Selasa, 30 Julai 2013

POLIS BERJAYA KESAN PIHAK YANG SELUDUP SENJATA MASUK KE MALAYSIA TAPI TAK MAMPU BERBUAT APA-APA!!!




Episod pembunuhan berbayar dan dilakukan di tempat terbuka dengan mensasarkan individu-individu tertentu, sudah semakin menjadi-jadi. Terbaru adalah semalam di mana, pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi, 75 telah ditembak mati di tempat letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. Beberapa jam sebelum itu, Pengerusi MyWatch yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap dan menjadi jurucakap untuk menghentam polis, R. Sri Sanjeevan ditembak oleh dua orang penunggang motosikal dalam keadaan cermin keretanya diturunkan dan tembakan hanya mengenai rusuk, bukannya kepala.

Walau apa pun jalan cerita yang membabitkan Hussain Ahmad Najadi dan R. Sri Sanjeevan, sesuatu yang pasti ialah, pembunuhan tersebut mempunyai motif spesifik. Selain daripada kedua-dua mangsa, terdapat sejumlah besar kes jenayah yang sama termasuklah pembunuhan seorang Timbalan Ketua Pengarah Kastam di Putrajaya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kesemua pembunuhan tersebut masih tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis biarpun polis sedang bertungkus lumus untuk menahan dan memberkas orang yang bertanggungjawab.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...