Khamis, 10 Mei 2012

#POLITIK# "I never want to see you again aziz!"-AnuWar


DAP ialah singkatan kepada Democratic Action Party.Namun nama itu tidak seindah rupa.Ini bila Naib Pengerusi Kebangsaan parti itu menjadi korban pandangan ikhlasnya mengenai gejala negatif tentang himpunan Bersih 28 April lalu yang bertukar ganas.

Tempoh jawatan beliau sebagai Senator yang dijadual berakhir 30 Mei ini tidak akan dilanjutkan.

Jawatan Senator boleh disandang selama dua penggal enam tahun yakni tiga tahun satu penggal.

Perkara itu disahkan oleh Tunku Abdul Aziz sendiri kepada Bernama ketika ditanya mengenai laporan portal berita bahawa tempoh keanggotaan beliau sebagai Senator, yang akan berakhir pada 30 Mei ini, tidak akan diperbaharui.

“Ya, perkara itu (tidak dilantik semula) benar. Itu cuma pengorbanan yang kecil,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis jamuan perpisahan bagi meraikan anggota Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur Rabu.

Tunku Abdul Aziz mengesahkan bahawa ia adalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April lepas yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di Kuala Lumpur 28 April lepas.

Beliau antara lain menduga keadaan yang tidak terkawal pasti akan berlaku dari perhimpunan seumpama itu.
Katanya bila berlaku kekecohan dan kecederaan biasanya pihak berkuasa dan polis akan dipersalahkan.

Tunku Abdul Aziz menyertai DAP pada 2008 dan dilantik sebagai Senator pada 2009 bagi kuota kerajaan negeri Pulau Pinang.

Beliau merupakan segelintir kecil orang Melayu yang bergiat aktif dalam parti itu – Agendadaily



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...