Selasa, 18 September 2012

#BAKAR BENDERA BARISAN NASIONAL! BAKAR!!!!#


Hek eleh!!! Nak bising - bising pasal apa? Setakat bakar bendera, bukan salah pun. Kalau ikut Hukum Islam, tak berdosa lansung bakar harta orang ni.

Kalau baling batu dan simbah cat pada bas tu lain cerita. Yang tu menjejaskan keselamatan sehingga pengawal peribadi perlu keluarkan pistol dan acu kepada orang ramai.

Yang tu bukan sahaja perlu diambil tindakan segera oleh pihak Polis. Kalau boleh, orang yang buat tu perlu terus dipenjara. Tak payah tunggu - tunggu dah.

Itu la sikap prejudis puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Bila kena pada batang hidung diorang, semuanya salah. Semuanya tak kena.

Biar pun pihak Polis dah menyiasat kes tu, masih jugak diorang tak puas hati sebab tak de tangkapan dan tak de orang yang disumbat ke dalam penjara.

Tapi kalau diorang pulak? Nak dibiarkan begitu saja? Itu yang dinamakan Keadilan? Itu Keadilan Kepala Tengkorak Dia!!! Kalau setakat cakap boleh la. 

KOTA BHARU - Bukan sekali! Malah lima kali, bendera Barisan Nasional (BN) yang dipacakkan di tepi jambatan Kampung Beris Jambu, Chekok di Pengkalan Chepa, di sini dirosakkan, malah dalam kejadian terbaru, semalam, sebanyak 135 bendera terbabit turut dibakar.
Perbuatan itu disyaki, dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pimpinan kawasan berkenaan, mengalami kerugian hampir RM5,000 akibat kejadian itu.
Penyelaras Dun Chempaka, Zarina Md Eusope berkata, perbuatan terbabit menunjukkan pelakunya, tidak mempunyai etika dan takut pada bayang-bayang parti sehingga sanggup merosakkan bendera pihak lawan.
“Sepatutnya, golongan terbabit berfikir sebelum melakukan perbuatan itu kerana ia menunjukkan sikap yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.
“Masing-masing bebas memilih parti yang mereka percaya boleh menerajui kerajaan, tindakan terbabit tidak langsung menunjukkan budaya kita sebagai seorang yang beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...