negara selepas dibebaskan pada tahun 2004. Bertugas di USA sebagai fellow kehormat beberapa tahun… Anehnya Mahathir pun tak dijemput ke sana ???? walaupun lagi tinggi dari Anwar dan sudah berhenti kerja !

* Sifat suka berangan.
Jenis angan angan banyak. Dan jawatan Perdana Menteri mungkin angan angan LAMA DSAI ketika ini.

* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Penulis tidak ada fakta menyokongnya tetapi DSAI diketahui ramai gemar menari dan menyanyi mungkin relevan dengan hiburan yang disebutkan di atas.
Lagu Ajijahku Datang dalam YOUTUBE memang menarik dan DSAI boleh dinobatkan bintang Malaysia Idol yang baru. Tidak lupa kata kata puisi dan pertemuan dengan budayawan dibuat demi menarik sokongan golongan seni. Bahkan Ella dan Mas Idayu sudah diajak ke Selangor walaupun ditentang oleh PAS agar rakyat PKR dan PR senang hati dapat berjoli lagi..
yang lain seperti ;
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
boleh anda nilai dan fikirkan sendiri !!!

Anda juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi berdasarkan tarikh kelahiran mereka yang lahir pada tanggal 10 haribulan seperti DSAI. Jika Anda ingin lihat petikan asal :
 Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.
Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Nah, anda boleh membaca dan menilai diri dan peribadi sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim. Dan anda boleh memahami beliau dengan lebih baik lagi dengan keterangan di atas.
TIDAK DINAFIKAN ANWAR BERMULA SEBAGAI PEJUANG ISLAM TETAPI ISLAM ANWAR SEKARANG ISLAM BARAT @ORIENTALIS YANG DIRAGUI KETULENANNYA…
bukan ingin memburukkan dan mengkeji, tetapi sekadar menerobos ke dalam ruang diri seorang insan penting bernama Dato Seri Anwar Ibrahim yang ‘bakal menjadi Perdana Menteri “???

Note:
Hanya Menganalisis….Percaya Ke Tidak Terpulang kepada Individu Masing2..hoho



ANGGOTA BERSIH SERANG PM!

BIADAP PENYOKONG BERSIH YANG TAK TAHU HORMAT PEMIMPIN!



TVpas siarkan betapa biadapnya penyokong2 BERSIH nie dalam Majlis orang!

Sepuluh individu berpakaian kuning yang cuba membuat kecoh dengan melaungkan ‘reformasi’ sebaik ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak , bagi merasmikan kempen jalur gemilang di stesen Kuala Lumpur Sentral, ditahan polis, petang semalam.

Apa yang Semerahcili! Nak gambarkan adalah penyokong2 ini memang biadap..sebab apa? Diorang mang tak tahu hormat pemimpin..Semerahcili! sudah jelas beberapa kali dengan artikel2 sebelum ini bagaimana kita wajib menghormati pemimpin meskipun pemimpin itu menzalimi kita..itu hokum hakam yang telah Allah SWT tetapkan~

Apa kejadahnya sampai pergi serang tak tentu hala? Kalau yea pun nak bagi memorandum ker…nak hantar surat rasmi ke by hand  buatla secara beradab dan sopan…bukannya dengan melulu tak tentu pasal…

Penyokong2 BERSIH neh ingat diorang da cukup hebat ker? Sampai da tak payah pakai adab sopan segala? Kalau pergi majlis orang beradap skit bley? Heran sungguh….pastu da kena angkut pergi balai polis, banyak plak cerita..pakai baju harimau malayala…pakai baju yang hanya kaler kuning sajalah..pelik..pelik…sedangkan niat yang ada dalam diri tur terang2 mahu menentang pemimpin yang dipilih rakyat Malaysia!!!

Ini ker adab2 yang disokong dan diajar oleh pemipin-peminpin BERSIH? Yang duq melalak-lalak di atas jalanraya ‘reformasi..reformasi’ padahal habuk pun tarak? Ntahlah bila penyokong2 nie nak sedar diri woiiii……

Note:
Biadap…berani tak kena tempat..

