Khamis, 19 Januari 2012

#POLITIK# AZWAN ALI YANG SEBIJIK MACAM LALANG!~

Propa jer lebih...Macam Lalang!~..

Kisah pengacara Azwan Ali dengan lancangnya di twitter bukan cerita baru. Gaduh sakan dengan adiknya Ummi Hafilda juga bukan baru.  Namun Azwan sudah langgar sempadan apabila buat ugutan bunuh cara terbuka terhadap Ummi menerusi twitternya Jumaat lalu.

Menerusi akaun twitter AzwanNur dia tulis : BETINA NERAKA , Ummi kasi REJAM hidup hidup 1 bako mayat diaaaa ..

Ekoran itu Ummi buat laporan polis yang kemudiannya ikut Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamad melibatkan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Cara Jenayah.

Namun tengahari Rabu, kedua-dua Umi dan Azwan tampil dalam satu sidang akhbar bersama di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Di situ Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka kepada Ummi, para pemimpin politik dan para artis yang tersinggung dengan mesej twitternya yang balon sana sini.

Dia juga memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri yang katanya turut tersinggung dengan salah satu tweetnya.

Dia juga berjanji tidak akan lagi hantar twitter mengenai politik dan isu-isu semasa.

Azwan juga mengaku dia termakan hasutan dari pelbagai sudut orang yang berkepentingan politik ketika menghantar tweet balon pemimpin politik.<Poyo Punya Manusia, salah sendiri pastu tunding kat org..propa jer lebih..nyampah mak!~ opps!>

Dia juga mengaku pernah canang abangnya Azmin Ali bakal jadi Menteri Besar Selangor kerana ketika itu rasa ghairah dan bangga apabila maklumat itu diberitahu sendiri oleh 'seseorang dalam kerajaan Selangor"

Dengan persetujuan Azwan membuat aku janji dan memohon maaf secara terbuka, Ummi telah bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap abangnya itu sebelum ini.

“Saya harap penjelasan ini menutup segala isu berkaitan sesiapa sahaja dlm twitter saya, berkuatkuasa serta merta. Ia satu pengajaran untuk semua orang. Terpulanglah. Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya selepas ini. Saya rehda,” kata Azwan. <Jangan Percaya, Pasni ntah Apa lagi dia Buat...>

Nota:

Elok dier jer kiter bakooo..baru dier tau Panasnyerr...hahaha



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...