Isnin, 5 Disember 2011

#AD-DIN# BANGSA MELAYU DARI KETURUNAN NABI YUSUF?

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.
 Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.

 Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.

MELAYU - THE LOST TRIBE

 Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.

Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.

'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).

'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-

ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese, 


Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.

 Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
SELATAN (sumatera, riau, jawa)

Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :


"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."

-Nostradamus 
Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :









MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :


1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.





Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]






Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.

kongsi artikel ini dengan rakan anda 

#POLITIK# GAMBAR SUAMI SYELLA KAMARUDDIN YANG SEBENAR!~

http://aws.mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/12/musa-hassan.jpg
Tak HenseM pun..tapi Luiittt BanyaK!~~
Mengamuk Musa Hassan Bila tak pasai2 di kaitkan dengan perkahwinan Syella Kamaruddin..adoi, cik syella nie pun, yang nak sorok2 gak naper? akhirnya orang tau gak saper sOmi dier neh...

Paper pun kat nawah nie kenyataan Ex-IGP kiter...Layan~~
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.

Nota:
Hahaha..terbongkar jua akhirnya...

Jumaat, 2 Disember 2011

#SOSIAL# IBU DAN ANAK LELAKI BERCINTA SEHINGGA BERZINA

Masyarakat INDONESIA yang dilihat semakin teruk dari pelbagai sudut. Sudut Akhlak, Pembangunan Insan, Agama, Sukan dan sebagainya…Contoh video dibawah tanpa segan silu seorang IBU dan ANAK LELAKI menjadi sepasang kekasih dan berzina meskipun IBUNYA mempunyai SUAMI..masyarakat apakah ini? Seperti masyarakat di ZAMAN BATU!~

Penduduk majority beragama ISLAM tetapi boleh berlaku perbuatan terkutuk seperti itu!~…

Ya Allah moga dijauhkan kami dari semua musibah dan fitnah seperti ini..amin ya allah..moga pagi jumaat ini kita bersama2 muhasabah diri…

Lihat video dibawah:>>>>

Jika dilihat melalui video berkenaan, Anak lelaki dan ibunya tanpa segan silu menjawab pertanyaan hadirin mengenai perlakuan sumbang mereka..siap bley gelak2 dan mempertahankan perlakuan mereka lagi kononya semua itu cinta!~..cinta? api neraka tempatnya...

Tidak diketahui ibu dan anak lelaki ini beragama Islam atau tidak..meskipun menganut agama lain, adakah betul tindakan anak&ibu boleh bercinta dengan MELAMPIASKAN NAFSU serakah sesama sendiri?

Nota:

Padanlah, Indonesia tak pernah habis-habis ditimpa bala sehingga ke hari ini...sampai kini pun tak pernah INSAF rakyatnya...

Khamis, 1 Disember 2011

#SOSIAL# HANYA DI MALAYSIA???

Hari ini ini SM, nak bagi post yang santai2 dan rehatkan minda yang sedang stressssss neh!...
Bila tengok gambar neh nak tergOlak pun adOO…
LAyan~~
Orang lain bercinta jugak Bang. Tak ada la duduk satu kerusi!

Hasil tarbiyah Kerajaan PAS Kelantan

Hala ke tak halal?

The parking king

Susu besar?

I love Malaysia

Peserta BERSIH 3.0?

Jangan curi helmetku

Who want to press it?

Customer: Taukeh, what's your coffee shop's name? Tauke: No signboard. Customer: WTF!

Hmm ... Nampak gaya kena bertukar ke DiGi.

My ultimate helmet!

Nice signborad dude!

Higher education?

Nasib baik kami lelaki.

Stop global warming

Save cost?

Road train

Balik lambat, semua tidur di luar!

Rabu, 30 November 2011

#POLITIK# PEGUAM PUN DIPERBODOHKAN ANWAR?


Pakai Kot panas2 tak terbakor ke kulit kome neh?

Sebenarnya SM, confuserrrr dengan Majlis Peguam neh? Buat perhimpunan Aman> negara taka man ker? Pakai kot tengah panas berarak macam orang tak der ilmu, apa kes?...

Kononnya perarakkan ini tidak melibatkan politik..bebas apaer? Nie muka2 puak katan haram berarak sama apa plak alasan mereka?

