Jumaat, 29 Julai 2011

SIAPAKAH ANWAR?
PELBAGAI WAJAH BOLEH DILIHAT ~~~
ANWAR IBRAHIM







Siapa tidak kenal Anwar Ibrahim… Tokoh terkenal di dunia. Yang berdarah pejuang melayu terakhir zamannya. Dari muda hingga ke berusia. Dari jawatan tertinggi hingga jatuh tersungkur dan ditahan dalam penjara, dari pemimpin demonstrasi jalanan hingga ke tampuk kedua teratas dalam kerajaan..

Lahir Ogos tanggal 10 haribulan. Cherok Tok Kun Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Berasal dari keluarga berdarah politik dan berbakat dalam kepimpinan.

Bukan diri dan sejarah perjuangan beliau mahu diulas di sini tetapi rahsia di sebalik tarikh lahir yang rasanya tiada lagi penulis yang mendedahkannya secara terbuka di dalam tulisan mereka !

Ya, Jika kita ingin kenal peribadi seseorang kita boleh melihat melalui tarikh kelahiran. Kerana tarikh turut melambangkan peribadi yang dimiliki olehnya.
Ini bukan menilik nasib, tetapi cara mengenali diri seseorang berdasarkan pengalaman dan kajian.

Dr Fadzilah Khamsah ( tokoh motivasi terkenal ) telah membuat kajian 25 tahun mengenai sikap manusia berdasarkan tarikh lahir mereka dan khususnya mereka yang lahir bulan Ogos seperti di bawah ;

OGOS
* Suka berlawak.
Memang DSAI suka berlawak. Tetapi sikap berlawok ( loghat Kelantan ) – ertinya menipu ; tidaklah dapat dipastikan pula. Walaupun pengkritik dan bekas teman baik beliau sendiri seperti Chandra Muzaffar sering menggambarkan DSAI tokoh sesumpah yang mudah berubah bila bila masa dan suka ‘ berlawok.’

* Mudah tertawan padanya.
Memang benar.. DSAI mudah menawan hati orang. Ini bakat semulajadi yang ada pada diri beliau. Hingga ribuan sanggup berkumpul ( tanpa diketahui diberi upah atau sebaliknya ) dan itulah yang terbaru terjadi di dataran merdeka Kelab Sultan Sulaiman di tengah kotaraya Malaysia 14 April lepas. Dan menyebabkan ramai termasuk PAS tertawan dengan beliau…

* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain..
Memang DSAI suka mengambil berat dan bersopan santun. Itulah rahsia Datin Seri Wan Azizah terpikat barangkali.

* Berani dan tidak tahu takut.
Itu tepat sekali dengan slogan DSAI ‘ Lawan tetap Lawan’…Atau boleh ditafsir sebagai tidak tahu takut kepada cemuhan orang kerana dia berkawan dengan Dajal dunia iaitu Amerika dan semua tali barut yang ada di merata rata di seluruh dunia.. Sebab itu tidak heran jika Anwar berbangga dengan kenalannya dari Arab dan Barat

* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Memang benar dari gaya percakapan dan ceramah mengesahkan kenyataan di atas.

* Pandai memujuk orang lain.
Sebab itu DSAI dapat melebarkan pengaruh antara kaum dan agama kerana kelebihan ini . mangsa terbaru SAPP yang baru sahaja memberontak dalam BN dengan mengumumkan akan keluar  ( jika dipersetujui ahli parti SAPP ). Jelasnya Yong Teck Lee mengaku berjumpa dengan Anwar di Hong Kong … Anwar ajak lompat atau tidak, kita tidak tahu….

* Terlalu pemurah & bersikap ego.
Jika sikap pemurah di atas menjadi kelebihan hingga dikatakan sehingga ketika pemilihan UMNO, mungkin sikap ego ini sukar diterima para pengikut beliau sendiri. Namun kita tengoklah samada ia tepat atau tidak dalam menelah peribadi insan bernama DSAI ini. Namun ramai sudah terkena EGO Anwar hingga keluar parti… Harap Anwar tidak akan ego lagi jika nak jadi Perdana Menteri..

* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Mungkin ini bercanggah dengan penghijrahan beliau dari ABIM kepada UMNO hingga ramai yang sangat terkejut kerana beliau dengan mudah menyokong musuh yang dikritik sebelumnya…seperti Tunku Abd Rahman , Perdana Menteri Malaysia yang selalu menjadi bahan kritikannya sebelum itu.

