Rabu, 13 Februari 2013

PSY SENGAJA MALUKAN PM ATAU PENGURUSAN PENTAS YANG TIDAK CEKAP?



Perkara biasa dalam pengurusan pentas bagi sesebuah acara yang besar. Juruacara umpama santai. Namun perlu ada kerja sama dengan stage manager jika tidak maka berlakulah acara GAGAL yang mampu memalukan sesiapa saja VIP termasuklah PM. Untuk rekod isu ini telah diangkat sebagai PSY tidak mahu bersama PM.

Bintang antarabangsa Korea, Psy dikatakan telah memberi tamparan hebat kepada PM apabila dia enggan naik ke pentas untuk bersama-sama perdana menteri bermasalah beserta ahli-ahli tertinggi BN setiba masanya untuk upacara tradidi menggaul 'yee-sang' dalam konsert meraikan Tahun Baru Cina. 

Di Pulau Pinang untuk menyanyikan lagunya yang terkenal, Oppa Gangnam-style, Psy telah memberikan persembahan seperti yang dijanjikan bernilai RM 2 juta itu. Orang ramai turut menyanyi dan menari bersama-sama artis itu dan para penarinya yang begitu menarik dan bergaya. Selama 4 minit, ribuan rakyat Pulau Pinang yang datang ke padang sekolah Han Chiang bagaikan terpukau. Mereka menuntut apa yang mereka mahu dan Psy telah memberikannya. Lagi Gangnam!

MC pentas yang kain terbelah tu takkan lah tak berurusan secara langsung dengan back stage? Xkanlah tak tau PSY akan sertai atau tak..main tibia jer ker announce!~..adoi malukan PM sajer…kan da jadik kontroversi?

Moga jadik teladan pada masa akan datang!~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...