Selasa, 3 Julai 2012

#POLITIK# BONUS RAYA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN?


Kerajaan telah bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangan penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan juga.
“Bonus dan bayaran khas raya ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” jelas Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
menurutnya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara kini.
Perdana Menteri juga berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan sekaligus membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.- dipetik dari arkib pada 8 ogos 2011
sabar...sabar jangan bersorak lagi kakak-kakak hahaha!!

Berikut adalah lembaran pengumuman duit bonus raya penjawat awam atau kakitangan kerajaan tahun lepas. Bagaimana pula dengan tahun ini, adakah pengumuman yang sama akan di ulang sekali lagi sebegai sedikit penghargaan kepada penjawat awam.

Sempena kedatangan bulan mulia ramadhan yang menjelang lagi berapa hari dan hari raya yang akan disambut sepurnama kemudian, para penjawat awam ternanti-nanti status bonus atau duit raya 2012 kali ini sebagaimana pada tahun-tahun sebelumnya ; adakah juga diperoleh kali ini ataupun tidak.

Dengan situasi kini yang  menjangkakan PRU 13 semakin hampir, tidak kurang juga desas desus ramalan Bonus Raya 2012 adalah lebih berbanding tahun sebelumnya. Turut menjadi khabar angin bahawa Bonus Raya 2012 adalah  sebulan gaji.

Sungguhpun demikian, ianya tetap sekadar omongan kosong sahaja selagi Perdana Menteri Malaysia belum mengumumkan perkhabaran bagi status Duit Bonus Raya 2012. Seandainya ada pasti penjawat awam mensyukuri dan menghargainya juga boleh digunakan sebagai persediaan menyambut hari raya aidilfitri bersama orang terdekat – Bonus Raya 2012




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...