Sabtu, 2 Julai 2011

Bukti Rakyat Didahulukan!!!





854 penduduk dapat geran komunal

TENOM: Selepas 60 tahun mencurahkan keringat di tanah diterokai nenek moyang mereka, 854 penduduk tiga kampung di sini semalam akhirnya diberikan hak ke atas tanah itu melalui geran komunal yang disampaikan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penduduk Kampung Pangulobon I, Pangulobon II dan Kabintaluan kini mampu mengukir senyuman apabila masing-masing dipilih sebagai peserta program pembangunan tanah itu melalui pelaburan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB).

Seramai 113 penduduk Kampung Pangulobon I diberikan hak pemilikan secara bekelompok ke atas tanah seluas 720 hektar, 41 penduduk di Kampung Pangulobon II (200 hektar) dan 700 penduduk Kampung Kabintaluan (2,640 hektar).

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pangulobon I, Larau Abau; Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Pangulobon II, Ampang Ahil dan Wakil Ketua Anak Negeri Kampung Kabintaluan, Antarik Bali menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan SLDB yang diwakili Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin dan Pengurus Besarnya, Juvairi Majid.

Melalui MoU itu, setiap peserta akan menikmati pendapatan RM1,100 sebulan selepas kelapa sawit yang dimajukan SLDB mengeluarkan hasil dalam tempoh lima tahun.

Mereka menerima geran itu daripada Najib pada program Juara Rakyat 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Tenom di Padang Pekan Kecil Kemabong, kira-kira 30 kilometer (km) dari sini.

Berucap pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, masa depan dan kehidupan penduduk terbabit kini lebih terjamin melalui geran tanah komunal.

“Yang pasti setiap isi rumah terbabit akan melepasi tahap kemiskinan selama-lamanya dan inilah yang saya katakan tranformasi luar bandar boleh membawa perubahan bermakna kepada masa depan masyarakat luar bandar,” katanya turut mengumumkan peruntukan RM30 juga kerajaan Pusat untuk tujuan menyukat tanah bagi proses pengagihan geran komunal itu.

Najib kemudian mengumumkan peruntukan RM2.8 juta untuk menaikkan taraf jalan kampung bagi daerah Kemabong, selain RM3 juta lagi untuk pembinaan rumah panjang bagi menempatkan hasil kraftangan khusus untuk suku kaum Murut di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...