  





































Rabu, 27 Julai 2011

USTAZ FATHUL BARI BIDAS KENYATAAN DR ASRI!
SEMERAHCILI


NAK TENGOK KEBENARAN? TENGOK SINI!!!


Kewajiban taat kepada pemerintah merupakan salah satu prinsip Islam yang agung. Namun di tengah carut-marutnya kehidupan politik di negeri-negeri muslim, prinsip ini menjadi bias dan sering dituding sebagai bahagian dari gerakan pro status quo. Padahal, agama yang sempurna ini telah mengatur bagaimana seharusnya sikap seorang muslim terhadap pemerintahnya, baik yang adil maupun yang zalim.

Allah telah memerintahkan kepada kaum muslimin untuk taat kepada penguasanya betapapun jelek dan dzalimnya mereka. Tentunya dengan syarat, selama para penguasa tersebut tidak menampakkan kekafiran yang nyata. Allah juga memerintahkan agar kita bersabar menghadapi kedzaliman mereka dan tetap berjalan di atas sunnah.

Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah dan memberontak kepada penguasanya maka matinya mati jahiliyyah. Yakni mati dalam keadaan bermaksiat kepada Allah seperti keadaan orang-orang jahiliyyah.
(Lihat ucapan Al-Imam An-Nawawi dalam Syarah Shahih Muslim)
Dari Ibnu Abbas , dia berkata: ”Rasulullah bersabda:
Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak dia sukai dari penguasanya, maka bersabarlah! Karena barangsiapa yang memisahkan diri dari jamaah sejengkal saja, maka ia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah.” (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim)

nOTE:
Zalim sangat ker pemimpin kiter sehingga perlu ditentang habis-habisan? tepuk dada tanya iman~~




 

MELAYU ATAU LAYU?
SEMERAHCILI!
MELAYU, MELAYAU ATAU TERUS LAYU???


Semangat mahu terus hidup dengan prinsip dan berdaya maju semakin hilang dek krn terlalu asyik dibuai dengan keistimewaan hak2 orang Melayu itu sendiri!


Adakah saranan ini betul2 diikuti atau hanya memandang 'sebelah mata sahaja???


Semangat berdaya saing sentiasa mahu kehadapan dalam perkara kebaikan pasti mengembalikan Rahsia Kejayaan Melayu seperti yg ada pd hati para perjuang terdahulu!
Melayu gah! Takkan Melayu Hilang Di Dunia? Melayu Tetap Di hadapan? MELAYU…MELAYU..MELAYU….adakah nama sesebuah bangsa terlalu penting atau prinsip, perjuangan dan budaya yang berdaya saing sebagai kayu pengukur sesebuah bangsa perlu dititik beratkan!.
Sekiranya, hak-hak dan kewajipan orang-orang Melayu ini tidak diwujudkan di dalam perlembagaan apakah yang akan terjadi kepada orang Melayu ketika ini adakah lebih maju dari pelbagai aspek dari kalangan bangsa yang lain atau terlalu mundur kerana bangsa Melayu itu terlalu lemah dalam berdaya saing.
Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak keistimewaan berbanding bangsa lain di Tanah bertuah ini!. Hak-hak dan keistimewaan ini bukan perkara baru tetapi telah termenterai sejak Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 lagi dan diamalkan di negeri2 melayu yang tidak bersekutu sebelum perang.
Di bawah ini adalah senarai Hak2 Untuk MELAYU yang diberikan tetapi Persoalan BESAR sehingga kini yang menjadi tanda Tanya adakah ini masih MEALAYU yang PUNYA???
1.      Tanah untuk Orang Melayu
Hak2 untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh oleh Kerajaan Negeri

~~~ Kerajaan negeri berhak membuka tanah dibawah kawal-selia kerajaan negeri tetapi adakah kini masyarakat Melayu punya tanah seluas beribu2 ekar??? Apa yang orang Melayu buat yg satu ketika dulu punya tanah abih dijual kerana duit, kerana tamak, kerana mahu cepat kaya..berfikiran singkat! Akhirnya tanah yang ada digadai, duit abis, badan tergadai….(org2 tue kater)

2.      Jawatan dalam Sektor Kerajaan
Jawatan2 kanan dalam kerajaan persekutuan tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

