Selasa, 24 April 2012

#POLITIK# BERSIH 3.0 DISOKONG NAJIB?

BERSIH KER??? PK SENDIRI!
BERSIH 3.0/ 28.04.2012. Tarikh keramat konon! Hak tuii!! Tarikh yang menyusahkan orang adalah beb!..puak2 pembangkang haram ini tak abis2 menyusahkan orang..tak ingat lagi apa yang dah jadik masa BERSIH 2.0? pelbagai kesan buruk melanda negara hanya kerana agenda jahat mereka…

Kesan BERSIH 2.0 yang kononya mahukan keadilan tur Pun hingga kini dirasai dan ditanggung oleh pelbagai pihak terutamanya peniaga-peniaga yang kerugian kerana BERSIH 2.0!
Apa yang SM heran, apabila kerajaan telah memberikan kerjasama kepada mereka untuk menyediakan tempat iaitu di iaitu Stadium Titiwangsa, Stadium Cheras dan stadium Merdeka bagi mereka para pendemo melakukan demo aman yang mereka laungkan sebelum ini. Tapi secara terang-terangan menolak danmahukan lokasi di Dataran Merdeka..

Siapa yang lebih berkuasa neh? Siap boleh tolak lagi..apa yang mereka mahu adalah membuat huru-hara dan seterusnya kerajaan akan mengeluarkan darurat…lepas tur mereka fikir akan rampas kuasa dan terus ke Putrajaya!...boley jer? Negara ini ada Raja berpelembagaan la wei..engkorang ingat senang2 jer nak rampas pentadbiran kerajaan neh?
Suketi-suketi korang jer erk?

Bley Jeq Buat Macam Neh Kan???

Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishammuddin menegaskan bahawa pihak Polis siap sedia memberikan laluan bagi mereka pendemo BERSIH yang ingin melakukan demo pada 28hb April ini dengan mengikuti syarat yang telah ditetapkan dan dipersetujui.

Dulu mahukan stadium merdeka skang da bagi tak mau plak?ada agenda yang jahat! Percayalah!!!!

Dah bagi betis nak paha plak!!...Nak dataran Merdeka sangat erk? Macam tak tau nak buat huru hara di atas jalan raya…pastu bley claim kata kerajaan neh zalim betul tak? Menyusahkan orang sajer!!!
Kesan Buruk BERSIH!!!

1) Perhimpunan Ini Adalah Mainan Politik Pembangkang Yang  Mahukan Political Mileage Menjelang Pilihanraya Umum 13.
2) Kebanyakan Tuntutan Bersih 2.0 Telah Dilaksanakan Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (Spr).
3) Ambiga Menutup Pintu Rundingan Bersama Spr Dan Meneruskan Perhimpunan Bersih 3.0 Kerana Mempunyai Agenda Jahat Yang Tersembuni.
4) Pengguna Jalan Raya Akan Marah Dengan Kesesakan Lalu Lintas Yang Timbul Ekoran Perhimpunan Diadakan Di Sekitar Jalan Di Dataran Merdeka.
5) Peniaga-Peniaga Di Dataran Merdeka Yang Selama Ini Mencari Rezeki Di Kawasan Itu Juga Tidak Dapat Menunaikan Tanggungjawab Mereka Kerana Terpaksa Menutup Perniagaan Gara-Gara Perhimpunan Bersih 3.0 Berlaku. Penutupan Operasi Perniagaan Mereka Akan Menjejaskan Sumber Pendapatan Peniaga-Peniaga Tersebut.
6) Jika Perhimpunan Bersih 3.0 Akan Diadakan Di Stadium Merdeka, Beberapa Perkara Juga Dapat Dielakkan Dari Terjadi Seperti Kemalangan Dan Rempuhan Dari Pengikut-Pengikut Bersih 3.0 Yang Membolehkan Menjejaskan Perhimpunan Itu.
7) Datuk Ambiga Sreevanasan Selaku Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Telah Mengambil Peluang Dari Penganjuran Himpunan Bersih 3.0 Untuk Mengenengahkan Isu Kesaksamaan Gender Ini Setelah Perhimpunan Seksualiti Merdeka November Lepas .
8) Kerosakan Harta Benda Yang Dianggarkan Kerugian Berjumlah Rm100 Juta Pada Bersih 2.0 Lepas
9) Peniaga-Peniaga Kecil Di Sekitar Lokasi Perhimpunan Terpaksa Menanggung Kerugian Dianggarkan Lebih Kurang Rm30 Juta Kerana Tidak Boleh Berniaga Pada Hari Tersebut Menyebabkan Pendapatan Mereka Terjejas Bersih 2.0.
10) Polis Terpaksa Membelanjakan Sehingga Rm40 Ribu Semata-Mata Untuk Menyediakan Makanan (Bufet) Dan Kemudahan Kepada Peserta-Peserta Yang Ditangkap Bersih 2.0.
11) Beberapa Majlis Perkahwinan Terganggu Dan Terjejas Berikutan Jalan Ditutup Dan Kesesakan Berlaku Menyebabkan Ramai Yang Terperangkap Gara-Gara Peserta Perhimpunan Bersih 2.0.
12) Sampah Sarap Yang Ditinggalkan Peserta Tidak Dibersihkan Selepas Perhimpunan Berakhir. Tak Sepertimana Yang Dilaung-Laungkan Pihak Penganjur Yang Sukakan Kebersihan Bersih 2.0.
13) Kematian Salah Seorang Peserta Perhimpunan Akibat Serangan Jantung Ketika Bersih 2.0.
14) Pekerja Yang Berkerja Sekitar Lokasi Perhimpunan Terganggu.
15) Mengganggu Urusan Orang Ramai Yang Mahu Berurusan Di Lokasi Perhimpunan.
16) Penganjuran Bersih Dilihat Mempunyai Agenda Politik Gara-Gara Penglibatan Pemimpin Politik.
17) Penganjuran Lebih Dilihat Sebagai Perpecahan Kaum Terutamanya Melayu Biarpun Tujuannya Bersih. Cuma Caranya Sahaja Dilihat Tidak Profesional Dan Seakan Tidak Bertamadun.
18) Industri Pelancongan Juga Turut Terjejas. Pelancong Asing Meragui Keselamatan Mereka Untuk Berkunjung Ke Malaysia.
19) Mencemarkan Nama Baik Negara Sendiri Di Mata Dunia. Tumpuan Dunia Tertumpu Di Malaysia Tanpa Mengetahui Status Sebenar Apa Yang Berlaku Jika Maklumat Yang Disampaikan Itu Kurang Tepat.
20) Apa Yang Dirisaukan Baginda Ydp Agong Dalam Titah Khas Baginda Benar-Benar Berlaku.


