Jumaat, 11 November 2011

#SOSIAL# CHEF WAN MENGAMUK ANAKNYA MENIPU!

Chef Wan hambat anaknya dengan kuali kui..kui..kui...

Chef terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan berang dengan tindakan anaknya yang juga sedang meningkat populariti dalam bidang masakan iaitu Chef Riz atas tindakannya mendedahkan maklumat berkaitan dirinya dalam program MasterChef Malaysia.

Chef Wan menganggap tindakan anaknya itu bukan sahaja mengaibkan dirinya akan tetapi turut mendapat tempias beliau sekeluarga. 

"Apabila saya diberitahu berita tentang anak saya, saya memberitahu dia bahawa ia bukan sahaja memalukan dia tetapi juga (mengaibkan) saya dan keluarga, dia mesti meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesilapan dan berhadapan dengan kesan", kata Cef Wan.

Beliau juga tidak mengambil kisah atas sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas anaknya itu. Sebarang tindakan dakwa beliau sewajarnya diambil ke atas anaknya itu kerana ianya akan memberi pengajaran kepadanya. 

"Sebagai seorang ayah, saya tidak boleh selalu bertanggungjawab ke atas anak-anak saya yang dah besa-besar ini punya perbuatan".Katanya

Syabas SM ucapkan kepada Chef Wan!~…tak semua bapa-bapa di Malaysia ini akan mengaku dan memarahi anaknya apabila anak mereka melakukan kesalahan malah menunding jari kepada orang lain meskipun secara terang-terangan anaknya bersalah!…kata-kata chef wan ‘Sebagai seorang ayah, saya tidak boleh selalu bertanggungjawab ke atas anak-anak saya yang dah besa-besar ini punya perbuatan.”Katanya

SM, rasa TUN Mahathir pun sepatutnya bertindak seperti Chef Wan..’Nak Balun Marina tur..Balun Lah…’ hahaha….

Nota:
Nak Popular cepat pun janganlah menipu jadik ketua chef!~….setakat pembantu terus kater jadik ketua chef…hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...