Jumaat, 22 Jun 2012

#POLITIK# UMMI- BUKTI BARU LAGI MENGANCAM!~

Anwar Cukup Kenal Wanita Ini - Ummi Hafilda

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2012 - Ummi Hafilda mendakwa mempunyai bukti baru dalam mengaitkan pemilikan akaun luar biasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar RM3 bilion.

Beliau berkata demikian setelah disoal siasat selama lima jam dan mengemukakan bukti baru ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ahli perniagaan ini turut mendakwa seorang wanita misteri yang memiliki 62 hartanah mewah kebanyakannya di Pulau Pinang ini cukup dikenali oleh Anwar.

"Saya disoal siasat selama lima jam malam tadi oleh tiga pegawai SPRM.

"Mereka teruja dengan bukti-bukti baru ini malah mengesahkan tidak pernah mempunyai sebarang bukti mengenai wanita ini atau 62 hartanah terlibat," katanya.

Ummi Hafilda turut memberitahu belum tiba masanya untuk beliau mendedahkan identiti wanita itu.

"Anwar cukup kenal dengan wanita ini," katanya.

Beliau turut mendakwa wanita terbabit berada di luar negara sejak pendedahan terbaru ini dilakukannya.

"Wanita ini bukanlah ahli korporat dan istimewa namun cukai pendapatannya mencecah RM50 juta. Anda boleh bayangkan berapa jumlah pendapatannya," kata Ummi Hafilda.

***Anda Nilai Sendiri...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...