* Dahagakan pujian.
Ini sangat subjektif dan perlu dilihat dari kacamata pengikut beliau sendiri. Cuma jika ingin sahkan anda perlu check ruangan komen DSAI di blog beliau. Ada tak komen mengutuk disiarkan atau tidak. Ini eksperimen mudah untuk sahkan perkara di atas.

* Semangat juang yang luar biasa.
Memang benar, hingga sekarang perjuangan DSAI terus menerus dalam memburu ‘keadilan’ bagi dirinya yang sudah hampir mencecah kerusi tertinggi negara selaku Perdana Menteri tahun 1997 lalu..Beliau sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja dan menggadai apa sahaja demi ‘NAFSU GILA DAN RAKUSNYA’ walaupun mengajak parti dan MP lain LOMPAT PARTI..

* Cepat marah & mudah mengamuk.
Reformasi dan demonstrasi jalanan ke seluruh negara membenarkan kajian di atas..

* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Anda boleh menilainya sendiri ! mungkin selepas jadi PM kita boleh tengoklah mudah marah atau tidak beliau dengan rakyat pembangkang nanti…

* Sangat cemburu.
Mungkin ini agaknya yang dikatakan sesetengah orang di kala Nik Aziz memuji Mahathir, Anwar lantas mengingatkan Nik Aziz tentang kekejaman Tun hingga meng ISA kan Nik Adli anak beliau. Lihat dalam YOUTUBE jika anda ingin mendengar sendiri kata kata DSAI tentang perkara ini.

* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Memang tajam hingga setiap inci pentadbiran kerajaan dijadikan isu dalam ceramah politik di mana mana.

* Cepat berfikir.
Ini antara faktor DSAI cepat menyusun kata kata dan mengatur strategi yang sukar diduga..ye, tidak terduga Anwar akan terbang sana sini dalam agenda menjatuhkan negara dengan mengajak ‘katak melompat’ beramai ramai nanti.

* Fikiran yang berdikari.
Mungkin ini bermaksud fikiran yang tidak suka menggunakan buah fikiran orang lain walaupun sekali sekala dipakai juga kata kata tokoh tokoh ulung dunia.

* Suka memimpin & dipimpin.
Mungkin inilah yang membangkitkan DSAI kembali ke arena politik walaupun sebelumnya dijemput bertugas di luar negara selepas dibebaskan pada tahun 2004. Bertugas di USA sebagai fellow kehormat beberapa tahun… Anehnya Mahathir pun tak dijemput ke sana ???? walaupun lagi tinggi dari Anwar dan sudah berhenti kerja !

* Sifat suka berangan.
Jenis angan angan banyak. Dan jawatan Perdana Menteri mungkin angan angan LAMA DSAI ketika ini.

* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Penulis tidak ada fakta menyokongnya tetapi DSAI diketahui ramai gemar menari dan menyanyi mungkin relevan dengan hiburan yang disebutkan di atas.
Lagu Ajijahku Datang dalam YOUTUBE memang menarik dan DSAI boleh dinobatkan bintang Malaysia Idol yang baru. Tidak lupa kata kata puisi dan pertemuan dengan budayawan dibuat demi menarik sokongan golongan seni. Bahkan Ella dan Mas Idayu sudah diajak ke Selangor walaupun ditentang oleh PAS agar rakyat PKR dan PR senang hati dapat berjoli lagi..
yang lain seperti ;
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan
boleh anda nilai dan fikirkan sendiri !!!

Anda juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi berdasarkan tarikh kelahiran mereka yang lahir pada tanggal 10 haribulan seperti DSAI. Jika Anda ingin lihat petikan asal :
 Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.
Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Nah, anda boleh membaca dan menilai diri dan peribadi sosok tubuh bernama Anwar Ibrahim. Dan anda boleh memahami beliau dengan lebih baik lagi dengan keterangan di atas.
TIDAK DINAFIKAN ANWAR BERMULA SEBAGAI PEJUANG ISLAM TETAPI ISLAM ANWAR SEKARANG ISLAM BARAT @ORIENTALIS YANG DIRAGUI KETULENANNYA…
bukan ingin memburukkan dan mengkeji, tetapi sekadar menerobos ke dalam ruang diri seorang insan penting bernama Dato Seri Anwar Ibrahim yang ‘bakal menjadi Perdana Menteri “???

Note:
Hanya Menganalisis….Percaya Ke Tidak Terpulang kepada Individu Masing2..hoho



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...