Rabu, 6 Mac 2013

MAZLAN ALIMAN CABUT LARI BERDEPAN PENGANAS SULU!~





Sebagaimana maklum, lokasi pertama yang menjadi pusat penceroboh durjana dari Filipina berkumpul sejak tiba di Sabah ialah di Felda Sabahat 17, Kampung Tanduo yang terletak di gugusan Felda Lahad Datu.

Mungkin mereka suka memilih Felda Sahabat 17 memandangkan keadaan geografinya yang agak tersembunyi dan mudah untuk menjadi markas untuk mengatur gerakan mereka. Dalam banyak-banyak tempat, tanah rancang Felda juga yang menjadi pilihan mereka…

Media terkemuka antarabangsa, Reuters dan media Filipina menjelaskan bahawa sumber risikan tentera negara itu memberitahu tentang penglibatan seorang pemimpin pembangkang yang bersekongkol dengan gerakan yang mencemar kedaulatan negara tersebut.

Khabarnya ada pertemuan sulit yang diadakan membincangkan tentang tanah. Tanah mana tidak dijelaskan, tapi berkemungkinan besar ia turut membabitkan tanah rancangan di gugusan Felda Gugusan Sahabat di Sabah.
Sumber saya menjelaskan bahawa situasi di Gugusan Felda Sahabat di sana masih terkawal dan beroperasi seperti biasa, melainkan dua ladang yang diarahkan untuk berjaga-jaga.

Persoalannya, gara-gara gilakan kuasa politik di negara ini, Mazlan Aliman sanggup bersekongkol dengan mereka-mereka yang khianat pada warga Felda di Sabah dan tanahair?
Sebagai seorang yang mengaku “pembela” kepada para peneroka Felda, di mana Mazlan Aliman ketika para peneroka Felda Sahabat 17 memerlukan pembelaan? Apakah peranan Presiden ANAK bagi membantu situasi di Felda itu?

Para peneroka bukannya mengharapkan Mazlan Aliman datang membawa M-16 atau bazooka ala-ala Rambo untuk menyerang penceroboh itu. Itu semua kerja PDRM dan ATM, Mazlan Aliman tak perlu campur urusan itu.

Namun sebagai Presiden ANAK yang kononnya menjaga kebajikan dan membela peneroka Felda, sokongan moral darinya sangat-sangat diharapkan. Dia sepatutnya awal-awal lagi bersuara dan mengecam pencerobohan di tanah rancangan itu, bukan?

Paling tidak pun, sebagai pemimpin PAS yang kononnya bakal dicalonkan pada PRU ke-13 ini, Mazlan Aliman patut mengirimkan doa, mengharapkan Allah memelihara keselamatan para peneroka. Kalau nak berdoa “penceroboh dari Sulu KO, KO,KO..” pun boleh!

Atau Mazlan Aliman takut untuk bersuara demi nak menjaga hati sekutu politiknya yang disyaki cuba memberikan kuasa autonomi pada Sabah dan mengeluarkan negeri itu dari Malaysia? Takut digugurkan dari calon kerana mengecam gerakan sulit pemimpin tertinggi Pakatan Haram?

Sehingga kini, saya belum lagi mendengar sebarang kenyataan dari individu yang banyak menabur “jasa” untuk masyarakat Felda itu. Kononnya dulu dia sanggup dilokap demi membela nasib para peneroka (padahal dia ditahan dalam lokap kerana berceramah tanpa permit!).

inikah penganas2 Sulu yang mati ditembak??


Inikah yang dikatakan sebagai “pejuang anak Felda”?


Mazlan Aliman mungkin sedang merangka strategi baru ingin “menjajah” tanah-tanah rancangan Felda di Johor. Penceroboh menjajah dengan senjata, Mazlan Aliman sebok nak masuk tanah rancangan dan menjajah minda warga Felda?

Tidakkah Mazlan Aliman rasa dia patut memberikan sokongan moral yang tinggi pada pihak berkuasa dan kerajaan BN demi kesejahteraan sebilangan para peneroka di Lahad Datu?

Dia sewajarnya mengenepikan fahaman politik di saat ini dan tidak bersikap seperti Tian Chua. Mazlan perlu memberikan kata-kata semangat kepada anggota-anggota PDRM dan ATM yang bersabung nyawa memastikan keselamatan para peneroka di sana.

Takkanlah itupun nak kena ajar? Mengambil hati para peneroka bukannya dengan menabur fitnah dan propaganda busuk seperti yang dia lakukan selama ini.

Mazlan Aliman perlu contohi sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertungkus lumus memikirkan nasib rakyat di Sabah, apatah lagi insiden pencerobohan itu turut melibatkan masyarakat Felda.

Kalau beginilah sikap Mazlan Aliman, jangan marah jika dia disambut dengan sepanduk-sepanduk yang kurang enak dipandangan matanya. Jangan marah kalau ada yang melaung menghalaunya keluar dari tanah rancangan mereka kerana warga Felda tidak memerlukan “parasit” sepertinya…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...