~~~ Adkah krn tahu yang sektor kerajaan ini orang Melayu senang nak dapat menyebabkan tiada sikap DAYA SAING…apabila sudah mendapat kerja kerajaan pula buat kerja sambil lewa..sifat malas menguasai diri..tiada usaha untuk meningkatkan kredibiliti pekerjaan sambil melambat2kan urusan kerja mengikut sukaHATI sendiri..berbeza dengan bangsa lain yang kita lihat hari ini kebanyakkannya ‘Workaholic’ dan sentiasa berdaya saing untuk maju dr pelbagai aspek!

3.      Peruntukkan Biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut2 Melayu daripada penuntut bukan Melayu

~~~ Sikap Malas Belajar! Apabila tahu MELAYU diberi hak keistimewaan dan senang memperolehi biasiswa menyebabkan ada yang mendabik dada bangga memiliki keistimewaan berkenaan…apabila sudah terima tidak tahu hargai, hanya tahu merungut sekiranya tidak dapat bantuan dr kerajaan…sudah abis belajar berkhidmat dengan negara luar krn memikirkan DUIT semata2 bukannya mahu membalas kebaikan negara yang telah membantu memberikan tajaan selama ini. Ini MELAYU?? Yea!!!

4.      Bantuan Ekonomi
Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen2 atau kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti2 ekonomi lain.

~~~ Siapakah yang memegang Ekonomi negara kita ketika ini? Bangsa Melayukah yang menopoli kadar perniagaan, kedai2, restoran, gudang dan sebagainya? Jawapannya Tanya diri sendiri…Kemungkinan besar Bangsa MELAYU yang sering diberi layanan sangat istimewa, di manjai sehingga lemak dan tak tahu berdikari menyebabkan bangsa MELAYU ketika ini tenat dr semua segi!

Apakah yang terjadi kepada masyarakat Melayu ketika ini? Maju? Seiring dengan bangsa lain yang ada di negara ini? Dr aspek kaca mata seperti tiada apa yang berlaku kepada Bangsa Melayu ketika ini..tetapi apabila dikaji dan diteliti pelbagai kemusnahan sedang rancak berjalan….Bangsa Melayu kini kian mundur..tiada berdaya saing…masalah social yang melibatkan org2 melayu khususnya belia2 yang sepatutnya menjadi pelapis negara hancur!! Hancur!! dan terus hancur dengan segala KEISTIMEWAAN yang diberikan selama ini!

Wahai Bani MELAYU…adakah sudah tiada perjuangan dalam diri kamu lagi? Adakah tiada lagi keinginan untuk terus kehadapan seperti perjuang2 dahulu yang mempertaruhkan nyawa demi negara? Adakah kamu semua sudah mati kerana terlalu kaya ataupun miskin? Adakah sudah lupa janji2 yang ditaburkan kepada nenek moyang untuk terus maju dalam pelbagai bidang?

BANGKITLAH WAHAI BANI MELAYU…berubahlah demi nama AGAMA, BANGSA DAN NEGARA yang tercinta ini……….




RAKYAT BIJAK DALAM MEMILIH!
Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak Yang telah dipilih oleh majoriti Rakyat seharusnya dihormati dan dimuliakan sebagai seorang pemimpin

Pemimpin yang sah perlu diperakui serta diterima meskipun kadang kala kita berbeza fahaman politik


Generasi muda perlu dipupuk perasaan sayangkan negara agar dapatt melahirkan umat yang mendukung dasar agama, negara dan bangsa


Rakyat kini bukan saje didedahkan dengan pelbagai informasi tanpa sempadan tetapi bijak berfikir dan memilih setiap tindak-tanduk pemimpin mereka. Adakah dengan hanya janji2 kosong, hebat berpidato akan dapat menjamin kesinambungan dari segenap aspek di negara ini?
Dalam menghormati setiap pemimpin yang telah dipilih oleh majority rakyat di negara ini hukumnya adalah wajib seperti Firman Allah SWT:
Patuh kepada ketua dan pemimpin meliputi pelbagai bidang dan pengertian. Firman Allah swt bermaksud: “Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil Amri (pemerintah) daripada kalangan kamu” - (An Nisa: 59).

