Selasa, 5 Julai 2011

Mengapa Perlu Rampas Pasport Anwar???

Kerajaan Disaran Merampas pasport DSAI drpd pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia


NIBONG TEBAL 3 Julai - Kerajaan disaran merampas pasport Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia.

Saranan itu disuarakan oleh saksi utama kes liwat ketua pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali yang mahu pergerakan Anwar disekat agar suara kecaman dan penghinaan terhadap negara tidak lagi didengar oleh masyarakat antarabangsa.

Ummi Hafilda turut mengulangi permintaan supaya Majlis Raja-Raja mempertimbangkan supaya menarik balik gelaran dan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Anwar ketika berkhidmat dalam kerajaan dahulu.

Katanya, Anwar tidak layak dipanggil Datuk Seri kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah bekas banduan, selain terbabit dalam pelbagai isu moral yang tidak selari dengan gelaran serta darjah kebesaran yang dimilikinya.

"Saya minta gelaran Datuk Seri beliau ditarik balik kerana saya tahu macam mana perancangan Anwar jika dia dapat merampas kerajaan, malah abang saya, Azmin (Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) juga bersekongkol dengannya untuk menghapuskan sistem beraja.

"Saya juga rela kehilangan seorang abang yang menjadi darah daging saya daripada mengecewakan seluruh rakyat Malaysia sekiranya terus membiarkan Anwar berkuasa," katanya ketika berceramah pada program Jom Dengaq Ummi Hafilda di Sungai Acheh malam tadi.

Program yang diadakan sempena Juara Rakyat UMNO Bahagian Nibong Tebal itu turut dihadiri Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Zainal Abidin Osman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria.

Tambah Ummi Hafilda, pemimpin UMNO tidak perlu takut kepada Anwar kerana beliau ialah pemimpin yang kotor dengan rasuah serta salah laku seksual.

Beliau mendakwa mengetahui semua perilaku buruk Anwar menyebabkan pemimpin pembangkang itu tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Jadi orang Pulau Pinang kena yakin yang Anwar, Azmin dan Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) akan ditalkinkan pada tahun ini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Pulau Pinang akan kembali dirampas UMNO dan Barisan Nasional, jadi tak perlu gentar dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang hanya bersandiwara dengan imejnya serta menjadi pelakon terhebat dunia," katanya.-Utusan

Semerahcili!, Saranan ini perlu diambil dan diteliti dgn lebih dalam lg, ini kerana sekiranya besar DSAI membuat perkara berkenaan ia akan menjejaskan kredibiliti Negara yg kita sayangi di mata dunia...ia akan menimbulkan kesan yang buruk jika ia berterusan...oleh demikian, pihak yg bertanggungjawab perlu serius menetliti dan mencari kebenaran..jika terbukti benar, tindakan yg tegas perlu diambil!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...