Rabu, 22 Jun 2011

Jangan Percaya Cerita Karut Ini!!!










KHIDMAT pesanan ringkas palsu yang disebarkan melalui telefon bimbit sejak 19 Jun lalu.
Semerahcili!, mengaharapkan agar masyarakat seharusnya peka dan berhati-hati dalam menangani isu yang sensitif. Jangan gadaikan keharmonian dan keamanan yang ada ini untuk kepentingan peribadi ataupun pihak2 yg tertentu!!!


Usah percaya khabar angin ‘Malabar’ serang orang Melayu
SHAH ALAM: Orang ramai dinasihati supaya tidak mempercayai khabar angin kononnya orang Melayu diserang sekumpulan lelaki warga India dikenali sebagai ‘Malabar’ yang didakwa berlaku di Klang.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, yang dikaitkan dalam mesej BlackBerry (BBM) itu berkata, polis Selangor masih belum menerima sebarang laporan dari mana-mana pihak berkenaan kes berkenaan.


Kenyataan media itu menyebut, jika pihak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu tidak menghentikannya dengan serta merta, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
“Kenyataan seperti ini boleh mendatangkan khianat awam dan ia satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sejak 19 Jun lalu, maklumat palsu yang mengaitkan Ketua Polis Selangor, disebarkan melalui BBM kepada pengguna telefon pintar itu.


Ia menyebut: “Maklumat dari Ketua Polis Selangor: Sekumpulan lelaki warga India dikenali sebagai Malabar dipercayai telah menyerang kaum Melayu dengan menggunakan senjata parang di Klang dan merebak di sekitar Kuala Lumpur. Kaum Melayu terutamanya wanita diminta berhati-hati dan berwaspada. Sebarkan kepada orang Melayu yang lain.”-Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...