Mengapa kita perlu hormat dan taat kepada pemimpin? Penerangan di bawah mungkin dapat membantu:
1.      Sebenarnya sebagai rakyat Malaysia pemimpin kita ialah Perdana Menteri yang dilantik secara sah. Manakala pemerintah ialah Yang diPertuan Agong. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan juga parti wajib taat kepada kedua-dua selagi perintah itu tidak melanggar undang-undang dan syariat.

2.      Seluruh rakyat yang bermustautin dan bermukim di negeri-negeri berkenaan tanpa mengira agama, bangsa, dan parti politik wajib taat kepada pemimpin dan pemerintah mereka selagi kedua-duanya tidak mengarahkan sesuatu yang melanggar undang-undang dan syariat.

Persoalan sekarang, adakah realiti rakyat Malaysia hari ini taat kepada pemimpin dan pemerintah? Adakah pemimpin dan pemerintah sekarang ikut undang-undang dan syariat dan mengarahkan sesuatu yang berlandaskan undang-undang dan syariat? Apakah mereka adil dalam melaksanakan amanah Allah dan rakyat?
Mengikut pemerhatian Semerahcili! ada pemimpin yang tidak adil kepada rakyat yang berlainan parti. Ada pemimpin yang memilih kroni untuk memberi projek kerajaan. Ada juga pemimpin yang cakap tak serupa bikin, janji politik yang sukar ditunaikan. Pemimpin sebegitu sudah tentu tidak mengikut undang-undang dan syariat, maka sesiapa yang terlibat dalam urusan dengan pemimpin itu, tidak perlu taat. Tetapi dalam perkara lain yang elok dan menepati undang-undang dan syariat masih wajib ditaati.
Sebenarnya kalau semua rakyat ikut perintah Allah dan Rasul, mereka pasti tidak menjadi pembangkang kepada pemimpin yang telah dilantik. Maknanya seluruh rakyat Malaysia akan taat kepada Perdana Menteri dan pemimpin di bawahnya.
Seluruh rakyat negeri Selangor wajib taat kepada Mengeri Besar dan pemimpin di bawahnya. Seluruh rakyat Perak wajib taat kepada Menteri Besar yang sah dan pemimpin yang di bawahnya.
Begitu juga di negeri-negeri lain termasuk pemimpin yang bukan Islam seperti di Pulau Pinang. Rakyat tersebut boleh menjadi pembangkang kepada perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan Syariat tetapi dengan cara yang betul dan melalui saluran yang betul.
Dalam ini yang menjadi pembangkang bukan semestinya daripada golongan parti pembangkang, sebaliknya mereka daripada parti pemerintah juga boleh membangkang pemimpin.
Kalau perkara ini boleh dipraktikkan oleh rakyat, pastilah negera kita akan maju, aman dan mendapat keredaan Allah.
Sedarlah wahai pemimpin dan pemerintah dan juga seluruh rakyat Malaysia, kita dihidupkan oleh Allah di muka bumi ini untuk memakmurkan bumi ini. Kalau kita asyik mempertikaikan itu dan ini, masa bila kita hendak memakmurkan bumi ini. Ingatlah amanah Allah akan dipersoalkan di akhirat nanti, jadi fikirlah sebelum kita semua dijemput oleh Allah bertemunya nanti. Wallahu’lam….
Note:
Pemimpin Yang Baik&Berakhlak mulia pasti Rakyat Akan Sanjung….

Selasa, 26 Julai 2011


MENGAPA PEMBANGKANG TAKUT GUNA SISTEM BIOMETRIK?

