Khamis, 23 Jun 2011

Dewan Rakyat: ‘Cetak semula Interlok’

Teknik tampalan didakwa menyusahkan guru, pelajar


Novel Interlok Di Dakwa Menjadi Mangsa Politik!








KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran bersetuju untuk mencetak semula 120,000 novel Interlok baru membabitkan kos RM600,000, termasuk penghantaran berikutan beberapa pindaan terhadap buku yang digunakan pelajar Tingkatan Lima di empat negeri.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan untuk mencetak semula diputuskan dalam satu mesyuarat selepas pihaknya menerima aduan guru bahawa pendekatan pindaan novel menggunakan teknik tampalan menyusahkan mereka.

Sehubungan itu, beliau berkata, kementerian akan menarik semula buku sedia ada di sekolah terbabit dan menggantikannya dengan buku baru mengandungi pindaan beberapa frasa sensitif serta glosari. Read More...


Semerahcili!, berpendapat usaha kerajaan ini perlu dihargai kerana pihak kerajaan sedaya uapaya menjaga sensiviti pelbagai kaum dengan memgambil serius dalam menangani isu ini. Oleh yang demikian, kita seharusnya menghargai setiap usaha kerajaan bagi memastikan keharmonian dan keamanan di negara ini sentiasa dikekalkan. Terima Kasih Kepada Kerajaan Malaysia~~...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SaLam SeMua KeKawaN YaNg RaJIn NaK KOMen Kat BloG Gua Neh..KoMenler Kaw..Kaw..PunYer..GuA TalAk KesaH Oooo..Tp If Pas Neh adeR YanG KeNa MeraNgkaK NaEk MahKaMah JanGan MiNTak ToloNg GuA..TerIma KasIh...