Meh SM,  nak citer apa perhimpunan Aman (RUU) neh..n apa mereka buat ketika RUU…~~


Di sini kita lihat perlumbaan masa di antara RUU Perhimpunan Aman dan pembangkang (NGO-PAS-PKR-DAP) yang merancang menghuru-harakan negara sempena PRU-13. Siapa sampai dulu?

Pembangkang is-racing-against-time untuk mengembalikan dan mengulangi zaman kegemilangan mereka pada 2008. Jika tidak, 4 negeri sekarang hanya akan tinggal dua sahaja bagi Pakatan Rakyat untuk memerintah.  


RUU Perhimpunan Aman telah di luluskan semalam 29 November di Dewan Rakyat (House of Representatives).

Kemudian ia akan dibawa ke Dewan Negara (Senate) untuk perbincangan seterusnya di luluskan.

Akhirnya ia akan mendapat tandatangan dan perkenan diraja oleh DYMM YDP Agong.

Persoalanya, Sempat kah Bill Perhimpunan Aman bertukar kepada Akta, sebelum ia boleh di aplikasikan 


Nota:
Ingatkan biler blajo tinggi2 jadik cerdik, rupanya tetap benggong macam Rafizi Lemboooo...

Selasa, 29 November 2011

# POLITIK# TAN SRI ROZALI SYABAS MEROYAN NAK JADIK CALON PRU KE-13!

Tak Kenyang lg ker???


Saudagar bertaraf MAULANA [Millionaire] berbangsa melayu, anak kelahiran negeri Selangor yang menjadi tauke unggul air di Selangor, Tan Sri Rozali Ismail diberitakan mempunyai cita cita menjadi “khalifah” kepada kesemua Winnable Candidate yang bakal disenaraikan mengharungi pertarungan PRU ke 13 untuk cubaan merampas kerajaan negeri Selangor daripada tangan Khalid Gagap PKR dan Pakatan Rakyat…

Andaikata benarlah telahan ini, apakah para pimpinan UMNO Selangor yang akan bersidang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 beberapa hari lagi akan berdiam diri..? Sudah pasti dikalangan pimpinan UMNO Selangor tidak mudah untuk merestui tauke air ini diangkat sebagai calon MB Selangor sekiranya Pakatan berjaya ditewaskan oleh BN…

Gerak kerja “orang orang Tan Sri Rozali” dalam UMNO Selangor sudah dikatakan beroperasi, cuma uniknya ialah dikalangan pimpinan UMNO tidak menyedari ‘gerakan’ ini…, klik 
sini.

Apakah Rozali Ismail ini memiliki ciri ciri yang menepati kelayakan diiktirafkan sebagai “winnable candidate” untuk mewakili UMNO-BN di Selangor..?

Nantikan sambungannya…, ada kisah kisah mengenai kesombongan dan keangkuhan Boss Syabas ini yang membuktikan beliau bukanlah seorang ‘friendly’ dan senang didekati untuk diangkat sebagai ‘khalifah..’ Malah sifatnya yang tamak haloba mahu menguasai banyak projek melalui FELDA bakal dibongkar sedikit masa lagi…! Ini hanyalah sebagai mukadimah sahaja…

p/s; perkataan ‘khalifah’ merujuk kepada keyword ‘orang orang Rozali’ yang sedang menjalankan kerja underground cuba menyelinap dalam UMNO Selangor!


Jumaat, 25 November 2011

#POLITIK# VIDEO SKANDAL TERLARANG PARPUKARI?

SM,  lampirkan video skandal terlarang Parpukari…Puak2 Pakatan Haram boley sebarkan video ini atau buat modal masa piliharanraya ke-13 nanti~

Inilah hakikat yang sebenar apa yang berlaku di NFC

Video diatas menjelaskan segala galanya pada kita mengenai Fitnah yang dilemparkan oleh pakatan Pembangkang keatas Syarikat MELAYU 100% NFC. 

Dalam rakaman diatas pengulas nya iaitu House PK telah memberikan kepada kita fakta dan gambaran yang sebenar dalam kemelut yang cuba direkayasa oleh Pakatan Pembangkang.

