Selasa, 24 Mei 2011

Hikmah Tragedi Tanah Runtuh

 Di sebalik kesedihan kehilangan sepupu, rakan dan penjaga Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Sabtu lalu, tragedi tanah runtuh itu rupa-rupanya ada hikmah tersendiri buat Muhd Aizad Qusyhairiry Abd Karim, 13, apabila dapat bertemu ibu kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu.

Nor Suzana yang tinggal di Jalan Klang Lama bersama suami barunya, pula berkata, ketika berpisah dengan dua anak serta bekas suaminya 11 tahun lalu, beliau sedang mengandung anak perempuan, Aerryssa Fadiana, yang kini berusia 11 tahun dan dalam jagaannya.

“Bukan saya tidak pernah cuba mencari dua anak saya itu. Sudah empat kali saya ke rumah bekas suami di Semenyih untuk berjumpa mereka, tetapi ketika itu tiada sesiapa di rumah,” katanya yang mendapat tahu Muhd Aizad Qusyhairiry terbabit dalam tragedi tanah runtuh itu selepas menonton Buletin Utama TV3.
Beliau berkata, hatinya berdebar-debar apabila melihat nama Muhd Aizad Qusyhairiry dipaparkan di televisyen antara mangsa terselamat.

“Jauh di sudut hati, saya yakin budak itu anak kandung saya yang berpisah sekian lama. Berikutan itu, saya bulatkan tekad datang ke hospital menemuinya dan melepaskan kerinduan yang terbuku 11 tahun lamanya.

SemeraH Cili: Kadangkala ALLAH hilangkan MENTARI...Kemudian DIA datangkan GURUH n HUJAN kita bersedih kerana kehilangan mentari itu, tetapi kemudiaanya Allah terbitkan pelangi yg indah....iaitu harapan&kegembiraan..sesungguhnya Allah maha mengetahui...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...