Sistem Biometrik yang akan digunakan pakai tidak lama lagi sudah dikaji sepenuhnya











Dakwat jari kekal mampu dimanupulasi oleh pelbagai pihak kerana dakwatnya boleh dibeli di mana-mana terutamanya di Thailand





INFO BIOMETRIK
Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut.Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan,anak mata,suara,muka,pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA),keystroke,tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi.Di peringkat global,penggunaan teknologi biometrik telah meningkat terutamanya dalam bidang keselamatan dan forensik bagi tujuan pengenalpastian dan pengesahan identiti seseorang individu. Contohnya,semua lapangan terbang di Amerika Syarikat menggunakan sistem pengenalan biometrik yang mengandungi gambar serta cap jari pelawat-pelawat asing. Negara Jepun pula banyak menggunakan kaedah urat saraf (vein) bagi sistem kedatangan di pejabat atau syarikat dan sistem maklumat peribadi di institusi-institusi pendidikan serta kesihatan.

Pelbagai persoalan bermain di minda semerahcili ketika ini, nak tau sebab apa? Sebab heran dengan pihak pembangkang yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang disediakan oleh kerajaan ketika ini!
Dulu ketika pilihanraya 2008 sibuk menolak menggunakan dakwat kekal, sebab dakwat kekal ini tidak boleh di bawa ketika bersolat kerana dakwat kekal di jari ketika mengambil wudhuk…itulah..inilah…pastu kali ini sibuk pulak mahu menggunakan dakwat kekal dijari dan menolak mentah2 menggunakan sistem biometrik yang dicadangankan oleh kerajaan…apa ini? Cakap putar belit pula..kejap mahu ini..kejap mahu itu…tak tetap pendirian langsung!

Ketua Pembangkang sendiri mengakui kelebihan penggunaan biometrik tetapi sebaliknya mereka mempertikaikan kos penggunaan biometrik. Antara petikan daripada blog ketua pembangkang “Penggunaan Biometrik ini sebenarnya baik namun saya tak lihat ia praktikal untuk jangka masa pendek.SPR perlu betul-betul bersiap sedia kerana mereka memerlukan peralatan biometrik yang banyak memandangkan tempat mengundi yang banyak,” katanya. Hai sudah mengakui sendiri lepas tur sibuk membangkang lagi??? Inilah namanya PEMBANGKANG yang hanya tau membangkang meskipun satu2 perkara itu baik untuk kesejahteraan rakyat ketika ini.
Seharusnya puak2 pembangkang ini sedar yg kiter tidak semua perkara yang boleh mengikut kehendak mereka sahaja! Hanya mahu memuaskan hati mereka shj! Kerajaan bukan keldai mereka untuk memenuhi semua permintaan yang tidak munasabah! Tapi kerajaan perlu menimbang semua permintaan sesuai dengan keadaan dan memudahkan semua pihak terutamanya rakyat jelata!

Kejap dgn perhimpunan BERSIH yang menyusahkan ramai pihak! Kejap dgn permintaan yang tak masuk akal..apa neh??? Kepala otak masuk air ke per? Pembangkang..pembangkang…..macam2 hal…

nOTE:
Menyusahkan Orang.........

Isnin, 25 Julai 2011

AMANAH KEMERDEKAAN KER NAK KUASA KEMBALI?

Betul2 MahuKan PerubaHan Erk?

Oleh Syed Mu’az Syed Putra..

KUALA LUMPUR, 22 Julai — Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba masanya untuk rakyat negara ini bangkit menentang segala penyelewengan yang berlaku termasuk rasuah, kronisme, sikap pelampau dan pembaziran.

Tegas beliau, rakyat jangan membiarkan perbuatan memanipulasikan politik digunakan untuk memecahkan perpaduan rakyat melalui dasar dan keputusan yang memihak kepada pihak yang berkepentingan.

“Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun untuk memecahkan rakyat majoriti melalui dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoriti yang berkepentingan.

“Saya memerhatikan dengan hati yang gusar melihat keadaan yang amat merunsingkan iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terangan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan negara untuk kepentingan mereka,” katanya pada perasmian Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Tegas Tengku Razaleigh (gambar) yang lebih dikenali sebagai “Ku Li”, masa untuk melihat segala penyelewengan yang berlaku sudah tamat dan sekarang untuk bangkit menyatakan pendirian masing-masing.

“Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka, inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya ‘kami mahukan kebenaran, tidak paparan palsu dan penipuan’.

“Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata ‘saya mahukan masa depan anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan sosial yang berkepentingan sendiri’.

