Isnin, 23 Julai 2012

#POLITIK# SAH!!! BN MANG MENIPU PILIHANRAYA


Kalo betoi ader kes mana bukti& bawak ke Mahkamah

Isu pengundi hantu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali dijelaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini iaitu pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya negara ini.  

Pada SPR, dakwaan pengundi hantu adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum.  Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak sama ada di dalam atau di luar mahkamah.  

Dalam sejarah pilihan raya negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah selepas pilihan raya.

Semasa pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih.  

Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih.  

Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya pengundi hantu sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan dikekalkan di dalam daftar pemilih, sedangkan mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan- Sumber Lima Gantang

Kola betoi BN menipu mana buktinya geng?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...