Nota:

Macam mana produk Melayu nak maju, barunak maju skit da kena cantas!~

#POLITIK# SAIFUDDIN NASUTION LARI KE AUSTRALIA?

Amboit!~…SM, dengar Saifuddin Nasution sibuk benor ke luar negara, ruapa2nya ada rumah agam di sana erk?

Mak Aihh!, gedabak giler…tp herannya biler plak pak cik neh banyak sangat duit sampai boley beli rumah besaQ mcm tur erk?

Layankan ajer~…

Wowwww!!! Umah Odin ke Neh? Dasat2...

Nak tau lebih lanjut mengenai cerita gempak neh Layan Sini~~~

Khamis, 24 November 2011

#POLITIK#NALLA SIMPAN SPERMA ANUWAR IBRAHIM!~

Ni apa kes pulak dengan Senator Datuk Nalakaruppan ni? Apa 'Butir' yang dia perlu serahkan berkaitan dengan Si Ketua Penipu tu? Meh baca sikit cerita dia dibawah ni:
Dua-dua Kaki Putar Alam!~

PUTRAJAYA 23 Nov. - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa Senator Datuk S. Nallakarupan hendaklah memberikan butir-butir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dakwaan ketua pembangkang itu menerima RM60 juta daripada beliau dan sebuah syarikat perjudian.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk K.N.Segara, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Clement Allan Skinner sebulat suara menolak rayuan Nallakarupan terhadap perintah penolong pendaftar kanan Mahkamah Tinggi (SAR) bahawa beliau memberikan butir-butir yang diminta Anwar yang menyamannya (Nallakarupan) RM50 juta kerana memfitnah.

Hakim Segara juga memerintahkan Nallakarupan membayar kepada Anwar RM15,000 untuk kos perundangan.

Nallakarupan hendaklah menyediakan butir-butir dalam masa 14 hari dari hari ini.

Pada 28 Ogos 2009, SAR itu memerintahkan Nallakarupan memberikan butir-butir seperti yang diminta, iaitu siapa yang beri wang, bila dan di mana mereka diberikan.

Nallakarupan memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan selepas rayuan beliau ditolak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di mana pada 16 November 2009, mengekalkan perintah SAR. Beliau disaman oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai satu artikel bertajuk “Anwar terima RM60 juta” (Anwar received RM60 million) yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia dan akhbar harian bahasa Malaysia Sinar Harian pada Ogos 2008.

Anwar mendakwa bahawa Nallakarupan telah membuat dakwaan palsu dan memfitnah mengenai beliau ketika kempen pilihan raya negeri Permatang Pauh pada 23 Ogos 2008.

Bagaimanapun, dalam pembelaannya, Nallakarupan mendakwa bahawa asal dan biasa bermakna perkataan yang diperkatakan oleh beliau ialah Anwar menerima wang itu menerusi orang tengah.
Nallakarupan diwakili peguam S.Sivanesan sementara Anwar oleh R.Sivarasa. - Bernama

Memang sepatutnya, Si Nallakaruppan ni mendedahkan semua butiran yang dia ada berkaitan dengan Si Ketua Penipu tu.

Dia jugak yang kata sebelum ini yang dia akan membongkarkan segala rahsia Si Ketua Penipu tu kepada umu. Sekarang, tunggu apa lagi?

Apa gunanya kalau dia setakat bercakap nak dedahkan itu dan ini, tapi sampai hari ni, HABUK pun tarak. Sama jugak macam Si Ezam Mohd Noor tu.

Jangan sia - siakan kepercayaan rakyat. Kalau betul mereka ada bukti yang dapat mengaitkan Si Ketua Penipu tu dengan salah laku, tunjukkan kepada rakyat. Tak payah nak simpan - simpan. Biar rakyat tengok sendiri. Baru diorang tau siapa dia Si Ketua Penipu ni!!!

Nota:
Nalla..Nalla...

#LAWAK PAGI# PEMAIN LIVERPOOL, GERARD DIMALUKAN!~

Lawak pagi neh SM, Nak kongsi dengan lu org!~..haha..lawak siotttt!~~….

Kuang Ajaq BetOi!~...Buts Gerard tetap Cool!..