“Ini masanya untuk orang muda dan dewasa yang bekerja berkata ‘kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar’,” katanya.

Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang ini berkata, Amanah yang dianggotai beberapa tokoh pemimpin bukan untuk menentang kerajaan tapi adalah untuk hak rakyat.

“Suara ini adalah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran.

“Kita akan berkata dahulukan kepentingan kebangsaan yakni kepentingan negara dan kepentingan rakyat, ini matlamat kita,” katanya.

Amanah, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibarisi beberapa tokoh terkenal tanah air termasuk Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Seri Ong Tee Keat, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk S. Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis selaku timbalan presiden-Malaysian insider
NOTE:
Hahaha..gelak dulu..nie betul2 amanah ker ader udang GALAH di sebalik MEE? Macam ada paper jeq…kiter tunggu skit masa lagi..KUli neh betoi2 mang nak Jadik Kuli rakyat Or MaHu mengKuLi kan Org Balik..Hahahaha

SYURGA KAKI BOTOL!
Wah..Wah...sangap sangat nak minum arak! smpi gambar kena ambik pun tak perasan!
Wah betul2 syurga pd mamat-mamat neh beli arak dengan mudah murah…seperti  beli makanan segera MC’D jer..dimana neh?
Kedai pandu lalu di sebatang lorong sunyi di kedai yang terletak di Sunyay Mentari, Petaling Jaya menjadi syurga tempat2 kaki-kaki botol ini melepaskan gian tidak mengira waktu…yerla senang nak beli bukan saja murah tp cepat dan pantas….
Sudahla buat kesalahan menjual arak dengan cara yang macam itu, lari dr cukai kerajaan lagi sebab itu harga arak berkenaan dijual dengan murah…LAHANAT punya manusia! Jual kepada orangMELAYU, REMAJA..ishk..sihk…rosak..rosak…
Mesti tertanya2 mana PIHAK BERKUASA KAN? Khabarnya pihak berkuasa pula seolah2 ‘merestui’ urusniaga berkenaan apabila ksehingga kini TIDAK ADA sebarang serbuan atau penangkapan pun! Hahaha..ini sudah pelik….khabarnya juga lagi, anggota polis yang berkawal kira2 hanya 25 meter saja dari lorong berkenaan!
Hah! Tunggu apa lagi SERBUUUUUUUU!!!!
Note:
Polis sibuk sgt Kot dgn pengikut BERSIH yang asyik menyusahkan org! smpi masalah neh pun tak Nampak! hahahaha














PEMBANGKANG PENGECUT!
Takut Terima Kenyataan Teoh Beng Hock Bunuh Diri!
Bunuh Diri! hasil siasatan suruhanjaya Diraja..Nak Apa Lagi???



SURUHANJAYA DIRAJA SIASATAN TEOH BENG HOCK
MAU APA LAGI APEK???
Pertikai—pertikai..pertikai..balik2 isu tidak puas hati! Semerahcili! Mengandaikan pihak pembangkang ini hanya tahu cari salah org! if tak dapat salah, buat bagi orang salah..ini ke prinsip yang ditanam dan disemai oleh mereka? Ini ke dasar parti yang meremka perjuangkan selama ini?

Meskipun sudah ditubuhkan siasatan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock bahawa individu itu membunuh diri tetapi sehingga kini duQ menyaLak gak fakta berkenaan tidak benar…aper pasalla pihak pembangkang neh?
Bukan sahaja tidak menerima malah cuba memperlekeh dan menghina keputusan itu sekaligus, menghina undang-undang negara ini. Pelik..Pelik..tak suka menerima kebenaran @pihak pembangkang da tak der modal lain guna isu yang tak releven ini untuk kepentingan mereka!
nOTE:

Nak tubuh suruhanjaya sendiri plak ke?

Selasa, 19 Julai 2011

RATU ELIZABETH :Pakai Baju Kuning Tanda Sokong BERSIH?
Ratu Elizabeth Penyokong Tegar BERSIH??? Jangan Nak Buat Lawakla... 



Air Yang dihidangkan Ketika Lawatan DS Najib di london..hahaha Fitnah..Fitnah...