Isnin, 23 April 2012

#POLITIK# Ambiga winnable candidate, PRU-13???

Ambiga dan aktiviti memurtadkan orang-orang Islam tidak dapat dinafikan

Ambiga jadik calon PRU-13??? Apa akan jadik sekiranya ada wakil rakyat atau ahli parlimen yang secara terbuka menyokong aktiviti murtad dan LGBT. Jawapan yang paling tepat, hancur!!! terutamanya belia-belia di negara ini…

Ambiga menyebabkan Anuwar Ibrahim Demam!sebab tidak boleh manupulasikan oleh anuwar!

Mahukah kita teros berdiam diri yang hanya berpaksikan mahu melakukan perubahan? Ini bukan pperubahan baik tetapi perubahan yang hanya akan merosakkan agama dan bangsa melayu!...
Hishammudin Rais yang dikatakan golongan gay jamban, amat serasi dengan Ambiga!

Ambiga dilihat calon yang paling layak untuk bertanding kerana dia dilihat mampu mengetuai BERSIH…adakah ini petanda awal kemusnahan bakal berlaku?

Ambiga+Hishammudin Rais@tukar tiub= apa akan jadi???

Jumaat, 13 April 2012

#POLITIK# HARGA 1 PINGGAN PERTABALAN SULTAN, 6 RIBU?

Harga 1 pinggan sampai 6 RIBU? biaq betiq?

Kecoh sume org pasai harga pinggan yang berharga 6ribu..nak buat apa pinggan sampai 6 ribu neh?..Setahu SM, ia digunakan untuk memberi cenderahati kepada tetamu VVIP  yang terpilih..mayb bagi pak-pak menteri kot.

Apa yang SM heran, apesal sampai 6 ribu satu pinggan? Sebab sebelum ini pinggan2 pertabalan diraja sebelum2 neh hanya memakan kos ratus2 jek. Paling mahal rm300 bagi seunit pinggan pertabalan diraja. 

Sapa larh yang nak bagi rm6 ribu buta2 kat orang kan?

Ini macam ada kes orang tengah makan baeekkkk punyer…huhu..
Tuanku, patik sebagai rakyat biasa memohon untuk pancung atau sula orang2 ini yang sudah membuat durjana di dalam majlis Tuanku..huhu…daulat tuanku…

*tiada amanah dalam bekerja...pancung ini Olang!!!

Khamis, 12 April 2012

#POLITIK# AKHIRNYA RAHSIA NAJIB TERBONGKAR!!

Siapakah yang sudah terkantoi skang???

Bala Dari Mongolia Menghempuk Kepala Anwar

Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.

"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Petikan: Mstar Online


Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain.

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.

Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja.
Isu Komisyen RM540 Juta

Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak perolehan menjelaskan sebaliknya.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-


Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

Pendek kata lain yang diharapkan oleh Anwar lain pula yang dia dapat. Bala yang diharapkan jatuh atas batu jemala Najib akhirnya jatuh gedebuk menghempak kepala Anwar dan pemimpin PR.

Hasil Penulisan Beruang Biru....

SM, merasakan ini petunjuk dari Allah.....semakin dikeji semakin Allah membuka kebenaran...

Selasa, 10 April 2012

#POLITIK# PM PAKAI RANTAI EMAS???




Salam 1Malaysia…

Video yang dikecohkan kononya PM memakai barang kemas.... 