Salam, kepada semua Semerahcili! Ucapkan….wah..wah…sibuk sekarang ini orang bercakap KUNING..KUNING..KUNING…sampai sudah mabuk kuning hinggakan Ratu Elizabeth pakai busana berwarna kuning pun dikatakan sebagai penyokong TEGAR BERSIH! Hahaha..ini antara lawak terbaik, lebih lawak dr kumpulan Sepak mungkin….
Adakah kumpulan2 penyokong BERSIH ini sudah hilang akal atau sengaja merek2 cerita mengarut untuk menarik perhatian umum mengenai niat perbuatan mereka dalam menyokong perhimpunan haram berkenaan?
Adakah dengan statement membabi buta ini dapat merubah tanggapan orang ramai sekaligus, membersihkan nama&perbuatan bodoh mereka 9 Julai lalu?
Pastilah, jawapannya tidak sama sekali!...Tak da makna Ratu Elizabeth tu nak heran dengan apa yang BERSIH buat lagi2 berhimpunan secara haram dalm menghuru-hara negara kita yang harmoni ini. Siapa Ratu Elizabeth ini? Bukan ke pemimpin tertinggi England? Haiyaa! Ada masa ke nak melayan benda-benda karut neh? Hahaha…memang penyokong-penyokong BERSIH ini sudah mamai dan terlalu byk minum air jagung sampai yang mana benar, yang mana salah pun tak tahu da bezanya….
Kalau betulla Ratu Elizabeth ini penyokong TEGAR bersih, pasti perjumpaan dengan PM Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak dibatalkan sama sekali…Beliau mempunyai kuasa penuh dan perjumpaan berkenaan juga di lakukan di tempat mereka. So, ada apa hal nak cancel or whatever pun kan???
Kepada penyokong2 BERSIH ini tolonggggggla…jgn taksub sgt…smpi mami tak kena tempat!
Note:
Pastikan penyokong2 BERSIH tidur dengan baik, sbb da penat kot p rally smpi da tak tau berfikir dgn baik…



Sabtu, 16 Julai 2011

FITNAH YANG MELAMPAU~
Berita palsu yang disebarkan oleh penyokong pembangkang semakin  melampau mengenai lawatan DS Najib Razak ke England baru-baru ini.
(BERITA TIDAK BERETIKA) Di aman Etika Kewartawan mereka ini? Ataupun tidak pernah pergi belajar etika kewartawan selama ini sebab hanya bersekolah di sekolah pondok! Penipuan..Fitnah~ lepas ini apa lagi ntahlah…
Ini berita drpd BERNAMA. So, skang sudah kantoi??? Jawab jgn tak jawab wahai KERAJAAN RAKYAT!
Najib disambut penuh mesra oleh Cameron, dengan kedua-dua pemimpin bersalaman sambil memberikan gaya istimewa untuk dirakamkan oleh jurufoto dan jurukamera sebelum masuk ke dalam bangunan itu untuk berbual dan diikuti dengan majlis makan tengah hari yang dihoskan Cameron.
Terdahulu, ketibaan Najib di Pejabat Hal Ehwal Luar dan Komanwel UK disambut oleh Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel UK, William Hague, sebelum berjalan pada jarak yang dekat ke 10 Downing Street. – Bernama

Di mana etika dan kredibiliti bloger-bloger pakatan rakyat neh? Semerahcili, merasakan bukan ke mereka ini sering dianggap suci muci…hidup bagai sufi??? Menipu tidak dikategorikan sebagai dosa ker??? Walahua’lam….

Jumaat, 15 Julai 2011

SERANG IDEOLOGI DENGAN FITNAH?
semerah cili~
Pemimpin Yang Telah diBeri mandat Oleh Rakyat Utk Meneraju Negara Juga Difitnah dengan Mengaitkan Dirinya mempunyai Kaitan Pembunuhan Seorg Wanita Mongolia. Fitnah~ 
Datin Seri Rosmah Mansur Tidak Terlepas Dari di Fitnah Setiap Hari dan antara fitnah yang paling terbaru adalah beliau di katakan memiliki cincin berlian bernilai berjuta2 ringgit!. Fitnah~
Ketua Umum PKR, DSAI sering mengatakan dirinya difitnah dan kini sedang dibicarakan didalam kes Liwat II. Fitnah~

Gambar seorang lelaki yang sedang terbaring dan sesak nafas di atas jalan raya ketika perhimpunan BERSIH didakwa adalah Suhardi bukannya gambar arwah Baharuddin. Fitnah~

                                                                                                Gambar Sebenar Arwah Baharuddin
FITNAH~..FITNAH~..FITNAH~..
Muktahir ini negara kita sering digemparkan dengan pelbagai fitnah jahat dan terkutuk. Ini demi menegakkan ‘benang yang basah’ bagi memuaskan kehendak individu dan sesebuah parti yang diterajui.
Menyingkap semula fakta yang tersimpan di dalam lipatan sejarah kewujudan politik fitnah di negara ini bukanlah sesuatu yang baru. Hakikatnya, negara kita telah lama dihidangkan dengan adengan politik fitnah yang cukup mengaibkan khususnya kepada individu yang terlibat secara langsung dan menjadi mangsa kepada politik fitnah di negara ini. Bahkan, bukan sekadar individu yang terkesan dengan permainan politik fitnah malah Islam dalam sejarah di Malaysia juga pernah dimangsakan oleh pemain-pemain politik fitnah di Malaysia.
Bukan sesuatu yang mudah untuk membuat satu unjuran secara tepat di manakah tapak bercambahnya budaya politik fitnah ini. Semerahcili!, merasakan apabila seseorang individu begitu rakus untuk mengekalkan kekuasaan dan terlalu mahu berkuasa ia akan menjadi benteng yang nyata menyebabkan seseorang pemimpin itu buta mata untuk melihat segala masalah yang dihadapi oleh rakyat..tanpa pembangunan..tanpa kemajuan..hanya bersandarkan agama semata-mata untuk meraih simpati dalam memikat hati pengundi….ataupun hanya mengejar kemajuan semata-mata tanpa emmpedulikan nasib rakyat dan kemahuan rakyat yang dahagakan tuntutan rohani berbanding aspek fizikal semata-mata…rakyat kini lebih cenderung untuk berfikir..berfikir..berfikir..kerana pelbagai saluran maklumat mudah di dapati setiap saat bukan seperti zaman dahulu seperti ‘mengharapkan setitik hujan di gurun sahaja’…
Fitnah kini dijadikan sebagai peluru ajaib yang mana ia ketika ini dilihat sebagai satu senjata yang sangat berkuasa dalam menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin….membuat kenyataan, menyebarkan dan seterusnya menggunakan media massa, media cetak dan media2 baru untuk merealisasikan niat jahat masing-masing…adakah ini yang rakyat mahu kini? Adakah serangan ini akan kekal lama?
Pendedahan..demi pendedahan fitnah disebarkan tanpa menyelidiki dengan sebetulnya mengenai sesuatu berita seperti satu ‘trend’…seolah2 semuanya dihalalkan oleh Allah SWT..budaya memfitnah seperti satu kewajiban di dalam budaya kini khususnya di dalam masyarakat melayu….adakah ini yang kita mahu? Fitrah manusia pasti mengatakan TIDAK!..kerana itu semua pendekatan dengan menggunakan fitnah adalah merugikan semua pihak khususnya bangsa MELAYU dan agama ISLAM….
Di hati-hati rakyat kini, pelbagai pergolakkan di dada masing-masing…terkadang keliru yang mana mahu dipilih sebagai pemimpin mereka..yang pasti JAWAPANNYA adalah mahu pemimpin yang bersih, memperjuangkan agama, bangsa dan CERDIK dalam mentadbir negara…..pakej yang lengkap ini perlu ada dalam meneruskan kesinambungan generasi MELAYU yang bijak, beragama dan berdaya saing khususnya diperingkat global…..
Oleh itu, jauhkanlah diri kita dr memfitnah..besar kesannya pd kehidupan kita..dan akhirnya ia akan merosakkan bangsa sekaligus agama yang diperjuang selama ini…Walahu’alam……