Kecoh seantero malaya apabila sibuk puak-puak pembangkang mengatakan PM kita memakai rantai leher emas….pelbagai dalil dan firman keluar serta merta tanpa menyiasat terlebih dahulu kesahihan cerita…

SM pun malas nak komen sebab SM tak der Kabel Besar yang boleh terus tanya kepada PM mengenai rantai yangbeliau pakai…apa pun kita tunggu empunya diri memberi jawapan yang pasti…

Isnin, 9 April 2012

#POLITIK# PINDAAN AUKU BAKAL JEJAS MASA DEPAN BELIA?

Kemana Hala Masa Depan Belia Sekiranya Sibuk Berpolitik?

Pindaan ke atas undang-undang untuk memberi lebih kebebasan kepada pelajar untuk bergiat dalam parti politik dikemukakan ke Dewan Rakyat Hari ini.

Pindaan ke atas Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 itu membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik. Apakah petanda ini?
 
Di Tumbuk? Pasti Ada Sebab Mengapa Terjadi Kes Seperti Ini...

Bagaimanapun, pindaan itu menetapkan supaya pelajar yang mempunyai jawatan dalam parti politik dihalang daripada bertanding dalam pemilihan kampus dan memegang jawatan dalam pertubuhan pelajar di kampus.

Selain rang undang-undang pindaan AUKU, turut dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini ialah pindaan ke atas Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 dan Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976.

Adakah pindaan ini bakal memperlihatkan suara membabi buta Pelajar seperti Kumpulan yang dikepalai Adam Adli semakin mengganas dan liar?

Makin garek la si Adam Adli pas nie…pakai tak abih la pengajian sibuk dengan politik....

Jumaat, 23 Mac 2012

#SOSIAL# HUKUM & BERI PENGAJARAN KEPADA REMAJA YANG SUKA LARI DARI RUMAH!~


 
Siti Nur Fatihah Mahadi dengan rela hati mengikut suami orang..apa ke jadahnyer?


Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.

Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan karib yang sering pulang lewat alan mempengamhi mereka untuk turut pulang lewat. 

Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah mereka alan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan barn dengan bekerja sendiri. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat dengan gejala lari dari rumah ini.

Gadis di atas (Gambar) kononnya, diculik orang..tapi selepas 2,3 hari anak perempuan yang hilang diketahui mengikutteman lelaki…

Apa ke jadahnya budak-budak perempuan skang neh?

Inikah dinamakan sebagai bahana Facebook? Bahana SMS? Bahana MMS?..

Dulu jarang sekali kita dengar kes-kes sebegini…skang seperti menjadi satu trend budak2 perempuan hilang entah dan tidak balik rumah...

Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu ini? Tiadakah tindakan atau hukuman kepada budak-budak ini dan menjadi pengajaran kepada remaja-remaja lain sekiranya mereka melakukan perkara ini akan dikenakan hukuman atau sebagainya?

#POLITIK# ‘SAYA BERTUDUNG BUKAN MAHU MASUK PAS’-Enot

 
Wah PesYen Aper neh? Pesyen Rabbit ker Enot?

“Petaling Jaya: Pelakon dan pelawak Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mengambil pendekatan untuk lebih beradab dari segi kata-kata selepas membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu.”

Alahamdulillah, SM mengucapkan tahniah kepada pelakon Enot kerana berhijrah kepada lebih baik dengan menutup aurat….

Apa yang SM nak tegur, hope artis2 nie berhijrah dengan bersungguh-sungguh bukan kerana ikutan trend masa kini yang ramai kalangan artis memakai tudung kerana peluang berlakon dan menjdai duta semakin menjadi-jadi…

Bukan juga kerana mengikuti  parti-parti yang kononya menjanjikan syurga duniawi,,,kuikui..
Apap pun syabas Enot..teruskan menutup aurat bukannya membalut aurat….!~

Khamis, 22 Mac 2012

#POLITIK# GAMBAR SKANDAL PEMIMPIN DUNIA

George W. Bush 
 
Nga Buat Aper tur??? Macam nak Ber*&% jer..huhu
I
I
V
 
" Ya tuan-tuan & puan puan, Silalah datang ke gerai char kuew teaw kami !!! " 
I
I
I
V
Silvio Berlusconi 
 
Oooooo......  beginilah cara anda untuk tiup belon buih yang dalam botol tu ''' fuuhhh... fuhhh ... 
I
I
I
V
Barrack Obama and John McCain 
 
Caa.Caa.Caa...Uwek !!! beginilah cara tarian quandro-quandro untuk menari ala mambo  
I
I
I
V
Nicolas Sarkozy 
 
Errghhh !!! kejang kaki aku... aduh !! cover-cover ...  
I
I
I
V
 Hillary Clinton 
 
enaman muka untuk kekal awet muda. Cuba try, bukan janji ! pastinya adoi ! 
I
I
I
V
SAPA NEH??? PIKIR SENDIRI LAR WOIT!!!
 
SUMPAH I TIDAK PERNAH MENIPU!!!
DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN......................................